Onde-onde

kuih bangsa Melayu Melaka
(Dilencongkan dari Ondeh-ondeh)

Onde-onde (Jawi: اوندي٢, Sum., Sem. Mel., atau dieja ondeh-ondeh Jawi: اونديه٢ Sg.), klepon (Jawi: كليڤون, Jw.), buah melaka (Jawi: بواه ملاك) atau kuih pancit (Jawi: کوءيه ڤنچيت, Br.) ialah sejenis kuih tradisional yang boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara seperti Brunei[3], Indonesia,[4] Malaysia[5] dan Singapura.[6] Ia diperbuat daripada bebola diuli dari tepung pulut, garam, air dan daun pandan[7]direbus sebelum disaluti kelapa parut.[8]

Onde-onde
Nama alternatif
  • kelepong
  • klepon
  • kuih buah melaka
  • kuih pancit
  • ondeh-ondeh
JenisSnek Sunting ini di Wikidata
Tempat asalJawa[1][2]
Dicipta olehorang Jawa dan orang Sunda
Bahan utamatepung pulut, gula melaka, kelapa parut
Bahan yang biasa digunakanTepung beras, air minuman, Pandan wangi, Gula perang, gula, kelapa Sunting ini di Wikidata
Cara penyediaanMerebus Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Asal

Berdasarkan sumber sejarah,[nyatakan menurut siapa?] kuih ini berasal dari masakan masyarakat pulau Jawa,[1][2] dalam rantau kepulauan Indonesia kini. Warnanya hijau ketika dibumbui dengan pasta yang terbuat dari pandan atau pohon naga, daunnya banyak digunakan dalam masakan Asia Tenggara.

Pembuatan

Dohnya diperbuat daripada tepung pulut yang adakalanya dicampur dengan ubi kayu. Doh ini diwarnakan dengan air perahan daun pandan wangi atau suji.[2]

Penyebaran

Kuih onde-onde ini boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih diminati waktu bulan puasa. Ia sesuai dimakan semasa minum petang. Kuih onde-onde mempunyai adunan tepung beras pulut yang menyelitupi manisan nisan di sebelah pantai timur atau gula kabung di sebelah pantai barat (buah melaka). Kuih ini dibebat dalam kelapa parut sebelum dihidangkan bagi mengelak ia melekat-lekat di antara sesama sendiri.

Kuih onde-onde tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia sering untuk dihasilkan bagi jualan harian, dan juga mudah untuk dihasilkan untuk makan sendiri.

Dalam budaya popular

Kuih onde-onde biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Kuih onde-onde biasanya agak mudah untuk dihidangkan kerana ia tidak begitu melikit atau berkuah. Kuih onde-onde biasanya ada dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.

Galeri

Rujukan

  1. ^ a b 101 Kue Nusantara. Dapur Lestari. Puspa Swara. 2013. m/s. 57. ISBN 9786028453684.
  2. ^ a b c Geneeskundig tijdschrift voor Nederlandsch-Indië, Volume 75 (dalam bahasa Belanda). G. Kolff & Company. 1935.
  3. ^ "Berita 2021b - Pelajari cara hasilkan kuih". Pelita Brunei. Dicapai pada 2024-01-03.
  4. ^ Silvita Agmasari (2020-07-21). "Resep Klepon Tradisional, Cocok untuk Dijual Halaman all". KOMPAS. Dicapai pada 2024-01-03.
  5. ^ Tan Bee Hong (22 June 2016). "Break fast with scenic view". New Straits Times. Dicapai pada 3 October 2016.
  6. ^ "Singaporean Desserts with Gula Melaka: Ondeh Ondeh and Kueh Kosui". Asia Society (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-03.
  7. ^ Jual 700 biji Akok Sehari. (dalam bahasa Bahasa Melayu) [pautan mati]
  8. ^ Heinz Von Holzen (2014). A New Approach to Indonesian Cooking. Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd. m/s. 191. ISBN 9789814634953.

Pautan luar

 
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi