Orang Melayu Kelantan

etnik Melayu

Orang Melayu Kelantan (Melayu KelantanOghe Nayu Klate) ialah kumpulan sub-etnik Melayu yang berasal dari negeri Kelantan serta di bahagian Terengganu (daerah Besut dan Setiu selatan). Orang Melayu Kelantan berkait rapat dengan Melayu Thailand (terutamanya di PattaniNarathiwat dan Yala) dan Melayu Terengganu, kedua-dua kumpulan sub-etnik Melayu ini berkongsi sejarah, budaya dan bahasa sebagai serta hubungan persaudaraan dengan orang Melayu Kelantan. Orang Melayu Kelantan membentuk 94% daripada penduduk Kelantan, yang menjadikan mereka kumpulan etnik terbesar di Kelantan diikuti dengan kaum peranakan Cina Kelantan, SiamOrang Asli dan lain-lain.

Melayu Kelantan
ملايو كلنتن
Oghe Nayu Klate
Seorang wanita Melayu Kelantan bersama anak-anaknya berpakaian tradisional, 1908.
Jumlah penduduk
1,734.7 juta[1]
Kawasan ramai penduduk
Kelantan, sebahagian di Thailand Selatan, Gerik daerah di Perak dan Besut daerah di Terengganu
Bahasa
Bahasa Melayu Kelantan (bahasa asal), Bahasa Melayu Standard, Thai (terutama di bahagian sempadan Malaysia-Thailand)
Agama
Islam (bermazhab Shafi'i, Ahli Sunah Waljamaah)
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu Pattani, Melayu Terengganu, Melayu Pahang

Genetik sunting

Penyelidikan tentang struktur genetik populasi kumpulan sub-etnik Melayu yang diterbitkan pada 2011 mendedahkan bahawa orang Melayu Kelantan membentuk satu kumpulan klad yang berasingan. Ini menunjukkan bahawa orang Melayu Kelantan mempunyai keturunan yang lebih berbeza daripada mana-mana kumpulan sub-etnik Melayu yang lain.[2] Ini bermakna, mungkin terdapat bukti bahawa orang Melayu Kelantan secara genetik berbeza daripada populasi Melayu yang lain. Ianya dicadangkan bahawa terdapat dua penjelasan kepada penemuan tersebut. Pertama, geolokasi buaian orang Kelantan di timur laut semenanjung Malaysia, yang dipisahkan oleh banjaran gunung Titiwangsa, menyumbang kepada pautan terhad mereka ke Kepulauan Indonesia. Penjelasan lain ialah kumpulan sub-etnik itu mungkin bercampur dengan penduduk India pada zaman dahulu semasa kewujudan awal orang Melayu.[3]

Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM), menunjukkan bahawa kemungkinan besar Melayu Kelantan adalah penetap paling awal di semenanjung tanah Melayu sejak 60,000 tahun dahulu.[4]

Bahasa sunting

Masyarakat Melayu Kelantan mempunyai keunikan bahasa yang tersendiri dimana majoriti masyarakat Melayu di Kelantan bercakap dalam loghat Melayu Kelantan. Loghat ini biasanya mengantikan perkataan Melayu Piawai dalam sebutan "é" dan "o". Sebagai contoh perkataan "Makan" disebut "Make" dan perkataan "Suka" disebut "Suko". Bahasa ini juga ditutur oleh kebanyakan Masyarakat Melayu Pattani. Bahasa ini juga diiktiraf sebagai salah satu loghat bahasa Melayu ISO 639-3.

Budaya sunting

Budaya Masyarakat Melayu di Kelantan mempunyai banyak pengaruh daripada Kesultanan Pattani, Jawa Majapahit dan Kesultanan Melayu Melaka.

Orang terkenal sunting

Orang Melayu dari Kelantan:

Rujukan sunting

  1. ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2011. Dicapai pada 2016-02-07.
  2. ^ Mohd Tajuddin Abdullah, PhD. "Populasi ginetik subgrup Melayu". www.academia.edu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2016-05-13.
  3. ^ Hatin, Wan Isa; Nur-Shafawati, Ab Rajab; Etemad, Ali; Jin, Wenfei; Qin, Pengfei; Xu, Shuhua; Jin, Li; Tan, Soon-Guan; Limprasert, Pornprot; Feisal, Merican Amir; Rizman-Idid, Mohammed; Zilfalil, Bin Alwi (December 2014). "Satu corak genom luas struktur populasi dan campuran dalam semenanjung Malaysia Melayu". The HUGO Journal (dalam bahasa Inggeris). 8 (1): 1. doi:10.1186/s11568-014-0005-z. PMC 4685157. PMID 27090249.
  4. ^ MUHAMMAD HAIKAL RAMLI (29 November 2022). "Orang Kelantan Miliki DNA Melayu Sebenar". Kosmo!.