Pemindahan Dunkirk

(Dilencongkan daripada Operasi Dynamo)

Pemindahan Dunkirk (atau pengosongan Dunkirk) , yang bernama kod Operasi Dynamo dan juga dikenali sebagai mukjizat Dunkirk, merupakan pengosongan Tentera Bersekutu dari pesisiran pantai dan pelabuhan Dunkerque, Perancis antara 26 Mei dan 4 Jun 1940, semasa Perang Dunia Kedua. Operasi tersebut diputuskan apabila bilangan besar tentera British, Perancis, Belgium dan Kanada dipisahkan dan dikepung oleh Tentera Jerman semasa Pertempuran Perancis. Dalam sebuah ucapan di Dewan Rakyat British, Perdana Menteri British memanggil kejadian di Perancis sebagai "malapetaka ketenteraan yang besar", berkata bahawa seluruh akar, teras dan otak Tentera British telah terkandas di Dunkirk dan kelihatan hampir dimusnahkan atau tertangkap.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ Churchill 2003, m/s. 212.