Opsss... Terpikat Cik Sombong

Opsss... Terpikat Cik Sombong merupakan drama adaptasi novel karya Cici Aida yang diterbitkan pada tahun 2018. Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Dayang Areeda, Nafiez Zaidi, Ariff Aziz, Nelissa Nizam, Liza Abdullah dan ramai lagi. Drama ini mulai disiarkan bermula 10 Disember 2018 pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 9 malam di saluran Unifi TV.[1]

Opsss... Terpikat Cik Sombong
GenreCinta
Keluarga
Konflik
Berdasarkan daripada
Opsss... Terpikat Cik Sombong karya Cici Aida
PenciptaCici Aida
PengarahKhalid Nadzri
Dibintangi oleh
Shukri Yahaya
Dayang Areeda
Nafiez Zaidi
Lagu pembukaanDia - Dayang Nurfaizah
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim1
Bilangan episod30
Penerbitan
Penerbit eksekutifWan Rozita Alhadad Khan
Haslinda Abdul Rahman
PenerbitAida Khalida
Emily Wee
Pemasangan kamera
Tetapan multi kamera
Tempoh siaran48 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Khalida Productions Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalUnifi TV
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal10 Disember 2018 – 19 Mac 2019

Sinopsis sunting

Ira Harisya. Cantik, manis dan penuh gaya dengan aura memikat. Namun begitu, Ira Harisya benci lelaki yang suka ambil kesempatan pada perempuan cantik sepertinya. Lebih-lebih lagi, lelaki itu Zeid Farhans.

Bengang! Benci! Meluat! Tiga rasa bersatu dalam hati Ira Harisya, bila Farhans bekerja sebagai pemandu peribadi Tan Sri Rashid. Ingat dia hairan sekalipun depan mata dia tu cucu lanun. Silap besarlah. Berani cuba nak dekat-dekat dengan dia memang merasa jadi punching bag.

Berkahwin, bukanlah pilihan terakhir Farhans. Tapi sebagai lelaki yang bertanggungjawab, dia memilih untuk menjaga Ira Harisya. Berbeza dengan Ira Harisya, hanya kesakitan yang dibawa sehingga ke gerbang perkahwinan.

Bila keputusan sudah dibuat Tan Sri Rashid, tiada siapa yang mampu membantah termasuk Ira Harisya. Benci hatinya tidak mampu diungkapkan. Makin terluka bila Farhans menjadi suami. Suami yang tidak dirancang. Namun, bagi Farhans, itulah permatanya. Itulah berlian yang kilauannya sangat mahal. Dia suka Ira Harisya. Selamanya akan suka! Opss…dia sudah terpikat pada cik sombong, Tetapi Ira Harisya, bila dia kata tak suka, bermakna selamanya dia tak akan suka!

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Opsss Terpikat Cik Sombong mcentralmy. Dicapai pada 30 Mac 2023.