Opah Bahulu Lola Cupcake

Opah Bahulu Lola Cupcake adalah telefilem komedi Malaysia 2016 yang ditayangkan menerusi saluran TV1 melalui slot Panggung Ahad pada 27 November 2016.[1]

Opah Bahulu Lola Cupcake
Genre
PengarahHashim Rejab
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penyiaran
Saluran asalTV1
Siaran asal27 November 2016

Sinopsis sunting

Sejak kewujudan Lola dengan perniagaan Cupcakenya, permintaan kuih bahulu Opah Semah semakin berkurangan. Ditambah pula dengan sikap Lola yang angkuh dan sombong itu menimbulkan perasaan tidak senang dikalangan orang-orang kampung. Lola berasa amat gembira kerana Cupcake hasil air tangannya sudah diterima oleh orang-orang kampung. Opah Semah berasa dirinya amat tercabar dengan tindakan Lola.[2]

Suatu hari, Yop dan Yuni iaitu cucu Opah Semah memberi idea untuk membantu Opah Semah mencuba perusahaan baharu iaitu coklat. Pada mulanya, Opah Semah kurang bersetuju kerana tidak yakin akan produk coklat yang kurang mendapat sambutan masyarakat terutama orang-orang di sekitar kampung tersebut. Namun, Yop dan Yuni berjaya menyakinkan Opah Semah dengan memberi semangat dan membantunya membuat coklat.

Akhirnya Opah Semah berjaya menghasilkan keluaran produk coklatnya dan kini dia membuka sebuah kedai bakeri sendiri. Berkat kesabaran Opah Semah, coklatnya mendapat pesanan dari kerabat diraja.

Pada masa yang sama, Lola berusaha dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan perniagaan coklat Opah Semah. Lola cuba membuat pelbagai muslihat namun tidak mematahkan semangat Opah Semah untuk mengembangkan perniagaannya. Sifat dengki dan iri hati Lola kepada Opah Semah makin menjadi-jadi.

Pelakon dan watak sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Didi Alias Jual Cupcake dalam OPAH BAHULU LOLA CUPCAKE". Budiey. 19 November 2016.
  2. ^ "SIARAN MEDIA - Opah Bahulu Lola Cupcake". RTM. 24 Oktober 2017.[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting