One in a Million (Musim 3)

One in a Million ialah pertandingan realiti nyanyian pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah tunai sejuta ringgit kepada juaranya. Sempena musim ketiga, Awal Ashaari dan Marion Caunter, dan Syafinaz Selamat dan Paul Moss kembali menyandang tugas masing-masing selaku pengacara dan pengadil OIAM.

One in a Million (Musim 3)
Oneinamillion.jpg
One in a Million
FormatRancangan permainan realiti interaktif
PengacaraMalaysia Awal Ashaari
Malaysia Marion Caunter
JuriMalaysia Syafinaz Selamat
Malaysia Paul Moss
Lagu pembukaan"Star" oleh Jaclyn Victor
Negara asal Malaysia
Penerbitan
Penerbit eksekutifMalaysia Sunil Kumar
PenerbitMalaysia Kiedd Fariz Aziz
Malaysia David Leong
PenyuntingMalaysia Howie Chin
Malaysia N. Shivadas Menon
LokasiPelbagai (Ujibakat)
Sri Pentas 2, Shah Alam (Top 12 hingga Top 3)
Stadium Malawati, Shah Alam (Grand Final)
Tempoh siaranVaries
Penyiaran
Saluran asal8TV
Siaran asal23 Januari 2009 – 1 Mei 2009
Kronologi
MengikutiOne in a Million (Musim 2)
Pautan luar
Laman sesawang

OIAM3 ditaja oleh syarikat-syarikat berjenama Strepsils, Oxy dan Coca-Cola. Inilah kali pertama TM Net menarik diri selaku penaja pertandingan realiti nyanyian slot urban 8TV semenjak menaja Malaysian Idol dan OIAM sebelum ini. Pertandingan nyanyian mingguan disiarkan di 8TV pada setiap Jumaat, 9.30 malam, dan diulang tayang di TV9 pada hari Ahad, 12 tengah hari dan di 8TV lagi pada hari Jumaat, 12 tengah hari. Di samping itu, kisah di sebalik tabir dan kegiatan seharian para peserta dirakamkan dalam One in a Million Diaries yang disiarkan pada setiap Isnin, Selasa dan Khamis, jam 11.30 malam sepanjang pertandingan berlangsung.

Grand Finale OIAM3 dilangsungkan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 1 Mei 2009. Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok dari kumpulan New Boyz dinobatkan sebagai lelaki pertama dan artis terkenal pertama yang menjadi juara dalam sejarah pertandingan realiti ini.

UjibakatSunting

Ujibakat OIAM musim ketiga diadakan sepanjang bulan November di lima bandaraya di Malaysia. Berikut merupakan tempat-tempat ujibakat One in a Million:

Bandar Tempat Tarikh
Kota Kinabalu, Sabah Imperial International Hotel 15 November 2008
Kuching, Sarawak Merdeka Palace Hotel & Suites 15 November 2008
Johor Baru, Johor The Puteri Pacific 22 November 2008
Georgetown, Penang Sunway Hotel 22 November 2008
Kuala Lumpur Berjaya Times Square 29 November 2008

Di samping itu, acara jelajah pra-ujibakat turut diadakan di bandar-bandar tersebut (dua minggu sebelum ujibakat masing-masing), menampilkan promosi One in a Million dan persembahan oleh bekas peserta OIAM. Kelima-lima sesi ujibakat awal dikelola oleh juri-juri lain. Para peserta yang layak dari kelima-lima ujibakat awal ini dikehendaki ke Hotel Gardens, Mid Valley, untuk menjalani sesi penilaian utama pada 30 November dan 1 Disember, di mana barulah mereka bertemu dengan Syafinaz dan Paul Moss.

Seperti musim-musim lalu, artis yang pernah atau masih memegang kontrak rakaman masih dialu-alukan turut serta.[1] Kali ini, mereka dikehendaki terus ke ujibakat utama di Gardens tanpa perlu menjalani ujibakat awal. Daripada lebih 30 artis yang mencuba nasib, 15 orang lulus dari ujibakat tersebut termasuk Wan Mohd Shahril, Ridzwan, Amylea bte Azizan (bekas peserta AF3), Norafizah Mohd Yasin (Pija, juara Mentor), Naufara binti Mohd Yasin, Shah Indrawan Ismail (Tomok New Boyz), Rehana, Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan dan lain-lain lagi; antara peserta yang turut mengambil bahagian tetapi tidak berjaya termasuk Abot dan Khadeeja.[2]

Siaran OIAM3 di 8TV yang bermula pada 23 Januari 2009, hanya bermula dari sesi ujibakat utama di Gardens ini, berbeza dari musim lalu yang bermula dari ujibakat awal.

Central EliminationsSunting

80 orang peserta yang layak akan melalui ujian Central Eliminations di Peninsula Residence, Damansara dari 11 hingga 19 Disember[3] (disiarkan pada 6 dan 13 Februari 2009). Kali ini, ujian-ujian disusun semula dari musim lalu agar dapat menuraskan peserta-peserta mengikut mutu bakat. "Blind Test" (menyanyi di sebalik layar lutcahaya agar juri hanya melihat bayang sambil menumpukan penilaian pada suara) dibawa ke hadapan menjadi ujian pertama. Mengikut Paul Moss, dengan cara ini dapatlah para juri membezakan suara siapa yang lebih mudah diingati. 20 orang tersingkir dari ujian ini.

Ujian kedua menyaksikan peserta yang tinggal dibahagi menjadi beberapa kumpulan berenam atau bertujuh (setiap kumpulan sama jantina) untuk menyanyi secara berkumpulan. Kumpulan wanita memilih antara lagu One Step at a Time (Jordin Sparks) dan Cinta di Akhir Garisan (Ziana Zain); kumpulan lelaki pula Juwita (Citra Terindah) (M. Nasir) atau My Girl (The Temptations). 20 peserta lagi disingkirkan di peringkat ini.

40 peserta yang tinggal dibahagi kepada 20 teratas dan 20 terbawah mengikut pilihan para juri, yang mana setiap peserta teratas memilih pemain MP3 dan menghafal lagu di dalam pemain tersebut, lalu memilih seorang peserta terbawah untuk berduet dalam ujian ketiga yang menentukan siapa yang layak menjadi 20 finalis. Paul Moss memesan peserta 20 teratas agar memilih peserta yang lemah supaya kekuatan mereka lebih terserlah. Walau apapun, peserta yang layak dipilih bukan satu dari setiap pasangan tetapi mengikut penilaian keseluruhan.

Central Eliminations diakhiri dengan penilaian individu yang mana setiap peserta naik pentas secara keseorangan atau berpasangan, menyanyi secara solo di hadapan juri, lalu diberitahu nasibnya sejurus selepas nyanyian berakhir. Hanya dua belas orang yang dipilih untuk berentap dalam pertandingan.

FinalisSunting

Musim ini menyaksikan enam artis rakaman berentap sesama enam wajah baru. Berikut adalah nama penuh, gelaran SMS, umur (di awal peringkat pertandingan), tempat asal dan butiran masing-masing bagi kesemua 12 finalis OIAM3.

  • Zulqarnain bin Jaafar (Nine, 27, Alor Setar, Kedah) terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan Coco. Beliau merupakan yang tertua di kalangan 12 finalis. Tujuan beliau menyertai OIAM termasuklah menaikkan nama kugirannya itu.[6]
    • Tersingkir: 24 April 2009
  • Simon Christopher Michael (Simon, 26, Sungai Petani, Kedah) menggemari muzik rock dan pop rock.[7] Dia pernah mencuba nasib di musim kedua pada tahun 2007, tetapi gagal memasuki Top 12 setelah ditewaskan Shila di pusingan penentuan Top 20. Beliau bergelar "the Boss" kerana paling besar di kalangan Top 12.
    • Tersingkir: 10 April 2009
  • Muhammad Ridzuan bin Sharifuddin (Rizu, 19, Klang, Selangor) pernah mengeluarkan single-single Permata Kasih, Teristimewa & Ratnaku pada pertengahan dekad 2000-an. Beliau ialah pemenang kategori Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik 2006 dan Artis Cemerlang Baru Terbaik di Pesta Muzik Asia Shanghai 2006.[8]
    • Tersingkir: 3 April 2009
  • Fify Emielia Shazlin binti Ahmad Murshaidi (Fify, 19, Klang, Selangor) gemar rentak pop rock dan pernah menyertai Bintang Klasik Nasional RTM pada tahun 2007.[9]
    • Tersingkir: 27 Mac 2009
  • Anith Aqilah binti Sulaiman Lim (Anith, 17, Batu Caves, Selangor) ialah peserta yang termuda sekali di kalangan Top 12.
    • Tersingkir: 20 Mac 2009
  • Norafizah binti Mohamad Yasin (Pija, 20, Ampang, Kuala Lumpur) pernah menjuarai musim pertama Mentor, tetapi sejak itu kurang berjaya dalam industri muzik. Adiknya Naufara juga mencuba nasib bersamanya tetapi tersungkur di Central Eliminations.
    • Tersingkir: 13 Mac 2009
  • Nur Hidayu Binti Md Tekhary (Ayu, 20, Batu Caves, Selangor) menyertai OIAM3 untuk menyara hidup ibu bapanya sebagai tanda mengenang jasa mereka. Dia pernah melatih nyanyian di ASWARA.[11] Dia menggemari Datuk Siti Nurhaliza juara musim lalu iaitu Norayu Damit yang kebetulan sama nama singkat dengannya.
    • Tersingkir: 27 Februari 2009

Kejutan Di Musim KetigaSunting

Pertandingan nyanyian mingguan diadakan pada malam Jumaat, siaran bermula pukul 9.30 malam, bermula 20 Februari 2009, di studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Kejutan terbaru musim ini adalah, mulai minggu Top 12 hingga Top 7, imuniti juri menganugerahkan imuniti kepada seorang peserta yang mereka rasa adalah yang terbaik pada malam itu, sekaligus membolehkan peserta berkenaan terkecuali dari proses undian. Imuniti tersebut disertakan dengan hadiah mingguan istimewa untuk peraihnya yang didedahkan dalam One in a Million Diaries.

Undian dibuka selepas persembahan, yang mana para penonton boleh mengundi melalui SMS untuk mengekalkan atau menyingkirkan seseorang peserta. Penyingkiran dijalankan pada permulaan setiap malam pertandingan yang seterusnya. Peserta yang disingkirkan menyanyi lagu yang sepatutnya dipertandingkan di pembuka tirai, diikuti peraih imuniti (Top 12 hingga Top 7) yang memulakan pertandingan.

Konsert MingguanSunting

Konsert 1 (Top 12)Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 20 Februari 2009
  • Tema : Bebas
Peserta Lagu
Anith "That's What You Get" nyanyian Paramore
Amylea "Aku Skandal" nyanyian Hujan
Simon "Home" nyanyian Daughtry
Ayu "Matahariku" nyanyian Agnes Monica
Fify "If I Were A Boy" nyanyian Beyoncé Knowles
Aweera "Aku Dah Bosan" nyanyian Amy Search
Pija "Lagu Untukmu" nyanyian Meet Uncle Hussain
Nine "Cinta Ini Membunuhku" nyanyian d'Masiv
Han "Menjaga Hati" nyanyian Yuvie & Nuno
Tomok "Coba" nyanyian Faizal Tahir
Esther "Better In Time" nyanyian Leona Lewis
Rizu "Juwita Citra Terindah" nyanyian M. Nasir
  • Imuniti: Elizabeth Applunius Chin (Esther)


Konsert 2 (Top 11)Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 27 Februari 2009
  • Tema : Memori Tercipta
  • Tersingkir : Nur Hidayu binti Mohd. Tekhary (Ayu)
  • Ayu - "Makhluk Tuhan Paling Seksi" (Mulan Jameela)
Peserta Lagu
Esther "Mengenangmu" nyanyian Kerispatih
Han "Getaran Jiwa" nyanyian P. Ramlee
Simon "Knocking On Heaven's Door" nyanyian Guns N' Roses
Nine "Berita Dari Rantau" nyanyian Alleycats
Amylea "Akan Tiba" nyanyian Alif Satar
Rizu "My Way" nyanyian Frank Sinatra
Anith "Rindu" nyanyian Hetty Koes Endang
Tomok "Rahsia Pohon Cemara" nyanyian Exists
Aweera "She's Gone" nyanyian Steelheart
Pija "Since You Been Gone" nyanyian Kelly Clarkson
Fify "Tak Tercapai Akalmu" nyanyian Elyana


Konsert 3 (Top 10)Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 06 Mac 2009
  • Tema : Bebas
  • Tersingkir : Rehana binti Mohd. Yunus (Han)
  • Han - "I Don't Want Miss a Thing" (Aerosmith)
Peserta Lagu
Amylea "Bohemian Rhapsody" nyanyian Queen
Nine "Hapus Aku" nyanyian Nidji
Fify "Hot N Cold" nyanyian Katy Perry
Simon "Juwita" nyanyian Saleem
Anith "Pilihlah Aku" nyanyian Krisdayanti
Rizu "Sandaran Hati" nyanyian Letto
Pija "So What" nyanyian P!nk
Aweera "Gemilang" nyanyian Jaclyn Victor
Esther "I Try" nyanyian Macy Gray
Tomok "Crazy In Love" nyanyian Beyoncé Knowles


Konsert 4 (Top 9)Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 13 Mac 2009
  • Tema : Minggu Penulis Lagu & Lirik
  • Tersingkir : Norafizah binti Mohd. Yasin (Pija)
  • Pija - "Satu Harapan"(Jaclyn Victor)
Peserta Lagu Penggubah
Aweera "Janjiku" nyanyian Sofaz Taja (Meet Uncle Hussain)
Amylea "Yang Pernah" nyanyian Estranged Estranged
Fify "Kalis Rindu" nyanyian Elyana Aidit Alfian
Rizu "Cinta" nyanyian Flop Poppy Andy Flop Poppy
Tomok "La La La Kerjalah" nyanyian Meet Uncle Hussain Taja (Meet Uncle Hussain)
Anith "Mungkin" nyanyian Anuar Zain Pacai
Nine "Aku dan Kamu" nyanyian Flop Poppy Andy (Flop Poppy)
Esther "Dialah Dihati" nyanyian Dato' Siti Nurhaliza Aidit Alfian
Simon "Generasiku" nyanyian OAG Audi Mok


Konsert 5 (Top 8)Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 20 Mac 2009
  • Tema : Lagu Berlainan Jantina
  • Tersingkir : Anith Aqilah binti Sulaiman Lim (Anith)
  • Anith - "Kerna Kamu"(Faizal Tahir)
Peserta Lagu
Tomok "Gantung" nyanyian Melly Goeslaw
Amylea "I'm Yours" nyanyian Jason Mraz
Aweera "Tiada Lagi" nyanyian Mayang Sari
Rizu "Mercy" nyanyian Duffy
Simon "When You're Gone" nyanyian Avril Lavigne
Fify "Pria Terhebat" nyanyian Sheila on 7
Nine "Karma" nyanyian Cokelat
Esther "Won't Go Home Without You" nyanyian Maroon 5


Konsert 6 (Top 7)Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 27 Mac 2009
  • Tema : Bebas

Tersingkir: Fify Emielia Shazlin binti Ahmad Murshaidi (Fify)

Peserta Lagu
Esther "I Don't Love You" nyanyian My Chemical Romance
Rizu "Naluri Lelaki" nyanyian Samsons
Simon "Eternity" nyanyian Robbie Williams
Aweera "Enter Sandman" nyanyian Metallica
Amylea "Satu Dalam Sejuta" nyanyian Amylea Azizan
Nine "Nakal" nyanyian Gigi
Tomok "Ingin Bersamamu" nyanyian Syafinaz Selamat


Konsert 7 (Top 6)Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 03 April 2009
  • Tema : Bebas
  • Tersingkir : Muhammad Ridzuan bin Shariffudin (Rizu)
  • Rizu - "She Will Be Loved" (Maroon 5)
Peserta Lagu
Tomok "Umbrella" nyanyian Rihanna
Amylea "Somewhere Only We Know" nyanyian Keane
Esther "Sweet About Me" nyanyian Gabriella Cilmi
Nine "Cinta Gila" nyanyian Grey Sky Morning
Aweera "Di Penjara Janji" nyanyian Awie
Simon "Livin' on a Prayer" nyanyian Bon Jovi
  • Imuniti dihentikan.


Konsert 8 (Top 5)Sunting

Peserta Lagu
Amylea "Dia" nyanyian Datuk Sheila Majid
Aweera "Antara Anyer dan Jakarta" nyanyian Datuk Sheila Majid
Nine "Pengemis Muda" nyanyian Datuk Sheila Majid
Esther "Lagenda" nyanyian Datuk Sheila Majid
Tomok "Aku Cinta Padamu" nyanyian Datuk Sheila Majid


Konsert 9 (Top 4)- Suku AkhirSunting

  • Tarikh Disiarkan : 17 April 2009
  • Tema : Dalam Konsert
  • Tersingkir: Amylea binti Azizan (Amylea)
  • Amylea - "I'm Yours"(Jason Mraz)
Peserta Lagu
Nine "Keroncong Untuk Ana" nyanyian M. Nasir
Tomok "Jika Kau Bercinta Lagi" nyanyian Alleycats

"Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi" nyanyian Alleycats
"Kerana" nyanyian Alleycats

Esther "One Night Only" nyanyian Dreamgirls
"Semua Jadi Satu" nyanyian 3 Diva
"Keeps Gettin' Better" nyanyian Christina Aguilera
Aweera "Tak Ada Logika" nyanyian Agnes Monica

"Emansipasi" nyanyian Republic of Brickfields


Konsert 10 (Top 3) - SemifinalSunting

  • Tarikh Disiarkan : 24 April 2009
  • Tema : Pilihan Juri dan Penonton
  • Tersingkir: Zulqarnain bin Jaafar (Nine)
  • Nine - "Karma" (Cokelat)
Peserta Lagu Pilihan Juri Lagu Pilihan Penonton
Tomok "Crazy In Love" nyanyian Beyoncé Knowles "Coba" nyanyian Faizal Tahir
Esther "Better In Time" nyanyian Leona Lewis "Won't Go Home Without You" nyanyian Maroon 5
Aweera "Gemilang" Jaclyn Victor "Aku Dah Bosan" nyanyian Amy Search


Konsert Akhir (Top 3) - Grand FinaleSunting

  • Tarikh Disiarkan : 01 Mei 2009
  • Tema : Akhir

Tiada Penyingkiran

Peserta Lagu
Aweera "Sampai Syurga" nyanyian Faizal Tahir
"My Baby You" nyanyian Marc Anthony
"Hukum Karma" nyanyian Wings
"Ku Di Sini" nyanyian Aweera
  • Lagu : Lin Li Zhen
  • Lirik : Pacha Osman
Esther "Menggapai Mimpi" nyanyian Esther
"Don't Stop The Music" nyanyian Rihanna
Tomok "Hanya Kau Yang Mampu" nyanyian Aizat Amdan
"Rindu Terhenti" nyanyian Tomok
  • Juara OIAM 3 : Shah Idrawan bin Ismail (Tomok)
  • Naib Juara : Esther Applunius Chin (Esther)
  • Tempat Ketiga : Nasharul Aweera bin Noriyissham (Aweera)

OIAM DiariesSunting

Pada setiap malam Isnin, Selasa dan Khamis, mulai 23 Februari hingga akhir pertandingan, 8TV menyiarkan rancangan pengisi One in a Million Diaries yang meminjam slot The 8TV Quickie pada hari-hari berkenaan, bertujuan memaparkan kisah di sebalik tabir dan kegiatan seharian para peserta OIAM, termasuk testimoni peserta yang tersingkir dan ganjaran imuniti. Rancangan Diaries ini dibahagi kepada segmen lima minit pada jam 9.30 malam yang diacarakan oleh Hunny Madu (The Gossip Bee) yang menyampaikan ringkasan kisah-kisah berkenaan, diikuti segmen 15 minit pada 11.30 malam yang memaparkan rakaman kisah-kisah tersebut.

Mulai 16 Mac, OIAM Diaries menyiarkan hasil undian terkini (hasil setiap peserta diberi dalam bentuk peratusan sari keseluruhan) di akhir rancangan.

RujukanSunting

  1. ^ "OIAM kembali untuk musim ketiga". gua.com.my. 2008-11-12. Dicapai pada 2008-11-12.
  2. ^ Mohd Nasif Baharuddin (2008-12-06). "30 artis sasar RM1j". Harian Metro. Dicapai pada 2008-12-06.
  3. ^ Tan, Anne (2008-11-25). "Striving to be one in a million". The Star. Dicapai pada 2008-12-04.
  4. ^ Profile: Tomok
  5. ^ Profile: Esther
  6. ^ Profile: Nine
  7. ^ Profile: Simon
  8. ^ Profile: Rizu
  9. ^ Profile: Fify
  10. ^ Khadijah Ibrahim (2007-07-03). "Suara Emas Bintang RTM 2007 lahirkan bintang baru". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2009-03-02.
  11. ^ Profile: Ayu

Pautan luarSunting