Onagawa (女川町, Onagawa-chō) ialah sebuah pekan yang terletak di Daerah Oshika, Miyagi, Jepun. Bandar ini ditubukan pada tahun 1926. Onagawa ialah sebuah pekan pelabuhan yang terletak betul-betul di persimpangan dua arus lautan utama. Di sini juga letaknya Loji Kuasa Nuklear Onagawa.

Onagawa

女川町
Town
Bendera bagi Onagawa
Lokasi Onagawa di Miyagi
Lokasi Onagawa di Miyagi
NegaraJepun
KawasanTōhoku
WilayahMiyagi
DaerahOshika
Luas
 • Jumlah65.78 km2 (25.40 batu persegi)
Populasi
 (2003)
 • Jumlah11,186
 • Kepadatan170/km2 (440/batu persegi)
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
Laman webPekan Onagawa

Bencana 2011Sunting

 
Onagawa selepas tsunami

Pekan ini mengalami kemusnahan teruk dalam bencana gempa bumi dan tsunami 11 Mac 2011. Tsunami tersebut mencapai ketinggian 15 meter dan melanda sejauh satu kilometer ke pedalaman, meranapkan pusat pekan dan meragut lebih 300 nyawa penduduk sementara 1000 orang lagi hilang jejak.[1][2] Kira-kira 12 daripada 25 tapak pemindahan yang disediakan telah dibanjiri oleh tsunami itu. Pekan ini pernah dilanda oleh tsunami akibat gempa bumi Valdivia 1960.[3]

Dalam satu kejadian yang mendapat perhatian akhbar China, Mitsuru Sato, pengarah pengurusan Sato Suisan, sebuah syarikat pemprosesan ikan di pekan itu, menggadaikan nyawa supaya kesemua pekerja syarikat, termasuk 20 pelatih wanita tetap dari China, berpindah ke tempat tinggi dengan selamat.[4]

PengangkutanSunting

KeretapiSunting

FeriSunting

Lebuh rayaSunting

  • Laluan 398

RujukanSunting

Pautan luarSunting

  Kategori berkenaan Onagawa, Miyagi di Wikimedia Commons


Templat:Miyagi-geo-stub