Orang Kampung Otak Kimia
Orang Kampung Otak Kimia (atau O.K.!) ialah sebuah filem drama komedi Malaysia 1990 arahan Aziz Sattar, dibintangi oleh Mr. Os.[1]
Orang Kampung Otak Kimia | |
---|---|
Pengarah | Aziz Sattar |
Penulis | Aziz Sattar |
Dibintangi | Mr. Os |
Disunting oleh | Mohd Noor Tagaya |
Syarikat penerbitan | SV Productions |
Tarikh tayangan | 1990 |
Masa tayangan | 83 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis Sunting
Mengisahkan tentang Os, seorang pemuda sering dicemuh keluarganya dan orang kampung setelah gagal dalam peperiksaan. Walau bagaimanapun, dia merupakan seorang yang pintar dalam bidang kimia dan biologi dan kerana itulah dia telah berjaya mencipta satu formula ramuan yang membolehkan orang bisu dan juga binatang bercakap. Dengan kepakarannya ini, Os membuka sebuah klinik di kampungnya untuk membantu sesiapa yang bermasalah.
Ini telah menyedarkan keluarganya tentang kebolehannya. Ia juga telah menarik minat perhatian pengusaha wanita dan dia bersama pembantunya dibawa ke Kuala Lumpur. Kerana kejujurannya, Os telah ditipu dan jatuh muflis.
Pelakon Sunting
- Mr. Os sebagai Os
- Ochee
- Accapan
- Sheila Rusly
- Din Glamour
- Aziz Sattar
- Normadiah
- Dharma Harun Al Rashid
Rujukan Sunting
- ^ Irma Musliana (9 April 2016). "FILEM MR OS YANG MANA KORANG PALING SUKA?". Soscili.my. Dicapai pada 30 Mei 2018.