One Cent Thief ("Pencuri Satu Sen") ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 yang dicipta dan ditulis oleh Alfie Palermo selaku 'showrunner' dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain serta dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Sofia Jane dan Amerul Affendi. Siri ini diinspirasikan daripada laporan berita peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia pada 1990-an atas kejayaan mencuri satu sen daripada setiap akaun bank pelanggan tanpa dapat dikesan sehingga menjadi jutawan. Siri ini diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di empat saluran Astro bermula 8 Oktober sehingga 26 November 2022.[1][2][3][4][5] NME telah menyenaraikan One Cent Thief sebagai salah satu daripada 10 rancangan TV terbaik Asia bagi tahun 2022.[6]

One Cent Thief
Genre
PenciptaAlfie Palermo
Dibangunkan oleh
Alfie Palermo
Ditulis olehAlfie Palermo
PengarahAriff Zulkarnain
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Encryption"
Lagu penutup"Punca" oleh Lil J dan Putera Muhammad (episod akhir)
PenggubahIrena Taib
Negara asalMalaysia
Bahasa
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutifRaja Jastina Raja Arshad
Penerbit
  • Zurina Ramli
  • Alfie Palermo
  • Natasha Azlan
PenyuntingSafwan Salleh
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
SinematografiTan Teck Zee
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal8 Oktober 2022 (2022-10-08) – 26 November 2022 (2022-11-26)

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang Iman Shah, seorang pekerja bank di Bintang Bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang bapanya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem keselamatan Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar.

Pelakon sunting

 
Syafiq Kyle sebagai Iman Shah.
Penampilan kameo

Episod sunting

No.TajukTarikh penyiaran asal
1"The Root of All Evil"8 Oktober 2022 (2022-10-08)[12]
Iman Shah, seorang juruwang di Bintang Bank, terdesak untuk mencari wang apabila keluarganya ditimpa kesusahan.
2"In the Belly of the Beast"15 Oktober 2022 (2022-10-15)
Iman terpaksa mencari jalan untuk menutup kesalahannya apabila polis menyerbu tempat kerjanya.
3"Every Thought a Prayer"22 Oktober 2022 (2022-10-22)[13]
Devan dan konco-konconya menceroboh rumah Iman untuk mendapatkan rahsia di sebalik kekayaan Iman.
4"The Baby and The Thief"29 Oktober 2022 (2022-10-29)
Iman terpaksa ke jalanan untuk menyelamatkan abahnya.
5"Destroyer of Worlds"5 November 2022 (2022-11-05)
Iman kini terhutang budi dengan Ibu Zara, seorang penjenayah besar di ibukota.
6"What Money Can't Buy"12 November 2022 (2022-11-12)
Iman mula mengecapi kekayaan buat pertama kali dalam hidupnya, namun abahnya semakin risau.
7"Sacrifice"19 November 2022 (2022-11-19)

Iman terpaksa mencari jalan untuk melepaskan diri daripada Ibu Zara, namun sudah terlambatkah untuknya?.

Catatan: Episod ini ditujukan dalam ingatan kepada penyelia protokol penggambaran drama ini, Fikry Lawrance yang meninggal dunia semasa penggambaran dijalankan.
8"Digital Karma"26 November 2022 (2022-11-26)[14]
Kini digelar 'One Cent Thief', Iman kini diburu pihak berkuasa. Adakah Iman berjaya mencari jalan keluar?

Penerbitan sunting

One Cent Thief diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia pada tahun 1990 dan menampilkan kelainan berbanding naskhah lain kerana membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai.[15][16]

Ia merupakan hasil ciptaan serta ditulis oleh Alfie Palermo yang turut berkhidmat sebagai 'showrunner', pencipta dan penulis untuk siri Dukun Diva. Alfie berkata mengenai drama ini:

"Idea menghasilkan drama premium ini tercetus ekoran selepas membaca kes ‘pencuri satu sen’ dan ia memberi inspirasi untuk menggarap sebuah karya dengan jalan cerita baru dan segar. Menerusi One Cent Thief, saya cuba ketengahkan isu keselamatan data serta sistem perbankan, di mana betapa mudahnya digodam oleh penjenayah; di samping mengetengahkan isu konflik yang amat dekat dengan masyarakat iaitu ‘wang’ - adakah wang mampu menyelesaikan masalah dan menjanjikan kebahagiaan. Harapan saya agar siri ini sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat pada isu-isu keselamatan data yang semakin meruncing kebelakangan ini. Pada masa sama, saya berharap penonton akan terhibur dan moga membawa manfaat untuk semua."[17]

Drama ini kembali menggandingkan Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz selepas 6 tahun sejak kali pertama berlakon bersama menerusi drama Married Tapi Benci (2016). Ahli perniagaan dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB, Nazir Razak membuat penampilan kameo.[18]

Siaran sunting

One Cent Thief ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa seperti Astro Ria, Astro Vinmeen, Astro Shuang Xing dan PRIMEtime dengan tayangan serentak pada Sabtu jam 9 malam bermula 8 Oktober 2022. Episod seterusnya disiarkan pada hari yang sama jam 11 malam.[1][19]

Bagi mempromosikan siri ini, sebuah saluran TV khas telah diwujudkan, iaitu One Cent Thief Pop-Up Channel yang bersiaran di Astro saluran 100 bermula 23 November sehingga 4 Disember 2022 yang mana kesemua 8 episod dan 4 kandungan eksklusif boleh ditonton di saluran ini.[20]

Pada Jun 2023, siri ini kembali dalam saluran berbeza bahasa seperti Astro Ria, Astro Vinmeen, Astro QJ & Astro Premier.

Catatan sunting

  1. ^ Dengan sarikata bahasa Melayu.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r "Drama One Cent Thief". My Infotaip. 6 Oktober 2022. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  2. ^ Alif Fadli (7 Oktober 2022). "One Cent Thief: Inspirasi kisah benar ke layar kaca". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  3. ^ Shazwan Zulkifli (4 Oktober 2022). "One Cent Thief: A New Series Inspired by the Infamous Jutawan Satu Sen". Rojak Daily (dalam bahasa Inggeris). Astro Gempak. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  4. ^ Chong Jinn Xiung (13 Oktober 2022). "ASTRO SHAW'S NEW ORIGINAL CRIME THRILLER SERIES IS BASED ON A TRUE STORY" (dalam bahasa Inggeris). Tatler Asia. Dicapai pada 23 Oktober 2022.
  5. ^ "ONE CENT THIEF JENAYAH SIBER PERTAMA DI MALAYSIA DARI PERISTIWA SEBENAR TAHUN 1990". Ruby.my. 6 Oktober 2022. Dicapai pada 23 Oktober 2022.
  6. ^ Hidzir Junaini (21 Disember 2022). "The 10 best Asian TV shows of 2022" (dalam bahasa Inggeris). NME. Dicapai pada 22 Disember 2022.
  7. ^ Syafil Syazwan Jefri (5 Oktober 2022). "'Cukup-cukuplah pasal cinta dan kahwin' - Syafiq Kyle". Harian Metro. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  8. ^ Sairul Zamri Misrani (5 Oktober 2022). "Bukan rimas, tapi utamakan karier – Syafiq Kyle". Kosmo!. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  9. ^ Nur Asyikin Mayudin (6 Oktober 2022). "Imej Seksi Dikritik Netizen, Azira Shafinaz Akui Pemakaian Tak Bersesuaian; "Saya Akan Terus Perbaiki Diri Menjadi Lebih Baik"". Astro Gempak. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  10. ^ Ridzuan Abdul Rahman (12 Ogos 2022). "Azira idam watak aksi". Harian Metro. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  11. ^ Maliah Surip (18 November 2022). "One Cent Thief: Ibu Zara kejam, tapi kejelitaan Sofia Jane buat penonton cair". Astro Awani. Dicapai pada 10 Disember 2022.
  12. ^ Mya Amri (15 Oktober 2022). "One Cent Thief: Bermula Punca Segala Kejahatan! Episod 1, Ini Lima Perkara Yang Iman Kena Hadap!". Astro Gempak. Dicapai pada 3 Disember 2022.
  13. ^ Mya Amri (18 Oktober 2022). "One Cent Thief: "Hutang Dah Bayarkan, Jangan Kacau Iman!"- Episod 3 Ramai Sakit Hati Dengan Devan!". Astro Gempak. Dicapai pada 3 Disember 2022.
  14. ^ "Plot twist macam K-drama! Ramai resah tunggu episod akhir One Cent Thief". Astro Awani. 26 November 2022. Dicapai pada 12 Disember 2022.
  15. ^ Amil Abdullah Saiby (7 Oktober 2022). "One Cent Thief! Drama jenayah siber! Inspirasi daripada kisah Aman Shah? Tapi dinafikannya!". Kita Reporters. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  16. ^ "Diinspirasi Dari Kisah Benar di Malaysia, One Cent Thief Tampil Bawa Kelainan". Syok.my. 5 Oktober 2022. Dicapai pada 22 Disember 2022.
  17. ^ "ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN DRAMA PREMIUM DIINSPIRASIKAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU DI MALAYSIA, 'ONE CENT THIEF'". Farhana Jafri. 5 Oktober 2022. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  18. ^ Dennis Chua (17 Oktober 2022). "#Showbiz: Torn between 'goody' and 'baddy' within" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 18 Oktober 2022.
  19. ^ "Kisah Pencuri 1 Sen Diceritakan Dalam Siri Terbaru Astro "One Cent Thief"". Kakimuvee. 29 September 2022. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  20. ^ Mya Amri (21 November 2022). "Cayalah One Cent Thief, Siap Ada Saluran Pop-Up Sendiri! Ini Senarai Lima Kandungan Eksklusif Yang Boleh Ditonton". Astro Gempak. Dicapai pada 30 November 2022.

Pautan luar sunting