Orang Malaysia di New Zealand

Orang Malaysia di New Zealand atau Orang Malaysia New Zealand (Bahasa Inggeris: Malaysian New Zealanders) ialah rakyat dan penduduk New Zealand yang berketurunan Malaysia atau pendatang kelahiran Malaysia. Setakat 2006, kira-kira 14,547 orang kelahiran Malaysia tinggal di New Zealand.[1][2]

Malaysian New Zealanders
Jumlah penduduk
14,547 (2006)[1]
Kawasan ramai penduduk
Auckland, Wellington, Pulau Selatan
Bahasa
Inggeris New Zealand, Inggeris Malaysia, Cina(Kantonis, Min Puxian, Mandarin), Melayu
Agama
Buddhisme, Islam (minoriti)
Kumpulan etnik berkaitan
Pelbagai kelompok entnik Malaysia

Sejarah sunting

Semasa zaman penjajahan British, 42 orang yang dilahirkan pada 1916 di Negeri-negeri Selat (yang kini dikenali sebagai Malaysia dan Singapura) menjadi penduduk pertama di New Zealand.[2] Sebilangan besar mereka adalah dari etnik Melayu dan Cina.[2]

Terjadinya rusuhan kaum di Malaysia pada 1969 mendorong lebih ramai pelajar dari etnik Cina untuk mendapatkan pendidikan di New Zealand.[2] Berikutan rusuhan tersebut, Kerajaan Malaysia memperkenalkan dasar tindakan afirmatif untuk membantu kaum Bumiputera (terutamanya orang Melayu dan Orang Asli) untuk mencapai kualiti hidup ekonomi yang lebih tinggi daripada orang Cina.[2] Kemasukan universiti pilihan untuk Bumiputera menyukarkan etnik Cina untuk memasuki institusi pengajian tinggi Malaysia menjadikannya lebih baik bagi orang Cina Malaysia untuk berpindah dan belajar di universiti-universiti di New Zealand daripada di negara mereka sendiri.[2]

Pada 1986, terdapat 3,480 rakyat Malaysia di New Zealand yang kemudian meningkat menjadi 14,547 pada 2006.[1] Dari jumlah ini, hanya 3,540 orang Melayu manakala kebanyakannya adalah orang Cina Malaysia.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Bedford, Richard; Ho, Elsie (Jun 2008). Andrew Butcher (penyunting). "Implications of a Changing Demography: Table 8: New Zealand resident population born in Asia, 1986-2006" (PDF). Asians in New Zealand (dalam bahasa Inggeris). Asia New Zealand Foundation (7): 12–14. ISSN 1177-0031. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Februari 2013. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  2. ^ a b c d e f Carl Walrond (13 Julai 2012). "Malaysians and Singaporeans - Malaysians" (dalam bahasa Inggeris). Te Ara: The Encyclopedia of New Zealand. Dicapai pada 25 Mac 2014.