Bagi album studio eponim kumpulan ini, lihat One Nation Emcees (album).

One Nation Emcees (ONE) ialah sebuah kumpulan hip hop Malaysia yang ditubuhkan pada 2008. Pada tahun 2008, kumpulan ini menjadi juara rancangan realiti Gang Starz. Ahli asal kumpulan ini terdiri daripada; Shamimi Amalina "Mimi" Norhisham, Mohamed Fareezan "Kozae" Mohamed Murtaza, Mohd. Norzaidi "Zydee" Edris and Nur Hasan "Jojoe" Baias.[1] Kemudiannya, Zydee digantikan oleh Sabhi Saddi yang juga ahli asal ONE.[2] Mereka kembali membuat kemunculan semula dengan menyertai Gegar Vaganza musim keenam pada tahun 2019. Mereka dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima dalam program tersebut.[3] Namun dua minggu selepas selesai program Gegar Vaganza 6, Mimi Fly mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan ini disebabkan beliau ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada karier solonya selepas ini.[4] Pada pertengahan bulan Februari 2020, kumpulan ini telah mengumumkan bahawa pelakon Adeline Tsen adalah merupakan ahli terbaru wanita kumpulan mereka yang telah menggantikan posisi Mimi sebagai vokalis dimana posisi tersebut telah dikosongkan oleh Mimi sebelum ini. Perkara itu diumumkan di laman rasmi Instagram One Nation Emcees.[5]

One Nation Emcees
Berasal dariSabah Kota Kinabalu, Sabah
GenreHip hop
Tahun aktif2008–kini
Syarikat rakaman
Nova Music Malaysia
AhliAdeline Tsen
Jojoe Hasan
Kozae Murtaza
Sabhi Saddi
Bekas ahliZydee Edris
Mimi Fly

Album pertama kumpulan dilancarkan pada 2010 dengan lagu "Raja Gelek", "Dendangkan", "Apa Ku Kisah" dan "Syukur (Kau yang Satu)" dikeluarkan sebagai single.

Gegar Vaganza (Musim 6)Sunting

Pada tahun 2019, ONE ialah salah satu daripada dua kumpulan muzik yang mengambil bahagian dalam Gegar Vaganza musim ke-6.[6]Berikut adalah persembahan mereka :

Konsert Tema Lagu Penyanyi asal #
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Anak Kampung" One Nation Emcees & Jimmy Palikat Ke-4
Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Raja Gelek" One Nation Emcees Ke-9
Minggu 3 Yang Aneh Aneh "Gelora" Saloma & P. Ramlee Ke-6
Minggu 4 Haa... Tepuk "Layar Impian"

(duet Azharina)

Ella Ke-5
Minggu 5 CurHat (Curahan Hati) "Makhluk Tuhan Paling Sexy" Mulan Jameela Ke-3
Minggu 6 Melets (Meletop) "Gadis dan Bunga" Rahimah Rahim Ke-9
Minggu 7 Caras (Cara Sendiri) "Bila Rindu" Ruffedge Ke-3
Minggu 8 Reset "Anak" Carefree Ke-4
Minggu 9 (Suku Akhir) Komposer Hebat Dahulu Sekarang "Hati Emas" Kembara Tempat Pertama
Minggu 10 (Separuh Akhir) Fabulous "Seribu Tahun" Imran Ajmain Ke-3
"Drama"

(duet bersama Lan Solo)

Drama Band Ke-3
Minggu 11 (Akhir) Last Chance "Melompat Lebih Tinggi" Sheila on 7 Tempat Kelima
"In The End"

(Battle Nur Fatima)

Linkin Park

DiskografiSunting

Album studioSunting

SingleSunting

  • "Raja Gelek" (2009)
  • "Apa Ku Kisah" (2010)
  • "Syukur (Kau Yang Satu)" (2011)
  • "Anak Kampung" (feat. Jimmy Palikat) (2012)
  • "Selamanya Sayang" (2017)

RujukanSunting

  1. ^ One Nation Emcees: Biography Last.fm. Dicapai pada 24 Oktober 2013.
  2. ^ Khai Azfar (25 September 2019). Sabhi Saddi Kembali Bersama One Nation Emcees Murai.my. Dicapai pada 24 Oktober 2019.
  3. ^ Farihad Shalla Mahmud (23 Disember 2019) [1] Berita Harian. Dicapai pada 23 Disember 2019.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (30 Januari 2020) [2] Harian Metro. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  5. ^ Asraf Aided [3] Astro Gempak.
  6. ^ Wann, Sham Visa, Kool & One Nation Emcees antara 13 peserta Gegar Vaganza 6 Astro Awani (24 September 2019). Dicapai pada 24 Oktober 2019.

Pautan luarSunting