Optik quantum ialah salah satu bidang dalam fizik yang mengkaji penggunaan mekanik kuantum dalam fenomena cahaya dan interaksinya dengan jasad.

Konsep optik kuantum sunting

Berdasarkan mekanik kuantum, cahaya bukan sahaja dikenali sebagai gelombang elektro-magnet tetapi juga sebagai aliran zarah yang dipanggil foton yang bergerak pada kelajuan c (kelajuan cahaya semasa di hampagas). Zarah ini tidak patut dikelaskan seperti bola biliard klasik tetapi sebagai zarah mekanik kuantum yang dijelaskan oleh fungsi gelombang yang tersebar di suatu kawasan terhad. Setiap zarah membawa satu kuantum tenaga yang bersamaan dengan hf (formula Einstein selain mc2), di mana h ialah pemalar Planck dan f ialah frekuensi cahaya.

Lihat juga sunting