Operasi Downfall
Operasi Downfall (harfiah, "Operasi Kejatuhan") ialah nama kod rancangan serangan terhadap Empayar Jepun oleh angkatan tentera Pihak Bersekutu pada penghujung Perang Dunia Kedua. operasi yang dirancang ditinggalkan selepes Jepun menyerah kalah berikutan pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki. Operasi terdiri daripada dua bahagian: Operasi Olympic dan Operasi Coronet.
Operasi Downfall | |
---|---|
Objektif | Serangan terhadap Jepun |
Hasil | Dibatalkan selepas Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 |
Dijadualkan pada bulan Oktober 1945, Operasi Olympic bertujuan untuk menawan sepertiga wilayah selatan pulau selatan Kyūshū, dengan mengguna Pulau Okinawa, yang baharu ditawan sebagai kawasan berkumpul. Kemudian, dalam musim bunga 1946, Operasi Coronet akan dilaksanakan buat menawan Dataran Kantō, berdekatan Tokyo, di pulau Honshū. Pangkalan-pangkalan udara di Kyushu yang ditawan dalam Operasi Olympic akan membolehkan penggunaan sokongan pesawat dari darat untuk membantu dalam Operasi Coronet. Sekiranya Downfall terjadi, ia akan tercatat sebagai operasi amfibi terbesar dalam sejarah.[1]
Rujukan
suntingJika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.