Orang asli

suku asal suatu kawasan
(Dilencongkan dari Orang Asli)

Orang asli atau orang peribumi tidak mempunyai takrifan yang tetap, tetapi biasanya merujuk kepada masyarakat peribumi asal yang duduk dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat yang mempunyai hubungan tradisi dengan tempat tersebut dan diketepikan model budaya yang dominan.[1] Terdapat beberapa perumusan yang diterima luas yang mentakrifkan istilah "orang asli" dengan lebih ketat telah dikemukakan oleh beberapa pertubuhan yang dikenali di peringkat antarabangsa, antaranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan Bank Dunia. Orang asli yang dimaksudkan dalam rencana ini mengikut takrifan tersebut.

Daripada sumber-sumber ini, takrifan kontemporari "orang asli" untuk sesuatu tujuan mempunyai kriteria yang cuba untuk memasukkan kumpulan budaya (dan keturunan mereka) yang mempunyai kesinambungan sejarah atau hubungan dengan kawasan tertentu, atau sebahagiannya, dan yang pernah atau sedang mendiami kawasan tersebut sama ada:

  • sebelum ia dijajah atau diilhak; atau
  • bersama-sama dengan kumpulan budaya lain semasa pembentukan negara bangsa; atau
  • sebahagian besarnya terasing dari pengaruh pemerintahan sebuah negara bangsa,

Dan juga mereka yang:

  • masih mengekalkan sebahagian ciri-ciri linguistik, budaya dan masyarakat yang berbeza, dan dengan itu kekal berbeza sedikit sebanyak daripada penduduk di sekitar dan budaya dominan negara tersebut.

Selain itu, satu lagi kriteria biasanya ditambah:

  • mereka yang mengaku sebagai peribumi dan diakui oleh orang lain sebagai peribumi.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sekretariat Forum Tetap Hal Ehwal Orang Asli (2009). State of the World's Indigenous Peoples. New York, Amerika Syarikat: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. m/s. 6.