Orang Gaji 41 ialah siri televisyen komedi Malaysia 2003 terbitan Enuja Productions yang disiarkan di TV3 dari 8 September hingga 24 November 2003.

Orang Gaji 41
GenreSitkom
Ditulis olehZarihah Hassan
PengarahFaisal "Chal" Ahmad
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod12
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Ecbal Hj. Mohd Ismail
PenerbitZainuddin Hj. Mohd Ismail
PenyuntingRazieman
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
Enuja Productions
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal8 September 2003 – 24 November 2003

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1]

SinopsisSunting

Pn. Norin ialah isteri En. Kamarul seorang yang cerewet, sebab itulah orang gajinya tidak bertahan lama. Hajah Rokiah nasihatkan menantunya sekali sekala perlu memasak untuk suaminya., jangan terlalau mengharap pada orang agaji. Semenjak kedatangan Pah Bedah, Nazir dan Nazira anak-anak amat gembira. Apa sahaja yang dimasak oleh Pah Bedah semuanya sedap. Sebelum pulang ke kampung Hajah Rokiah berpesan pada menantunya supaya ingat pesanannya. Pah Bedah berjanji pada Hajah Rokiah akan menjaga keluarga En Kamarul dan Pn Norin dengan baik. Pah Bedah berkenalan dgn jirannya, Che Wan Embun. Pn Norin hantar Pah Bedah ke pasar dan suruh pulang naik teksi berdasarkan alamat yang diberikannya. Pah Bedah marah ketika menaiki teksi Sudin kerana sewanya cepat sangat naik. Sudin kenalkan dirinya pada Pah Bedah. Pn Norin bersungut kerana barang yang dipesannya tidak dibeli oleh Pah Bedah. Sebenarnya barang tersebut tertinggal dalam teksi Sudin. En Kamarul panggil Pah Bedah kerana ada orang ingin berjumpa dengnnya.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

  • Nasir Ali sebagai Pak Ngah
  • Kismah Johar sebagai Mak Ngah
  • Maimon Mutalib sebagai Mak Tom
  • Abd. Malek sebagai Kamil
  • Khairul Masdor sebagai Abu
  • Damri Safwan sebagai kawan Sudin
  • Rosliza Ibrahim sebagai Kak Piah
  • Nursyaliza Shafie sebagai pekerja Kamarul
  • Zuraidah Muis sebagai pekerja Kamarul
  • Firdaus Abd. Rahman sebagai pekerja Kamarul
  • Nadira Shamsudin sebagai pekerja Azizah

Pelakon kanak-kanakSunting

  • Nadira Marzuki sebagai Zuraidah kecil

SambutanSunting

Sitkom ini pernah diulang siar di TV3 sebanyak dua kali, iaitu pada 2013 dan 2014. Ia menjadi salah satu karya Ellie Suriati yang paling diingati sepanjang kerjayanya.[2]

RujukanSunting

  1. ^ Orang Gaji 41 (2003): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 27 Mei 2019.
  2. ^ Karya seni Ellie Suriati yang paling diingati gumbira.com. Dicapai pada 15 Februari 2015.