Opah (drama)

Siri televisyen

Opah ialah bermula dari siri Drama Minggu Ini pada tahun 1983 sehingga tahun 2000. Pada tahun-tahun berikutnya Opah menjadi siri yang menjadi popular dan salah satu rancangan tunggak RTM. Watak utama dipegang oleh Zaiton Hussain sebagai Opah Kalsom, Khatijah Abu Hassan (Jenab), Zami Ismail (Dollah), Radzali Buyung (Osman), Normala Omar (Timah) isteri Osman, Mohamad Abdullah (Alang Yasin) dan Mustaffa Noor (Amar). Watak cucu-cucu Opah pula dilakonkan oleh Aziz M. Osman (Burn), Nornashriq Nornikman (Bob) dan Asdayanti Daut (Lina).

Opah
Dibintangi oleh
Zaiton Hussain
Khatijah Abu Hassan
Aziz M. Osman
Zami Ismail
Penerbitan
PenerbitHusner Ahmad
PenyuntingRamlah Jalee
Penyiaran
Saluran asalTV1
Siaran asal1983 – 2000

Siri 'Opah' ini yang disiarkan selama 14 tahun mengutarakan falsafah kekeluargaan berteraskan budaya Melayu berlandaskan ajaran Islam. Opah ditonjolkan sebagai seorang ibu tunggal yang kematian suami berjaya membesarkan empat orang anaknya. yang turut diwarnai oleh ragam cucu-cucunya.

Nilai-nilai murni dalam keluarga Melayu yang dipaparkan melalui drama 'Opah' membawa banyak pengajaran kepada para penonton.[1]

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd. Saiful Sahak (20 Julai 2019). "Opah cetus fenomena drama kekeluargaan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 Julai 2022.