Orang Cina di Afrika Selatan

Orang Cina Afrika Selatan merupakan kelompok etnik Cina yang dilahirkan dan/atau menetap di negara Afrika Selatan

Orang Cina di Afrika Selatan
Kawasan ramai penduduk
Pretoria, Johannesburg, Port Elizabeth, Bronkhorstspruit
Bahasa
Bahasa Afrikaans, Bahasa Inggeris, Bahasa Kantonis, Bahasa Mandarin, Bahasa Wu, Bahasa Hokkien
Agama
Buddha, Kristian, Konfucianisme, Tiada Agama

Sejarah sunting

Sebelum Zaman Aparteid sunting

Bukti perhubungan pertama di antara orang Cina dan Afika Selatan bermula pada tahun 1420 apabila seorang pelukis peta dari Venice, Fra Mauro melaporkan bahawa terdapat sebuah kapal daripada China mengelilingi Tanjung Harapan menuju ke selatan Lautan Atlantik. Beliau juga telah melakarkan gambar tongkang Cina tersebut di dalam petanya. Fra Mauro telah mengumpulkan peta-petanya untuk Don Pedro, abang penjelajah terkenal Henry the Navigator. Peta tersebut dilukis dengan tepat oleh Fra Mauro, 20 tahun sebelum Bartolomeu Dias menjadi orang Eropah pertama yang berjaya mengelilingi Tanjung Harapan tersebut. Ahli sejarawan percaya bahawa Fra Mauro telah merujuk kepada peta-peta orang Cina untuk melakarkan Tanjung Harapan dengan sungguh sempurna. [2]

Ahli arkeologi telah menemui bekas-bekas porselin di Mossel Bay yang terletak timur pantai Afrika Selatan yang membuktikan bahawa rombongan pelayaran Laksamana Cheng Ho telah sampai ke situ pada kurun ke-15. [3]

Orang Cina pertama yang berhijrah ke Afrika Selatan bernama Wan Cho yang tiba di Cape Town daripada Betawi, Jawa pada tahun 1660 dengan menaiki kapal Belanda Arnhem.[4]

Terdapat sedozen orang Cina yang membuka restoran-restoran dan menjual sayur-sayuran di Tanjung Harapan pada tahun 1740-an. [5]

Pada tahun 1870-an, kumpulan orang Cina yang pertama daripada Guangzhou, China berhijrah ke Afrika Selatan. Mereka inilah yang merupakan nenek-moyang orang Cina di Afrika Selatan. [6]

Orang Cina mula datang beramai-ramai ke Afrika Selatan pada tahun 1904 untuk bekerja di lombong-lombong emas yang terletak di Witwatersrand (sekarang dikenali sebagai Gauteng). Kebanyakkan daripada mereka telah dihantar pulang pada tahun 1910, akibat desakan kaum Kulit Putih yang menentang kewujudan orang-orang Cina di lombong-lombong emas tersebut.

Hanya sebilangan kecil sahaja yang kekal dan menetap di beberapa buah kawasan seperti Johannesburg dan Port Elizabeth, di antara hanya dua tempat yang terdapat orang Cina.

Zaman Aparteid sunting

Pada permulaan zaman Aparteid, seperti golongan bukan Kulit Putih yang lain, orang Cina juga mengalami diskriminasi dari orang Kulit Putih. Pada zaman ini mereka dikategorikan sebagai golongan Kulit Berwarna (Coloured).

Apabila kerajaan Aparteid di bawah pimpinan orang Kulit Putih diiktiraf oleh negara Taiwan dengan ikatan diplomatik di antara kedua-dua buah negara, terdapat ramai orang Cina Taiwan yang mula berhijrah ke Afrika Selatan pada penghujung tahun 1970-an.

Ia merupakan satu situasi yang amat pelik kerana orang Cina di Afrika Selatan telah dikategorikan sebagai dua golongan. Orang Cina yang datang lebih awal daripada tanah besar China dikategorikan sebagai orang Kulit Berwarna, manakala orang Cina yang berasal daripada Taiwan pula dikategorikan sebagai orang Kulit Putih Terhormat (Honorary White).

Ketibaan pendatang-pendatang Cina yang baru daripada Taiwan telah menambahkan populasi orang Cina di Afrika Selatan dari 10,000 orang pada awal tahun 1980-an ke sekurang-kurangnya 20,000 orang pada awal 1990-an.

Orang-orang Cina daripada Taiwan merupakan para usahawan syarikat-syarikat kecil, terutamanya di dalam sektor tekstil di seluruh Afrika Selatan.

Selepas Zaman Aparteid sunting

Apabila tamatnya zaman Aparteid, lebih ramai orang Cina daripada tanah besar China, Hong Kong dan Singapura berhijrah ke Afrika Selatan dan menyebabkan jumlah orang Cina di Afrika Selatan melonjak ke 100,000 orang, termasuk pendatang-pendatang haram daripada China.

Di Johannesburg, sebuah pekan cina (Chinatown) telah dibangunkan di timur kawasan suburb Cyrildene dan Bruma Lake, mengantikan Chinatown yang lama di pusat bandar.

Sebuah kawasan perumahan untuk orang Cina juga telah dibangunkan di pekan kecil Bronkhorstspruit yang terletak di timur bandar Pretoria

Demografi sunting

Dianggarkan terdapat lebih kurang 200,000 orang Cina di Afrika Selatan.

Negara Kelahiran sunting

Bahasa sunting

Agama sunting

  • Kristian - 6,838 pengikut [15]
    • Gereja Covenant Orang Cina Afrika Selatan - 100 pengikut [16]
    • Gereja Jesus Sebenar [17]

Orang Cina Afrika Selatan di Luar Negara sunting

Akibat dasar Apartheid, ramai orang Cina telah berhijrah ke luar negara seperti:-

Perayaan-Perayaan Orang Cina Afrika Selatan [20] sunting

Restoran Makanan Cina di Afrika Selatan [21] sunting

Masyarakat Cina Afrika Selatan telah mengenalkan makanan-makanan mereka kepada masyarakat Afrika Selatan sejak kurun ke-18 lagi. Berikut adalah bandar-bandar di mana terdapatnya restoran makanan Cina. Kebanyakkan masakan-masakan yang diperkenalkan berasal daripada wilayah Guangzhou

Media Massa Orang Cina sunting

Surat Khabar [22] sunting

Rangkaian Televisyen [23] sunting

Persatuan-Persatuan Orang Cina [24] sunting

  • Persatuan Golf Orang Cina (Chinese Golf Association) [25]
  • Persatuan Orang Cina Afrika Selatan (Chinese Association of South Africa - CASA)
  • Persatuan Orang Cina Transvaal (Transvaal Chinese Association) [26]
  • Persatuan Sukan Orang Cina Afrika Selatan (South African Chinese Sports Association)

Kumpulan Kongsi Gelap di Afrika Selatan [27] sunting

Masyarakat Cina di Afrika Selatan, walaupun merupakan jumlah yang kecil, tetapi amat penting di dalam pembangunan politik dan ekonomi di Afrika Selatan.

Elemen-elemen jenayah di kalangan masyarakat Cina mula diketahui oleh pihak berkuasa pada tahun 1970-an, terutamanya di dalam penyeludupan sirip ikan jerung di pelabuhan-pelabuhan sekitar Afrika Selatan.

Manakala di Gauteng pula terdapat beberapa orang Cina yang terlibat di dalam penyeludupan produk-produk daripada haiwan-haiwan yang dilindungi seperti tanduk Badak Sumbu dan kegiatan perjudian tanpa lesen.

Pada tahun 1980-an, polis berjaya mengesan beberapa kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam penyeludupan sirip ikan jerung yang telah dikeringkan diseludup dari Cape Town melalui Johannesburg ke Hong Kong dan beberapa buah bandar di sekitar Asia Tenggara.

Pada tahun 1993, sekurang-kurangnya 30 ke 40 tan Abalone yang telah dikeringkan dieksport secara haram oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini ke Hong Kong dan Singapura.

Kumpulan-Kumpulan Kongsi Gelap di Afrika Selatan (Negara Asal) sunting

Tindakan Keganasan terhadap Orang Cina [28] sunting

Pada 30 haribulan Oktober 2002, Boeramag, sebuah organisasi militia haluan kanan yang dianggotai oleh orang Afrikaner telah meletakkan sebuah bom di dalam bilik bawah tanah Tokong Buddha Nan Hua. Tokong Buddha tersebut yang terletak di Bronkhorstspruit merupakan tokong Buddha yang terbesar di Afrika. Tokong ini telah didirikan oleh orang Cina yang berasal dari Taiwan yang mengikut aliran Fo Guan Shan (Gunung Cahaya Buddha).

Dua orang pekerja tokong berkenaan cedera setelah bom tersebut meledak secara pra-matang. Menurut pihak polis Afrika Selatan, bom itu boleh menyebabkan banyak kematian dan kecederaan jika ia tidak meletup secara pra-matang kerana terdapat 150 orang pengikut dari Afrika Selatan, Australia, Taiwan, Malaysia dan Amerika Syarikat sedang menghadiri satu upacara keagamaan.

Keseluruhan ahli politik di Afrika Selatan mengutuk tindakan keganasan tersebut.

Orang-Orang Cina Afrika Selatan sunting

  • Hui Fang (慧昉法師) - Ketua Sami Tokong Buddha Nan Hua (2003-2006)
  • Hui Li (慧禮法師) - Ketua Sami Tokong Buddha Nan Hua (1992-2002)
  • Man Ya (滿亞法師) - Ketua Sami Tokong Buddha Nan Hua (2001-2003)
  • Maureen Lok Fat - Pengerusi Persatuan Orang Cina Transvaal
  • Yi Chun (依淳法師)- Ketua Sami Tokong Buddha Nan Hua (2006 - sekarang)

Rujukan sunting

  1. ^ [1] Institute for Securities Studies, Halfway House
  2. ^ [2]southafrica.net
  3. ^ [3]southafrica.net
  4. ^ [4]southafrica.net
  5. ^ [5]southafrica.net
  6. ^ [6]southafrica.net
  7. ^ [7]Mail & Guardian
  8. ^ [8]Joshua Project
  9. ^ [9]Ethnologue
  10. ^ [10]Ethnologue
  11. ^ [11] religioscope.com
  12. ^ Barret, David B., World Christian Encyclopedia, 1982, Oxford University Press, ms. 621
  13. ^ [12] US Department of State
  14. ^ Barret, David B., World Christian Encyclopedia, 1982, Oxford University Press, ms. 621
  15. ^ [13]Joshua Project
  16. ^ [14] Diarkibkan 2008-09-04 di Wayback Machine Evangelical Covenant Church
  17. ^ [15] True Jesus Church
  18. ^ Barret, David B., World Christian Encyclopedia, 1982, Oxford University Press, ms. 621
  19. ^ [16] Diarkibkan 2007-12-11 di Wayback MachineCanadian Council of South Africans
  20. ^ [17] southafrica.net
  21. ^ [18] Diarkibkan 2007-12-03 di Wayback Machine business-broadcaster.co.za
  22. ^ [19] abyznewslinks.com
  23. ^ [20] lyngsat.com
  24. ^ [21] chineseforum.org.za
  25. ^ [22] Chinese Golf Association
  26. ^ [23] xinhuanet.com
  27. ^ [24] Diarkibkan 2011-06-09 di Wayback Machine Kumpulan Kongsi Gelap di Afrika Selatan
  28. ^ [25] Nan Hua Temple
  • Yap, Melanie; Man, Dianne (1996) Colour, Confussion & Concessions: The History of the Chinese in South Africa. Hong Kong University Press. ISBN 9622094244