Orang Melayu Malaysia
Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. (November 2019) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Rencana ini tidak mengikuti garis panduan mengenai penggunaan kala yang berbeza di Wikipedia . (November 2019) |
Orang Melayu Malaysia lebih dikenali sebagai Bangsa Bumiputera terdiri daripada hampir 65% jumlah penduduk di Malaysia, ditakrifkan secara umum sebagai "bangsa Melayu"
![]() Budak lelaki Melayu bemain Tarik Upih Pinang, sebuah permainan tradisional yang menggunakan upih pinang. | |
Jumlah populasi | |
---|---|
(15,454,524 53.52% daripada populasi Malaysia (2017) | |
Bahasa | |
Melayu, Inggeris, Arab digunakan sebagai bahasa agamawi | |
Agama | |
Majoritinya beragama Islam Sunni bermazhab Shafi'i. | |
Kumpulan etnik yang berkaitan | |
Melayu Indonesia, Melayu Brunei, Melayu Singapura, Melayu Thai, Filipina, Champa, orang Austronesia, Polynesia dan penduduk pulau Pasifik yang lain. |
Asal-usulSunting
Masyarakat terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu. Mereka betutur menggunakan bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu. Dari sudut sejarah, rumpun Melayu meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu.
Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:
Anak JatiSunting
Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka ialah satu daripada tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-
- Orang Melayu Kedah
- Orang Melayu Perak
- Orang Melayu Kinta
- Orang Melayu Beruas/Manjung
- Orang Melayu Grik
- Orang Kelang
- Orang Melayu Kelantan
- Orang Melayu Terengganu
- Orang Melayu Terengganu Pesisir
- Orang Melayu Hulu Terengganu
- Orang Melayu Pahang
- Orang Melayu Bentong
- Orang Melayu Lipis
- Orang Melayu Temerloh
- Orang Melayu Melaka
- Orang Melayu Johor
- Orang Melayu Brunei
- Orang Melayu Kedayan
- Orang Melayu Sarawak
Anak DagangSunting
Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia dan selatan Thailand dan lain-lain. Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh yang berbeza iaitu:-
- Aceh
- Bajau
- Ambon
- Banjar
- Batak (tidak termasuk Mandailing)
- Bawean (Boyan)
- Bugis
- Champa
- Jawa
- Kerinci
- Makassar
- Mandailing
- Melayu Sumatera dan Kalimantan (selain Minangkabau, Banjar, Rawa, Batak dan Mandailing)
- Melayu Asahan
- Melayu Berau
- Melayu Bangka Belitung
- Melayu Bengkulu
- Melayu Deli
- Melayu Jambi
- Melayu Langkat
- Melayu Palembang
- Melayu Pontianak
- Melayu Riau (termasuk Melayu Siak)
- Melayu Sambas
- Melayu Tamiang
- Kokos
- Minangkabau
- Ocu (Kampar)
- Patani
- Rao (Rawa)
- Dan juga orang Melayu Malaysia yang berketurunan kumpulan pribumi Indonesia/Austronesia yang lain
PeranakanSunting
Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil daripada perkahwinan campur antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka ialah:-
- Peranakan Parsi
- Peranakan Arab
- Jawi Peranakan/Jawi Pekan/Peranakan Kling/Malabari/India/Mamak
- Peranakan Cina
- Peranakan Turki
- Peranakan Siam/Samsam
- Peranakan Eropah
- Peranakan Khmer
Budaya Orang Melayu MalaysiaSunting
Pakaian TradisionalSunting
Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia. Berikut ialah senarai pakaian tradisional Melayu di Malaysia:-
- Baju Kebaya
Alat Muzik TradisionalSunting
Antara alat muzik tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Serunai, Geduk, Gedumbak, Canang, Kesi, Tetawak, Kecerek, Gendang Sembilan, seruling dan sebagainya.
Makanan TradisiSunting
Makanan tradisi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Kandar, Nasi Tumpang, Nasi Campur Berlauk, Nasi Ulam, Nasi Tomato, Keropok Lekor, Keropok Gote, Keropok Keping, Budu, Sata, Tempoyak, Otak-otak, Sate, Roti Jala, Lontong, Pecal, Burasak, Ketupat, Lemang, Wajik, Dodol, Belacan dan sebagainya.
Teater TradisionalSunting
Kesenian teater tradisional merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Melayu di Malaysia.
Wayang Kulit Siam merupakan sejenis wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan. Kesenian ini dahulunya sangat terkenal di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak dan Patani. Ia juga merupakan jenis wayang kulit yang paling terkenal di Malaysia sejak dahulu hingga ke hari ini.
Makyong ialah sejenis teater tradisional yang dipercayai berasal dari daerah Besut, Terengganu. Dari daerah tersebut, kesenian ini telah berkembang ke negeri Kelantan, Patani, Kedah dan Perlis. Makyong adalah antara teater tradisional tertua di Malaysia dan sering dikaitkan dengan kepercayaan animisme Melayu.
Mek Mulung ialah sejenis teater tradisional yang berasal dari Kampung Wang Tepus di Jitra, Kedah. Kesenian ini dikatakan dicipta oleh seorang puteri kepada Raja Ligor yang telah buang negeri oleh ayahandanya. Kesenian ini hanya boleh ditemui di negeri Kedah sahaja dan kini diancam kepupusan.
Tarian TradisionalSunting
DemografiSunting
DemografiSunting
Jumlah dan peratus kaum Melayu mengikut negeri dan Wilayah Persekutuan menunjukkan kaum Melayu (tidak termasuk kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak):[1]
Negeri/Wilayah Persekutuan | Penduduk | Peratus |
---|---|---|
Johor | 1,893,100 | 53.2% |
Kedah | 1,569,100 | 75.7% |
Kelantan | 1,609,766 | 93.7% |
Melaka | 552,700 | 63.3% |
Negeri Sembilan | 598,628 | 54.5% |
Pahang | 1,146,000 | 70.6% |
Perak | 1,314,400 | 53.0% |
Perlis | 210,200 | 85.4% |
Pulau Pinang | 682,000 | 40.0% |
Sabah | 268,500 | 7.6% |
Sarawak | 616,900 | 23.4% |
Selangor | 3,069,100 | 50.5% |
Terengganu | 1,080,829 | 93.7% |
Labuan | 30,001 | 32.3% |
Putrajaya | 83,800 | 94.9% |
Kuala Lumpur | 729,500 | 41.3% |
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Department of Statistics, Malaysia (2010). "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. halaman 11, 62–81. Dicapai pada 6 Julai 2005.
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.