Opar (kawasan negeri)
Opar merupakan sebuah bahagian pilihan raya negeri di Sarawak, Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dengan kod N.01.
Kawasan pilihan raya ![]() | |||
---|---|---|---|
Bahagian pilihan raya negeri | |||
Badan perundangan | Dewan Undangan Negeri Sarawak | ||
ADUN |
GPS | ||
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 2005 | ||
Kali pertama dipertandingkan | 2006 | ||
Kali terakhir dipertandingkan | 2021 |
Kawasan DUN ini mula dipertandingkan pada 2006 dan memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri di DUN Sarawak mengikut sistem undian terbanyak.
Sejarah Sunting
Kawasan pengundian di DUN Opar (2006–2016): Sebiris, Jangkar, Sebandi, Temaga, Stungkor, Opar, Serayan, Rukam, Sembawang, Kandaie, Pasir Tengah, Sedaing, Biawak, Senibong, Sebako, Raso, Raso II, Bokah, Stom Muda, Selampit, Jugan, Stenggang.
Kawasan pengundian di DUN Opar (2016–kini): Sebiris, Jangkar, Sebandi, Temaga, Stungkor, Opar, Bandar Baru Opar 1 & 2, Serayan, Rukam, Sembawang, Kandaie, Pasir Tengah, Sedaing, Biawak, Sibuluh, Kompleks RSP Sibuluh, Grogo, Suba Buan, Suba Bau, Senibong, Sebako, Raso I, Raso II, Bokah, Stom Muda, Selampit, Jugan, Stenggang.
(Nota: Kawasan pengundian Suba Buan, Suba Bau, Grogo, dan Sibuluh kini diwartakan dalam kawasan DUN Opar.)
Projek pembangunan yang dilaksanakan Sunting
- Melaksanakan projek penurapan semula jalan raya yang baru, khususnya Jalan Kampung Opar, Jalan Pokap (Kampung Grogo), Jalan Sungai Padang (Kampung Rumih), Jalan Lomuk-Sibuh (kawasan Lomuk), Jalan Kampung Sibuluh (Kampung Sibuluh), dan Jalan Kampung Suba Bau & Suba Buan (Kampung Suba Bau).
- Melaksanakan projek penyambungan jalan raya serta projek penurapan jalan yang menghubungkan antara Jalan Sungai Padang (Kampung Rumih) dengan Jalan Lomuk-Sibuh (kawasan Lomuk).
- Menaiktaraf dan menyelenggara saluran perparitan yang baharu di kawasan kampung dan di kawasan berpenduduk.
- Mewujudkan sepenuhnya bekalan air dan bekalan elektrik secara percuma di seluruh kawasan kampung dan kawasan berpenduduk di DUN Opar.
- Melaksanakan pemasangan lampu jalan tenaga solar di seluruh kawasan Kampung Grogo, kawasan Lomuk, Kampung Rumih, Kampung Opar, Kampung Suba Bau & Suba Buan, dan Kampung Sibuluh, Bau.
- Mewujudkan projek pemasangan kabel optik fiber internet berkelajuan tinggi 4G & internet 5G di seluruh kawasan Kampung Grogo, kawasan Lomuk, Kampung Rumih, Kampung Opar, Kampung Suba Bau & Suba Buan, dan Kampung Sibuluh.
- Projek pembinaan bangunan Kompleks Pentadbiran Awam yang baharu di Opar, Bau. Bangunan setinggi tujuh tingkat itu bakal menempatkan pejabat-pejabat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, selain menempatkan juga perpustakaan, bilik arkib, mini auditorium, bilik mesyuarat, kafeteria, dan bilik latihan (practice room).
- Membangunkan projek pembinaan Klinik Kesihatan Opar yang baharu. Ini dapat meringankan beban masyarakat penduduk di DUN Opar serta menjamin taraf kesihatan penduduk.
- Menaiktaraf dan menyelenggara sepenuhnya Sekolah Rendah Kebangsaan Opar, Bau. Ini termasuk menaiktaraf dewan sekolah, menaiktaraf blok pentadbiran & blok kelas sedia ada, menaiktaraf kantin sekolah, menaiktaraf padang sekolah, serta membina tambahan dua unit blok kelas setinggi dua tingkat.
- Melaksanakan secara menyeluruh pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Opar baharu, dan juga pembinaan Kolej Tingkatan Enam Opar yang baharu.
- Projek pembinaan Bandar Baru Opar di Jalan Sungai Padang, Opar. Menempatkan sebanyak 20 buah unit rumah teres dua tingkat, 20 buah unit rumah teres satu tingkat, sebuah taman rekreasi komuniti (termasuk laluan trek jogging, taman permainan kanak-kanak, public gym area, dan gazebo), wireless Wi-Fi percuma, balai polis komuniti, satu blok bangunan Dewan Komuniti Opar yang baru, satu blok bangunan Pejabat Tanah & Survei Opar yang baru, serta satu blok bangunan Pejabat Persekutuan Opar yang baru.
- Membina Kompleks Medan Niaga Opar yang baharu di kawasan Kampung Opar, Bau. Ini akan menempatkan lebih banyak gerai jualan hasil tani, gerai jualan daging & ikan, gerai jualan buah-buahan & sayur-sayuran, gerai jualan hasil kraftangan, serta gerai-gerai makanan & minuman.
- Projek menaiktaraf & menyelenggara bangunan Gereja Katolik St. Joseph, Opar, Bau. Ini termasuk memperluaskan kapasiti bangunan gereja (yang mampu memuatkan sehingga maksimum 2,000 orang sahaja), membina bangunan Dewan Serbaguna Gereja Katolik St. Joseph Opar yang baru, membina satu blok pentadbiran & parish gift shop yang baru, membina satu blok bangunan kelas Hari Minggu setinggi dua tingkat, membina tiga blok apartment tiga tingkat (khas untuk semua kakitangan gereja), tandas awam, serta tempat meletak kereta & motosikal.
- Projek membina bangunan baru Surau Darul Rahman di Opar, Bau. Bangunan ini dapat memuatkan sehingga maksimum 700 orang sahaja. Ini juga termasuk satu blok bangunan kelas mengaji Al-Quran yang baru, satu blok dewan serbaguna, satu blok kafeteria, dan satu blok pejabat pentadbiran.
- Melaksanakan pembinaan kompleks perumahan Rumah SPEKTRA Permata (RSP) Sibuluh, Bau. Sebagai permulaan, sebanyak 50 unit rumah SPEKTRA Permata akan dibina. Jumlah keseluruhan rumah untuk projek ini adalah sebanyak 164 unit rumah. Kompleks RSP Sibuluh ini dikhususkan untuk golongan isi rumah berpendapatan RM 6,000 dan ke bawah (B50), serta juga golongan belia B50. Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan adalah seperti dewan serbaguna, kawasan tapak khusus untuk acara & majlis keramaian, satu blok bangunan tadika KEMAS, kawasan taman rekreasi keluarga, public gym area, Wireless Wi-Fi percuma, dan satu blok bangunan Pusat Internet Komuniti yang baru.
- Melaksanakan pembinaan laluan jalan raya baharu di kawasan Kampung Kendaie-Selampit, serta pembinaan jambatan baharu di Kampung Selampit. Pembinaan jambatan Kampung Selampit adalah pembinaan jambatan sepanjang 200 meter dan lebar 6.5 meter, termasuklah dengan pembinaan akses jalan raya dan sistem perparitan di kawasan sekitarnya. [1]
Sejarah perwakilan Sunting
DUN Opar | |||
---|---|---|---|
Sidang | Tahun | Nama | Parti |
Kawasan mengundi diwujudkan | |||
16 | 2006-2011 | Ranum Mina | BN |
17 | 2011-2014 | ||
2014 | TERAS | ||
2014-2016 | UPP | ||
18 | 2016-2018 | BN | |
2018-2021 | PSB | ||
19 | 2021- | Billy anak Sujang | GPS (SUPP) |
Sejarah pilihan raya Sunting
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
GPS | Billy anak Sujang | 3,659 | 46.77 | ||
PSB | Ranum anak Mina | 1,970 | 25.18 | ||
PBK | Freedy anak Misid | 1,487 | 19.01 | ||
PKR | Meneng anak Biris | 327 | 4.18 | ||
PBDSB | Cikgu Saini anak Kakong | 220 | 2.81 | ||
SEDAR | Bayang ak Teron | 160 | 2.05 | ||
Jumlah undi sah | 7,823 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 112 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | 23 | ||||
Keluar mengundi | 7,958 | 69.59% | |||
Pengundi berdaftar | 11,436 | ||||
Majoriti | 1,689 | ||||
GPS ambil alih dari PSB | Unjuran | .
|
Rujukan Sunting
- "Keputusan Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-12. Dicapai pada 2018-08-12.