Buka menu utama

Wikipedia β

Lakaran Mahkota Puteri Nur dalam keadaan biasa

Bunian bukanlah daripada bangsa manusia berketurunan Nabi Adam alaihissalam yang boleh dipanggil "orang". Bunian ialah makhluk ciptaan Allah swt mirip dengan elf dalam legenda Eropah, lebih tepat lagi seperti yang digambarkan oleh J. R. R. Tolkien di dalam hasil karya beliau The Lord of the Rings, The Hobbit dan The Silmarillion. Banyak mitos dan cerita yang dipercayai oleh manusia berdasarkan kisah-kisah yang disampaikan dari zaman ke zaman dan andaian dan bukannya cerita yang benar. Yang sahihnya, mereka bukanlah manusia tetapi makhluk yang dicipta Allah Subhanahu Wata'ala dari cahaya sama seperti para malaikat untuk membantu manusia dibawah arahan Allah Subhanahu Wata'ala. Namun bunian bukanlah malaikat cuma unsurnya sahaja sama kejadiannya seperti para malaikat. Para Malaikat tiada jantina, tidak makan, tidak minum dan tidak tidur manakala Bunian pula sebaliknya. Mereka berkeluarga, makan, minum dan tidur seperti manusia.

Asal-usulSunting

Alam Zara alam kayangan
Alam Zara, yang terdapat di langit tempat sebenar Raja-raja Bunian tinggal dan bukannya di hutan

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul makhluk bunian, antaranya ialah mereka adalah daripada keturunan jin. Pendapat kedua menyatakan mereka ialah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin.[nyatakan menurut siapa?] Dan pendapat ketiga dan yang sebenarnya, Bunian adalah makhluk ciptaan Allah dan bukan dari keturunan manusia, jin maupun malaikat. Allah swt Maha Pencipta menciptakan berbagai jenis makhluk yang manusia sendiri tidak pernah melihat kecuali mereka-mereka yang dianugerahkan Allah ilmu Makrifat dan Laduni. Yang sebenarnya, apa yang manusia bertemu bunian selama ini disebalik semua cerita dari turun temurun, itu bukanlah bunian sebaliknya jin-jin kafir yang menyamar sebagai bunian contohnya seperti jin kebayan yang suka berlakon dan menyamar.

Alam ZaraSunting

Manusia menggelarkan Alam Bunian sebagai Kayangan. Ianya terletak di antara Langit dan Bumi, dan dikenali sebagai Alam Zara. Alam Zara tiada cahaya matahari dan mempunyai kelembapan yang tinggi. Namun begitu, ianya disinari cahaya Bunian itu sendiri.[1] Keadaan sebenar tempat tinggal bunian ini juga pernah diceritakan di dalam filem Sumpah Orang Minyak lakonan P.Ramlee, malangnya beberapa perkara di dalam filem ini diubahsuai mengikut citarasa P.Ramlee. P.Ramlee diberi ilham oleh para bunian untuk mengambarkan suasana dan kehidupan bunian yang sebenar.

Hubungan dengan manusiaSunting

Oleh kerana orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan), tidaklah menghairankan terdapat kisah mereka berkahwin dengan manusia. Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal daripada unsur tanah) dan bunian (berasal daripada unsur cahaya). Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian tetapi lantaran ingin kembali ke keluarganya yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Semasa kepulangannya ke golongan manusia, dia mendapati bahawa setiap orang yang dia kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.

Orang Bunian juga sering dikatakan boleh menyebabkan manusia sesat.[2]

Isi kandungan

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting

Nota kakiSunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  2. ^ Girls missing for hours played with mysterious ‘kakak’