Orang Melayu Sri Lanka

Orang Melayu Sri Lanka atau Melayu Langkapuri (Jawi: ‏ملايو لڠكاڤوري‎‎, Bahasa Sinhala: ශ්‍රී ලාංකා මැලේ Ja Minissu "orang Jawa" Bahasa Tamil: இலங்கை மலாய், translit. Ilaṅkai Malai) adalah gelaran diberikan kepada warga Sri Lanka yang berasal dari Nusantara dalam rantau Asia Tenggara; kependudukan mereka hari ini terdiri dari lebih kurang 50,000 orang membuat mereka salah satu dari kumpulan minoriti terkecil di Sri Lanka.

Melayu Sri Lanka
P3-full.jpg
Seorang lelaki Melayu Sri Lanka dan anaknya
Jumlah populasi
50,000
Kawasan ramai penduduk
 Sri Lanka       50,000
Bahasa
Melayu Creole Sri Lanka, Sinhala, yang lain-lain
Agama
Islam
Kumpulan etnik yang berkaitan
Melayu, Jawa, Orang Moor Sri Lanka

Masyarakat ini mula wujud hasil penghijrahan secara dua peringkat:

Namun, ada juga sejarah yang mencatatkan kedatangan orang Melayu dari seawal abad ke-13 yang berkahwin campur dengan segolongan dari masyarakat Sinhala.[1]

Nama Tempat Melayu di Sri LankaSunting

Sesetengah nama tempat di Sri Lanka mempunyai rujukan, menandakan kehadiran komuniti Melayu atau sumbangan orang Melayu pada lokasi[2]. Sesetengah ini adalah:

dan nama-nama seperti Malay Street, Java Lane, Jalan Padang

EtimologiSunting

Orang Melayu tempat merujukkan diri mereak sebagai orang Jawa dan orang Melayu sementara komuniti Sinhala menggelar mereka Ja-minissu (orang Jawa).

BudayaSunting

BahasaSunting

Bahasa Melayu yang umum dituturkan mereka termasuk banyak kata-kata diserapkan dari varian Moor dari bahasa Tamil dan telah mengubah struktur tatabahasanya dengan model yang diberikan oleh bahasa-bahasa Sinhala dan Tamil.

AgamaSunting

Seperti nenek moyang mereka di Asia Tenggara Kelautan, orang Melayu Sri Lanka beragama Islam.[3] Masjid-masjid didirikan oleh orang Melayu temaptan di sepanjang pantai Sri Lanka di tempat seperti Hambantota, Beruwela, dan Galle. Masjid Jawatte di Colombo dan Masjidul Jamiya, masjid ketenteraan di Slave Island, diiktiraf masjid terkenal dengan seni bina dan sejarah yang panjang.[petikan diperlukan] Masjid dua tingkat pertama di Sri Lanka telah dibina oleh HH Mohammed Balankaya, seorang Melayu yang dibuang daripada Rumah Diraja Gowa (sekarang di Sulawesi). Hari ini masjid itu mempunyai maksud yang besar dan merupakan simbol umat Islam di Sri Lanka dan Masjid Besar Sri Lanka.[petikan diperlukan]

Orang Melayu Sri Lanka TerkenalSunting

  • T.B. Jayah - Pengasas Zahira College, ahli pendidikan terkenal dan pekerja sosial dan Ahli Parlimen dilantik dan dilantik Menteri pada 1947.
  • Dr. M.P. Drahaman - Bekas Lantikan Parlimen Ceylon (1956–1960 and 1960–1963)
  • B. Zahiere Lye - Bekas Anggota Lantikan Parlimen Ceylon (1963–1965)
  • Justice M. T. Akbar - Bekas Hakim Mahkamah Agung dan Ahli Dewan Undangan Ceylon
  • M. K. Saldin - Bekas anggota Dewan Negara Ceylon (1931–1935)
  • M. D. Kitchilan - Dilantik kepada Senat oleh Kerajaan (1965–1971)
  • Brig. T S B Sally - Dilantik Ketua Kakitangan Tentera Sri Lanka - 1hb Dis 1977
  • Al Haj M H Amit - Dilantik sebagai Ahli Parlimen - 1989
  • Tillakaratne Dilshan - Ahli pasukan kriket negara Sri Lanka sejak November 1999[4]
  • Tuan Nizam Muthaliff - Bekas Pegawai Pemerintah ke-1 dalam Battalion Military Intelligence Corps.
  • Ramzi Rahaman - Seorang pereka fesyen
  • Gefari Dulapandan - Dikaptenkan dan Mewakili Sri Lanka dalam Berenang

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Goonewardene, K.W. (July 1843). "Journal of the Royal Asiatic Society Vol. VII". Journal of the Royal Asiatic Society. 7: 257. Dicapai pada 21 April 2020.
  2. ^ http://www.dailynews.lk/2002/01/25/fea02.html
  3. ^ http://www.dailynews.lk/2002/01/25/fea02.html
  4. ^ Sri Lanka profiles BBC News - November 9, 2003

[(Directory on Sri Lanka Malays - Edition 2 - ISBN NO : 978-955-8529-01-0 Published by Sri Lanka Malay Association - December 2008)]

Templat:Immigration to Sri Lanka Templat:Overseas Malays Templat:Indonesian diaspora