Bumiputera di Sabah

(Dilencongkan dari Orang Asli di Sabah)

Bumiputera di Sabah atau Penduduk asal Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai Bumiputera atau Pribumi, terdiri daripada sekurang-kurangnya 35 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara berikut adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah Borneo.

Gambaran mengenai kumpulan etnik di Sabah dengan pakaian tradisional masing-masing.

Senarai Kaum/Etnik di Sabah sunting

  1. Kaum Kadazan-Dusun[1]
  2. Sungai
  3. Suluk
  4. Samah
  5. Brunei
  6. Tagahas
  7. Kagayan
  8. Murut
  9. bajau
  10. Iranun
  11. Bonggi
  12. Kwijau
  13. Paitan
  14. Lun Bawang
  15. Lundayeh
  16. Kedayan
  17. Iban (Iban Merotai)
  18. Binadan
  19. Melayu Kokos
  20. Rumanau
  21. Lotud
  22. Minokok
  23. Tidung
  24. Rungus
  25. Kedayan
  26. Ubian
  27. Kimaragang
  28. Ida'an
  29. Inokang
  30. Sonsogon
  31. Mangkak
  32. Bulungan

Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Mereka menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan keempat yang terbesar selepas kaum Kadazandusun, Bajausama dan Murut.

Manakala, terdapat juga suku kaum bukan-peribumi Sabah yang boleh menikmati faedah Bumiputera. Ini berdasarkan Perkara 160 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Oleh sebab yang demikian, penduduk dari Semenanjung Malaysia, Sarawak adalah dalam lingkungan takrifan ini, lantas dapat menikmati faedah Bumiputera Malaysia, walaupun bukan berasal dari kalangan Peribumi Sabah. Orang yang bukan rakyat asal Malaysia tidak termasuk dalam kumpulan ini.

Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu (seperti negeri lain di Malaysia), namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Kadazan,Lundayeh, Tombonuo, Sungai, Sama, Brunei, Murut dan lain-lain. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ United Nations, Official Sabah Statistic (1 January 2004). "Kadazan-Dusun merupakan etnik terbesar di Sabah menurut data statistik Sabah - United Nation". UNESCO. Dicapai pada 1 January 2004.

Pautan dalam sunting