Tan Sri Onn Ismail (1939 – 5 April 2023) pernah menjadi Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa dan N45 Selat Klang (...1995) selama lapan penggal, sebagai Speaker DUN Selangor tiga penggal serta memegang jawatan Pengerusi Tetap UMNO apabila Perhimpunan Agung UMNO diadakan di PWTC. DUN Sementa kemudian diserahkan kepada Datuk Abdul Rahman Palil. Speaker DUN Selangor diganti oleh Datuk Teng Chang Kim , Adun Sungai Pinang dari DAP.

YB Tan Sri

Onn Ismail
Butiran peribadi
Lahir1939 (1939)
Kuala Selangor, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia)
Meninggal dunia5 April 2023(2023-04-05) (umur 83–84)
Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang

Beliau satu-satunya Adun yang berkhidmat dengan enam Menteri Besar Selangor iaitu sejak zaman Datuk Seri Harun Idris, Datuk Hormat Rafei, Datuk Ahmad Razali Mohd Ali, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohamad Khir Toyo.

Beliau meninggal dunia pada 5 April 2023 di usia 84 tahun.

Keluarga sunting

Ibu bapanya mempunyai 16 anak, tetapi lapan orang meninggal ketika zaman Jepun (1941-1945) kerana tidak cukup zat makanan. Hanya tinggal lapan dan Onn Ismail adalah anak kedua bongsu. Beliau kini berkahwin dan mempunyai enam orang anak iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan termasuk Senator Norhayati Onn (dua penggal).

Datin Paduka Norhayati Onn merupakan wanita pertama di Malaysia dilantik sebagai setiausaha politik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. [1] Bekas suaminya ialah Mohd Suffian Abdul Aziz.[2] [3]

Menantunya ialah Datuk Dr Faizal Abdullah mantan Ketuan Pemuda UMNO Kapar dan CEO Wijaya Baru Global Bhd. Faizal pernah menjadi ahli Majlis Pelabuhan Klang dan terlibat dengan kontroversi tiada kelulusan pelan rumah bersama dengan Datuk Zakaria Md Deros dan Mazlynoor Abdul Latiff. [4] Rumah banglo itu dibina di Kampung Raja Uda tanpa kelulusan pelan. Akibatnya Menteri Besar Selangor, Datuk Dr Mohamad Khir Toyo meminta Faizal meletak jawatan sebagai ahli majlis.[5]

Kerjaya dan politik sunting

Kerjaya beliau bermula sebagai seorang guru lulusan Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Beliau pertnah mengajar di Pulau Lumut. Selepas berusaha dan berdoa, akhirnya beliau berjaya dipindahkan ke sekolah di Tanjung Malim .

Beliau menjadi presiden Kesatuan Pelajar-pelajar Melayu Selangor di mana beliau menjadi presiden dan rapat dengan Datuk Seri Harun Idris . Antara teman rapat yang menceburi politik ialah Datuk Zakaria Md Deros, Samad Harun dan juga Datuk Abdul Rahman Palil , mantan Adun Sementa.

Adun Sementa 1974 dan Selat Klang sunting

Pulau Lumut telah ditukar nama kepada Pulau Indah dan dipindahkan dari DUN Selat Klang ke kawasan DUN Pelabuhan Klang pada 2004 apabila persempadanan semula dibuat oleh SPR.

Datuk Abdul Rahman Palil menang tanpa bertanding setelah Datuk Seri Onn Ismail tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian UMNO Kapar. Kerusi Dun Sementa dianggap ‘panas’ ekoran calon PKR 2008 melarikan diri pada hari penamaan calon pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Semasa menjadi Speaker DUN Selangor 2003, beliau pernah memanggil polis PDRM untuk membawa keluar Datuk Teng Chang Khim Adun DAP Sungai Pinang . Teng tidak berpuas hati kerana usul yang dibawanya ditolak. Teng telah digantung selama 6 bulan kerana enggan "meminta maaf secara sopan" ekoran insiden membuang buku Peraturan-Peraturan Tetap Mesyuarat ke dalam bakul sampah pada 2005. [6]

UMNO kalah di Selangor 2008 sunting

Onn Ismail antara yang tidak percaya Barisan Nasional / UMNO boleh kalah dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008.Selepas itu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri dan dibantu oleh Datuk Seri Noh Omar.

Koboi Selangor sunting

'Koboi Selangor' menjadi julukan kepada Onn Ismail pada 1980-an. Ketika satu mesyuarat bahagian, sekumpulan orang membelasah tiga orang kerana perselisihan pendapat.Dia telah melepaskan satu das tembakan di atas khemah mesyuarat . Kumpulan tersebut pun lari kerana ingatkan polis datang membuat serbuan. Tindakan itu dapat menyelamatkan tiga orang yang hampir lunyai dibelasah hampir 30 orang. Kejadian itu masuk surat khabar. Bila Sultan Selangor , Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menggelar dirinya ‘ini Koboi Selangor!' [7] sebagaimana drama popular ketika itu 'High Chapparal'.

Pautan Luar sunting

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting