On Zahariah Abu Bakar

(Dilencongkan dari Oon Zariah Abu Bakar)

Toh Bijayawati[1] Hajah On Zahariah Abu Bakar pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Perak, Malaysia selepas menang Pilihan raya umum Malaysia 1974 atas tiket Barisan Nasional/UMNO.[2] Beliau berasal dari Ipoh dan ketika bertanding berusia 46 tahun. Beliau merupakan Orang Besar Perak yang bergelar Toh Bijayawati.

KeluargaSunting

Beliau merupakan isteri kepada Dato' Panglima Kinta ke-12, Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Che Wan Kulop Mohd Yusuff, Orang Besar Jajahan Kinta, Perak.

Anaknya, Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Abdullah Fadzil Che Wan pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang, Timbalan Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Luar . Kemudian, Dr. Abdullah menjadi Orang Besar Jajahan Kinta, yang diwarisi dari datuk moyangnya.

AnugerahSunting

Beliau mendapat beberapa pingat termasuk KMN, AMN; AMP, PJK Pada bulan Oktober 1974, beliau telah dianugerahkan Pingat Tun Fatimah bersama dengan lima wanita lain kerana sumbangan cemerlang kepada negara dan masyarakat. Beliau mempunyai empat orang anak dan salah seorang darinya merupakan seorang doktor.

Meninggal duniaSunting

Beliau telah meninggal dunia pada usia 80 tahun pada 23 Mei 2003, jam 12.45 pagi.[3]

RujukanSunting