Minangkabau

bangsa yang berasal daripada Tanah Tinggi Minangkabau di Sumatra Barat | Bangsa Minangkabau | Bangsa Minang
(Dilencongkan daripada Orang Minangkabau)

Orang Minangkabau (Minangkabau: Urang Minangkabau atau Minang;[3][4] Jawi: مينڠكاباو atau مينڠ‎) merupakan kumpulan etnik Nusantara yang berasal dari Tanah Tinggi Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Wilayah penganut kebudayaan Minangkabau tersebar di separuh darat Riau, bahagian utara Bengkulu, bahagian barat Jambi, bahagian selatan Sumatera Utara, barat daya Aceh,Kalimantan, Sulawesi, dan juga Negeri Sembilan di Malaysia sebagai daerah rantau luar Melbourne/Australia,Pattani/Thailand,Camp/Vietnam, India,Arab, Singapura,Filipina, Amerika Latin, Turki, China, Spanyol, Portugis, Belanda, Jerman,Inggris dan Amerika.[5] Kebudayaan mereka adalah bersifat keibuan (matrilineal), dengan harta dan tanah yang diwariskan oleh anak perempuan daripada ibu, sementara urusan agama dan politik merupakan urusan kaum lelaki (walaupun sesetengah wanita turut memainkan peranan penting dalam bidang ini). Kini sekitar separuh orang Minangkabau tinggal di rantau, majoriti di bandar dan pekan besar Indonesia dan Malaysia. Orang Melayu di Malaysia banyak yang berasal dari Minangkabau, kebanyakan mereka tinggal di Negeri Sembilan serta juga Selangor,Johor dan Singapura.

Minangkabau
مينڠكاباو‎ / مينڠ

Tokoh Minangkabau; dari atas ke bawah:

Atas: Adityawarman, Rohana Kuddus, Imam Bonjol, Rasuna Said, Agus Salim.

Bawah: Sutan Syahrir, Abdul Muis, Mohammad Hatta, Tan Malaka, Chairil Anwar.
Kawasan ramai penduduk
 Indonesia (2022 census)8,475,000[1]
        Sumatera Barat1,747,000
        Riau535,000
        Sumatera Utara307,000
        Jakarta265,000
        Jawa Barat169,000
        Jambi132,000
 Malaysia1,000,000
Bahasa
Minangkabau dan Melayu
Agama
Islam

Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama Islam/Sunni, mereka juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar adat. Beberapa unsur adat Minangkabau berasal dari fahaman animisme dan agama Hindu yang telah lama bertapak sebelum kedatangan Islam. Walau bagaimanapun, pengaruh agama Islam masih kuat di dalam adat Minangkabau, seperti yang tercatat di dalam pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi Al Qur'an.[perlu rujukan]

Orang Minangkabau sangat menonjol di bidang perniagaan, sebagai profesional dan intelektual. Mereka merupakan pewaris terhormat dari tradisi tua Kerajaan Malayu dan Sriwijaya yang gemar berdagang dan dinamik.[6] Suku Minang mempunyai masakan khas yang popular dengan sebutan Masakan Padang, yang sangat digemari di Negaranya Iaitu Indonesia, Bahkan sampai ke banyak negara luara[7] termasuk Malaysia dan Singapura.

Asal usul nama Minangkabau

sunting
 
Replika Istana Pagar Ruyung di Sumatra Barat

Legenda menceritakan bahawa pada zaman dahulu kala,angkatan tentera dari Jawa menyerang Minangkabau. Kerana tiada satu pihak pun yang memenangi peperangan ini,maka kedua-dua pihak Jawa dan Minangkabau bersetuju kalah-menang peperangan ini hendaklah diputuskan oleh perlagaan kerbau.[perlu rujukan]

Pihak Jawa memilih seekor kerbau yang besar dan kuat. Pihak Minangkabau, sebaliknya memilih seekor anak kerbau yang belum lagi bercerai susu dan mereka memisahkan anak kerbau ini dengan ibunya sehingga ia kelaparan. Kerana anak kerbau ini belum tumbuh tanduk maka orang Minangkabau mengikat pisau di kepalanya.[perlu rujukan]

Semasa pertarungan, anak kerbau ini begitu kuat hendak menyusu sehingga apabila ia berhadapan dengan kerbau jantan yang garang itu,ia menerpa dan berkali-kali menyondol -nyondol perut kerbau jantan itu untuk mencari puting susu itu dengan itu menikam-nikam binatang yang lebih besar lalu mati.Sempena peristiwa ganjil itu jadi kata 'Minangkabau' atau kerbau yang menang dalam Bahasa Melayunya. [perlu rujukan]


Bumbung rumah adat Minangkabau yang dipanggil Rumah Gadang, (Rumah Besar) memiliki rupa bentuk yang unik kerana ia menyerupai tanduk kerbau.Terdapat juga prinsip-prinsip tertentu dalam pembinaan rumah adat Minangkabau[8].Contoh Rumah Gadang ialah Replika Istana Pagar Ruyung di Sumatra Barat.

Budaya

sunting
 
Orang Minangkabau dengan pakaian tradisional

Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat matrilineal yang terbesar di dunia, di mana harta pusaka diwaris menerusi nasab sebelah ibu. Beberapa ahli fikir berpendapat bahawa adat inilah yang menyebabkan ramai kaum lelaki Minangkabau untuk merantau di serata Nusantara untuk mencari ilmu atau mencari kemewahan dengan berdagang. Kanak-kanak lelaki semuda 7 tahun selalunya akan meninggalkan rumah mereka untuk tinggal di surau di mana mereka diajarkan ilmu agama dan adat Minangkabau. Apabila remaja pula, mereka digalakkan untuk meninggalkan perkampungan mereka untuk menimba ilmu di sekolah atau menimba pengalaman daripada luar kampung dengan harapan yang mereka akan pulang sebagai seorang dewasa yang lebih matang dan bertanggungjawab kepada keluarga dan nagari (kampung halaman).

Tradisi ini berhasil mendirikan beberapa masyarakat perantau Minangkabau di bandar dan tempat-tempat lain di Indonesia; Negeri Sembilan dan Selangor di Malaysia merupakan antara kawasan diaspora suku ini di luar Indonesia. Namun ikatan mereka dengan Ranah Minang (Tanah Minang) serta adat dan budaya asal masih disimpan dan dikuatkan lagi.

Selain daripada dikenali sebagai orang pedagang, masyarakat Minang juga berjaya melahirkan beberapa penyair, penulis, negarawan, budayawan, ahli fikir, dan para ulama. Ini mungkin terjadi kerana budaya mereka yang memberatkan penimbaan ilmu pengetahuan. Sebagai penganut agama Islam yang kuat, mereka cenderung kepada idea untuk menggabungkan ciri-ciri Islam dalam masyarakat yang moden. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh para cendekiawan bersama dengan semangat bangga orang Minang dengan identiti mereka menjadikan Tanah Minangkabau, iaitu, Sumatra Barat, sebagai sebuah kuasa utama dalam pergerakan kemerdekaan di Indonesia.

Bangsa Minangkabau terbahagi kepada banyak suku (clans), yang diwarisi dari ibu kepada anak (matrilineal), iaitu, Suku Koto, Piliang, Bodi, Caniago, Tanjuang, Sikumbang, Malayu, Jambak, Pitopang, Guci, Simabua, Sinapa, Singkuang, Rajo Dani, Supanjang, Balaimansiang, Sipisang, Kutianyia, Banuhampu, Salo, Kampai, Panai, Bendang, Domo, Dalimo, Sumagek, Mandaliko, Panyalai, Payobada, Sumpadang dan lain-lain. Orang dengan suku yang sama tidak dibenarkan untuk saling menikah, kerana dianggap masih bersaudara. Kadang-kadang juga, keluarga yang sesuku tinggal dalam satu rumah besar yang dipanggil Rumah Gadang.

Penggunaan bahasa Indonesia berleluasa di kalangan majoriti taburan masyarakat Minang, tetapi mereka masih boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Minangkabau. Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan yang mirip dengan bahasa Melayu sebab ianya masih lagi dalam rumpun bahasa Austronesia, tetapi kedua bahasa ini adalah berbeza dan berdiri sendiri sendiri sebab dari segi sebutan dan juga tatabahasanya tidaklah sama. Salah satu aspek terkenal mengenai orang Minang adalah makanan tradisional mereka seperti rendang, Soto Padang (makanan sup), Sate Padang dan Dendeng Balado (daging dendeng berlada). Restoran Minangkabau yang sering digelar "Restoran Padang" dapat dijumpai di merata Indonesia dan di negara-negara jiran yang lain.

Upacara dan perayaan

sunting
 
Pakaian pengantin Minangkabau

Upacara dan perayaan Minangkabau termasuk:

  • Turun mandi - upacara memberkati bayi
  • Sunat rasul - upacara bersunat
  • Baralek - upacara perkahwinan
  • Batagak pangulu - upacara pelantikan penghulu. Upacara ini berlangsung selama 7 hari di mana seluruh kaum kerabat dan ketua-ketua dari kampung yang lain akan dijemput
  • Turun ka sawah - upacara kerja gotong royong
  • Manyabik - upacara menuai padi
  • Hari Rayo - perayaan Hari Raya Aidilfitri/Hari Raya AidilAdha
  • Maanta pabukoan - menghantar makanan kepada ibu mentua sewaktu bulan Ramadan
  • Tabuik - perayaan Islam di Pariaman
  • Tanah Ta Sirah, perlantikan seorang Datuk (ketua puak) apabila Datuk yang sebelumnya meninggal dunia silang beberapa jam yang lalu (tidak payah didahului dengan upacara batagak pangulu)
  • Mambangkik Batang Tarandam, perlantikan seorang Datuk apabila Datuk yang sebelumya telah meninggal 10 atau 50 tahun yang lalu (mengisi jawatan yang telah lama dikosongkan)

Seni tradisonal Minangkabau termasuk:

  • Randai, teater rakyat dengan memasuki pencak, musik, tarian dan drama
  • Saluang jo Dendang, serunai bambu dan nyanyian
  • Talempong, musik bunyi gong
  • Tari Piring
  • Tari Payung, menceritakan kehidupan muda-mudi Minang yang selalu riang gembira
  • Tari Indang
  • Pidato Adat juga dikenali sebagai Sambah Manyambah (sembah-menyembah), upacara berpidato, dilakukan di setiap upacara-upacara adat, seperti rangkaian acara pernikahan (baralek), upacara pengangkatan pangulu (penghulu), dan lain-lain
  • Pancak, permainan silat untuk acara adat, lebih mengutamakan keindahan dan seni.
  • Silek atau Silat yang merupakan seni beladiri tradisional yang memiliki 10 aliran utama.

Kraftangan

sunting

Kraftangan tradisional Minangkabau termasuk:

  • Kain Songket
  • Sulaman
  • Ukiran kayu
  • menukang emas dan perak

Bangsa Minangkabau terbahagi kepada banyak suku (clans), yang diwarisi dari ibu kepada anak (matrilineal), iaitu, Suku Koto, Piliang, Bodi, Caniago, Tanjuang, Sikumbang, Malayu, Jambak, Pitopang, Guci, Simabua, Sinapa, Singkuang, Rajo Dani, Supanjang, Balaimansiang, Sipisang, Kutianyia, Banuhampu, Salo, Kampai, Panai, Bendang, Domo, Dalimo, Sumagek, Mandaliko, Panyalai, Payobada, Sumpadang dan lain-lain. Orang dengan suku yang sama tidak dibenarkan untuk saling menikah, kerana dianggap masih bersaudara. Kadang-kadang juga, keluarga yang sesuku tinggal dalam satu rumah besar yang dipanggil Rumah Gadang.

Kebanyakkan orang apabila diberitahu bahawa masyarakat Minang merupakan penganut Islam yang kuat merasa bingung kerana anggapan mereka ialah sebuah masyarakat yang mengikut sistem pertalian seibu (matriarchal) akan sering berselisih dengan fahaman Islam yang lebih memihak kepada bapa patriarkal. Namun sebenarnya, terdapat banyak persamaan di antara fahaman Islam dan Minangkabau (lebih lagi pada masa kini) sehingga menjadi sukar untuk orang Minang membezakan satu daripada lain.

Seperti contoh:

  • Fahaman Islam: Menimba ilmu adalah wajib.
Fahaman Minangkabau: Anak-anak lelaki mesti meninggalkan rumah mereka untuk tinggal dan belajar di surau (langgar, masjid).
  • Fahaman Islam: Mengembara adalah digalakkan untuk mempelajari dari tamadun-tamadun yang kekal dan binasa untuk meningkatkan iman kepada Allah.
Fahaman Minangkabau: Remaja mesti merantau (meninggalkan kampung halaman) untuk menimba ilmu dan bertemu dengan orang dari pelbagai tempat untuk mencapai kebijaksanaan, dan untuk mencari penghidupan yang lebih baik. Falsafah merantau juga bererti melatih orang Minang untuk hidup berdikari, kerana ketika seorang pemuda Minang berniat merantau meninggalkan kampungnya, dia hanya membawa bekal seadanya.
  • Fahaman Islam: Tiada wanita yang boleh dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang dia tidak mahu berkahwin.
Fahaman Minangkabau: Wanita menentukan dengan siapa yang mereka ingin berkahwin.
  • Fahaman Islam: Ibu berhak dihormati 3 kali lebih daripada bapa.
Fahaman Minangkabau: Bundo Kanduang ialah "ibu" pemimpin/pengambil keputusan di Rumah Gadang.

Ciri-ciri Islam begitu mendalam dalam adat Minang sehingga mereka yang tidak mengamalkan Islam dianggap telah terkeluar dari masyarakat Minang.

Minangkabau Perantauan

sunting

Minangkabau perantauan merupakan istilah untuk orang Minangkabau yang hidup di luar wilayah Sumatera Barat, Indonesia. Merantau merupakan proses interaksi masyarakat Minangkabau dengan dunia luar. Kegiatan ini merupakan sebuah petualangan pengalaman dan geografi, dengan meninggalkan kampung halaman untuk mengadu nasib di negeri orang. Keluarga yang telah lama mempunyai tradisi merantau, biasanya mempunyai saudara di hampir semua bandar utama di Indonesia dan Malaysia. Keluarga yang paling kuat dalam mengembangkan tradisi merantau biasanya datang dari keluarga peniaga-usahawan dan penuntut ilmu agama.[9]

Para perantau biasanya telah pergi merantau sejak usia belasan tahun, baik sebagai peniaga ataupun penuntut ilmu. Bagi sebahagian besar masyarakat Minangkabau, merantau merupakan satu cara yang ideal untuk mencapai kematangan dan kejayaan. Dengan merantau tidak hanya harta kekayaan dan ilmu pengetahuan yang didapati, namun juga prestij dan kehormatan individu di tengah-tengah persekitaran adat.

Dari carian yang diperolehi, para perantau biasanya menghantar sebahagian hasilnya ke kampung halaman untuk kemudian pekerjanya dalam usaha keluarga, yakni dengan memperluaskan pemilikan sawah, memegang berpandu pemprosesan lahan, atau menjemput sawah-sawah yang tergadai. Wang dari para perantau biasanya juga dipergunakan untuk memperbaiki sarana-sarana nagari, seperti masjid, jalan, ataupun pematang sawah.

Jumlah Perantau

sunting

Etos merantau orang Minangkabau sangat tinggi, bahkan diperkirakan tertinggi di Indonesia. Dari hasil kajian yang pernah dilakukan oleh Mochtar Naim, pada tahun 1961 terdapat sekitar 32% orang Minang yang tinggal di luar Sumatera Barat. Kemudian pada tahun 1971, jumlah itu meningkat menjadi 44% [10]. Berdasarkan bancian tahun 2000, suku Minang yang tinggal di Sumatra Barat berjumlah 3,7 juta orang, dengan anggaran hampir satu perdua orang Minang berada di perantauan.[11] Sejak masa Perang Paderi, mobiliti penghijrahan suku Minangkabau dengan sebahagian besar terjadi antara tahun 1958 hingga tahun 1978.[12]

Namun tidak terdapat angka pasti mengenai jumlah orang Minang di perantauan. Angka-angka yang ditunjukkan dalam pengiraan, biasanya hanya memasukkan para perantau kelahiran Sumatera Barat. Dan belum merangkumi keturunan-keturunan Minang yang telah beberapa generasi menetap di perantauan.

Gelombang Rantau

sunting

Merantau pada etnik Minang telah berlangsung cukup lama. Sejarah mencatat penghijrahan pertama berlaku pada abad ke-14, di mana banyak pedagang-pedagang emas yang berasal dari pedalaman Minangkabau melakukan perdagangan di muara Jambi.[13] Migrasi besar-besaran berlaku pada abad ke-18, di mana banyak keluarga Minang yang berpindah ke pantai timur Sumatera. Mereka mendirikan koloni-koloni perdagangan di Batubara, Pelalawan, hingga melintasi selat ke Negeri Sembilan, Malaysia. Bersamaan dengan gelombang penghijrahan ke arah timur, juga terjadi perpindahan masyarakat Minang ke pesisir pantai barat Sumatera. Di sepanjang pesisir ini perantau Minang banyak tinggal di Meulaboh, Aceh tempat keturunan Minang dikenali dengan sebutan Aneuk Jamee, Barus, hingga Bengkulu.[14]

Pada masa penjajahan Hindia-Belanda, penghijrahan besar-besaran kembali terjadi pada tahun 1910, ketika perkebunan tembakau di Deli Serdang, Sumatera Timur mulai dibuka. Pada masa kemerdekaan, Minang perantauan banyak mendiami bandar-bandar besar di Jawa. Pada tahun 1961 jumlah perantau Minang terutama di bandar Jakarta meningkat 18.7 kali berbanding dengan tingkat pertambahan penduduk bandar itu yang hanya 3.7 kali. [15]. Kini Minang pendatang hampir tersebar di seluruh provinsi di Indonesia.

Perantauan Intelek

sunting

Pada akhir abad ke-18, banyak pelajar Minang yang merantau ke Makkah untuk mendalami agama Islam, antaranya Haji Miskin, Haji Piobang, dan Haji Sumanik. Setibanya di tanah air, mereka menjadi penyokong kuat gerakan Paderi dan pengedaran pemikiran Islam yang murni di seluruh Minangkabau dan Mandailing. Gelombang kedua perantauan ke Timur Tengah berlaku pada awal abad ke-20, yang dimotori oleh Abdul Karim Amrullah, Tahir Jalaluddin, Muhammad Jamil Jambek, dan Ahmad Khatib Al-Minangkabawi.[perlu rujukan]

Selain ke Timur Tengah, pelajar Minangkabau juga banyak yang merantau ke Eropah. Mereka antara lain Abdul Rivai, Mohammad Hatta, Sutan Syahrir, Roestam Effendi, dan Nazir Pamuntjak. Intelektual lain, Tan Malaka, hidup mengembara di lapan negara Eropah dan Asia, membina rangkaian pergerakan kemerdekaan Asia. Semua pelajar Minang tersebut, yang merantau ke Eropah sejak akhir abad ke-19, menjadi pejuang kemerdekaan dan pengasas Republik Indonesia.[16]

Sebab Merantau

sunting

Faktor Budaya

sunting

Ada banyak penjelasan terhadap fenomena ini, salah satu penyebabnya ialah sistem kekerabatan matrilineal. Dengan sistem ini, penguasaan harta pusaka dipegang oleh kaum wanita sedangkan hak kaum lelaki dalam hal ini cukup kecil. Selain itu, setelah masa akil baligh para pemuda tidak lagi dapat tidur di rumah orang tuanya, kerana rumah hanya diperuntukkan untuk kaum wanita beserta suaminya, dan anak-anak.

Para perantau yang pulang ke kampung halaman, biasanya akan menceritakan pengalaman merantau kepada anak-anak kampung. Daya tarik kehidupan para perantau inilah yang sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Minangkabau sedari kecil. Siapa pun yang tidak pernah cuba pergi merantau, maka ia akan selalu diejek-ejek oleh teman-temannya.[17] Hal inilah yang menyebabkan kaum lelaki Minang memilih untuk merantau. Kini wanita Minangkabau pun sudah lazim merantau. Tidak hanya kerana alasan ikut suami, tetapi juga kerana ingin berdagang, meniti karier dan melanjutkan pendidikan.

Menurut Rudolf Mrazek, sosiologi Belanda, dua tipologi budaya Minang, yakni dinamisme dan anti-parokialisme melahirkan jiwa merdeka, kosmopolitan, egaliter, dan berpandangan luas, hal ini menyebabkan tertanamnya budaya merantau pada masyarakat Minangkabau.[18] Semangat untuk mengubah nasib dengan mengejar ilmu dan kekayaan, serta pepatah Minang yang mengatakan Ka ratau madang di hulu, babuah babungo alun, marantau bujang dahulu, di rumah paguno balun (lebih baik pergi merantau kerana dikampung belum kepada) mengakibatkan pemuda Minang untuk pergi merantau sedari muda.

Faktor Ekonomi

sunting

Penjelasan lain adalah pertumbuhan penduduk yang tidak diiringi dengan bertambahnya sumber daya alam yang dapat diolah. Jika dulu hasil pertanian dan perkebunan, sumber utama tempat mereka hidup boleh menyara keluarga, maka kini hasil sumber daya alam yang menjadi pendapatan utama mereka itu tak cukup lagi memberi keputusan untuk memenuhi keperluan bersama, karena harus dibagi dengan beberapa keluarga. Selain itu adalah tumbuhnya kesempatan baru dengan dibukanya daerah perkebunan dan perlombongan. Faktor-faktor inilah yang kemudian mendorong orang Minang pergi merantau mengadu nasib di negeri orang. Untuk klik pertamanya ke tanah rantau, biasanya para perantau menetap terlebih dahulu di rumah saudara yang dianggap sebagai induk semang. Para perantau baru ini biasanya berprofesi sebagai peniaga kecil.

Merantau dalam sastera

sunting

Fenomena merantau dalam masyarakat Minangkabau, ternyata sering menjadi sumber inspirasi bagi para pekerja seni, terutama sasterawan. Hamka dalam novel Merantau ke Deli bercerita tentang pengalaman hidup perantau Minang yang pergi ke Deli dan berkahwin dengan perempuan Jawa. Novelnya yang lain Tenggelamnya Kapal Van der Wijck juga bercerita tentang kisah anak perantau Minang yang pulang kampung menghadapi kendala oleh masyarakat adat Minang yang merupakan induk bakonya sendiri. Selain novel karya Hamka, novel karya Marah Roesli, Sitti Nurbaya dan Salah Asuhannya Abdul Muis juga menceritakan kisah perantau Minang. Dalam novel-novel tersebut, dikisahkan mengenai persinggungan pemuda perantau Minang dengan adat budaya Barat. Novel Negeri 5 Menara karya Ahmad Fuadi, mengisahkan perantau Minang yang belajar di pesantren Jawa dan akhirnya menjadi orang yang berjaya. Dalam bentuk yang berbeza, karya Kemarau dikarang Ali Akbar Navis mengajak masyarakat Minang untuk membina kampung halamannya yang banyak di tinggal pergi merantau.[perlu rujukan]

Novel yang bercerita tentang perantau Minang tersebut, biasanya mengandungi kritikan sosial dari penulis kepada adat budaya Minang yang kolot dan tertinggal. Selain dalam bentuk novel, kisah perantau Minang juga dikisahkan dalam filem Merantau karya Gareth Evans.[perlu rujukan]

Masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan

sunting

Pada permulaan abad ke-14, orang-orang Melayu Minangkabau mula tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka yang ketika itu sebuah Empayar Agung merangkumi sebahagian besar timur Pulau Sumatera dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini ingin mencari tanah pertanian baru penanaman padi dan meminta izin dari penduduk asal melayu dan, Orang Asli, dan berjaya tinggal secara damai dengan mereka kerana persamaan budaya dan adat kerana ketika itu orang asli di Negeri Sembilan sudah mempuyai adat bernasab ibu seperti adat pepatih sebelum kedatangan orang Minangkabau lagi. Dengan itu berlakulah pernikahan antara orang-orang Minangkabau dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris Dato Undang Luak di Negeri Sembilan di Rembau dan Johol. Di Luak Sungai Ujong dan Jelebu ialah Melayu asal dan apabila hendak memilih seorang pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh. Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil 'Penghulu' Luak dan Dato 'Undang'Luak. Sebelum wujudnya institusi Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Negeri Sembilan berada di bawah naungan kerajaan Empayar Kesultanan Melayu Melaka dan kemudiannya Empayar Kesultanan Melayu Johor.

Suku Minang terkenal sebagai suku yang terpelajar. Oleh sebab itu, mereka menyebar di seluruh Indonesia bahkan mancanegara dalam berbagai macam profesi dan keahlian, antara lain sebagai ahli politik, pengarang, ulama, pengajar, wartawan, dan pedagang. Berdasarkan jumlah penduduk yang relatif kecil (2,7% dari penduduk Indonesia), Minangkabau merupakan salah satu suku dengan banyak pencapaian.[12] Majalah Tempo di Indonesia dalam edisi khas tahun 2000 mencatatkan bahawa 3 daripada 10 tokoh penting Indonesia pada abad ke-20 merupakan orang Minang.[19] Selain itu, 3 daripada 4 orang pengasas Republik Indonesia adalah putera-putera Minangkabau.[20][21]

Keberkesanan dan kejayaan orang Minang banyak diraih ketika berada di perantauan. Sejak dulu mereka telah merantau ke pelbagai daerah di Jawa, hingga Semenanjung Tanah Melayu (kini Malaysia). Pada tahun 1390, Raja Bagindo mendirikan Kesultanan Dulu di Selatan Filipina. Pada abad ke-18, orang Minang melakukan penghijrahan ke Negeri Sembilan dan mengangkat seorang Yang DiPertuan di Sri Menanti daripada kalangan putera Kesultanan Pagar Ruyong untuk memerintah Sri Menanti kerana pada waktu tersebut berlaku perebutan kuasa dan penjajahan dari puak Bugis di Johor dan Selangor.Alasan mengapa dijemput seorang putera Raja Pagar Ruyong kerana salsilah Sang Sapurba di Minangkabau dan atas nasihat Raja Kecil dari Siak yang telah tewas dalam perebutan tahta kerajaan Johor . Pada akhir abad ke-16, ulama Minangkabau Dato Ri Bandang, Dato Ri Patimang, dan Dato Ri Tiro, menyebarkan Islam di Indonesia timur dan mengislamkan sepersepuluh orang sakai di sumatra.

Kedatangan reformis Muslim yang menuntut ilmu di Makkah mempengaruhi sistem pendidikan di Minangkabau. Sekolah Islam moden Sumatera Thawalib dan Diniyah Putri banyak melahirkan aktivis yang banyak berperanan dalam proses kemerdekaan, antara lain A.R Sutan Mansur, Siradjuddin Abbas, dan Djamaluddin Tamin.

Pada tempoh 1920 - 1960, banyak ahli politik Indonesia yang berpengaruh lahir dari ranah Minangkabau. Menjadi salah satu pemangkin perjuangan komunis di Asia, pada tahun 1923 Tan Malaka dipilih menjadi wakil Komunis antarabangsa untuk rantau Asia Tenggara. Ahli politik Minang lain, Mohammad Yamin, menjadi pencipta sejarah empayar majapahit yang menyatukan seluruh rakyat Hindia-Belanda. Di dalam Volksraad, ahli politik Minang yang paling beriya. Mereka antara lain Jahja Datoek Kajo, Agus Salim, dan Abdul Muis. Tokoh Minang yang lain Mohammad Hatta, menjadi salah seorang tokoh yang mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia bersama Sukarno. Setelah kemerdekaan, empat orang Minangkabau memegang jawatam perdana menteri (Sutan Syahrir, Mohammad Hatta, Abdul Halim, Mohammad Natsir), seorang sebagai Gabenor Republik Indonesia (Assaat), seorang sebagai wakil presiden (Mohammad Hatta), seorang menjadi pimpinan parlimen (Chaerul Saleh), dan puluhan yang menjadi menteri, di antara yang cukup terkenal ialah Azwar Anas, Fahmi Idris, dan Emil Salim. Emil bahkan menjadi orang Indonesia yang paling lama bertugas dalam pemerintah Indonesia meskipun Emil tidak pernah menginjakkan sumatra barat di seumur hidupnya. Minangkabau, salah satu dari dua etnik selain etnik Jawa, yang selalu mempunyai wakil dalam setiap kabinet Republik Indonesia. Selain dalam bidang pemerintahan, semasa era Demokrasi Liberal Parlimen Indonesia didominasi oleh ahli politik Minang. Mereka tergabung ke dalam aneka macam parti dan ideologi, Islamiah, nasionalis, komunis, dan sosialis.

Beberapa parti politik Indonesia diasaskan oleh ahli politik Minang. PARI dan Murba diasaskan oleh Tan Malaka, Parti Sosialis Indonesia oleh Sutan Sjahrir, PNI Baru oleh Mohammad Hatta, Masyumi oleh Mohammad Natsir, Perti oleh Sulaiman ar-Rasuli, dan Permi oleh Rasuna Said. Di Malaysia, beberapa parti politik Melayu juga diasaskan oleh ahli politik Melayu Minang. Parti Rakyat Malaysia ditubuhkan oleh Ahmad Boestamam dan Parti Komunis Malaya diasaskan oleh Rashid Maidin. Selain mendirikan parti politik, ahli politik Minang juga banyak menghasilkan buku-buku yang menjadi bacaan wajib para aktivis pergerakan.

Penulis Minang banyak mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dan sastra Melayu di Indonesia. Mereka mengembangkan bahasa Melayu di Indonesia melalui pelbagai karya . Marah Roesli, Abdul Muis, dan Hamka berkarya melalui penulisan novel. Nur Sutan Iskandar novelis Minang lain, tercatat sebagai penulis novel Indonesia yang paling produktif. Chairil Anwar dan Taufiq Ismail berkarya melalui penulisan puisi. Sutan Takdir Alisjahbana, novelis sekaligus ahli tata bahasa Melayu, sehingga menjadi bahasa perpaduan nasional negara Indonesia. Novel-novel karya sasterawan Minang seperti Siti Nurbaya, Salah Asuhan, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Layar Terkembang, dan Robohnya Surau Kami" telah menjadi bahan bacaan kegemaran bagi pelajar-pelajar di Malaysia kerana minat mendalam orang di Malaysia mendalami ilmu dan membaca pelbagai karya asing.

Selain melalui karya sastera, pengembangan Bahasa Melayu dipelopori oleh wartawan Minang. Mereka antara lain Djamaluddin Adinegoro, Rosihan Anwar, dan Abdul Rahim Kajai. Di samping Abdul Rivai yang digelar sebagai Perintis Akhbar Indonesia, menjadi wartawan sekaligus pemilik akhbar wanita pertama di Indonesia.

Di Indonesia dan Malaysia, di samping orang Cina, orang Melayu-Minang juga terkenal sebagai pengusaha ulung. Banyak pengusaha Melayu-Minang berjaya dalam bidang perdagangan tekstil, rumah makan (restoran), perhotelan, pendidikan, dan rumah sakit (hospital). Di antara tokoh pengusaha yang berjaya termasuk Abdul Latief (pemilik TV One), Basrizal Koto (pemilik ladang lembu terbesar di Asia Tenggara), Hasyim Ning (pengusaha perakitan mobil pertama di Indonesia), dan Tunku Tan Sri Abdullah yang merupakan salah seorang kerabat Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus (pemilik Melewar Corporation Malaysia)

Banyak juga orang Minang yang berjaya di dunia hiburan, baik sebagai pengarah, penerbit, penyanyi, maupun artis. Sebagai pengarah dan penerbit ada Usmar Ismail, Djamaludin Malik, Nas Achnas dan Arizal. Arizal bahkan menjadi pengarah dan penerbit filem yang paling banyak menghasilkan karya. Sekurang-kurangnya 52 filem dan 8 sinetron dalam 1,196 episod telah dihasilkannya. Pelakon dan penyanyi Melayu-Minang yang terkenal beberapa di antaranya adalah Aznil Nawawi, Afgan Syah Reza, Nirina Zubir, dan Bunga Citra Lestari. Di samping mereka, Sukarno M. Noer beserta anak lelakinya Rano Karno, mungkin menjadi penghibur paling berjaya di Indonesia, baik sebagai pelakon mahupun pengarah filem. Pada tahun 1993, Karno's Film syarikat filem milik keluarga Sukarno, menghasilkan filem siri dengan kedudukan tertinggi sepanjang sejarah perfilman Indonesia hingga tahun 1979, Si Doel Anak sekolahan.

Di Malaysia dan Singapura, beberapa orang Melayu-Minang telah memegang jawatan penting dalam bidang pemerintahan. Mereka termasuk Tuanku Abdul Rahman (Yang Dipertuan Agung pertama Malaysia), Rais Yatim, dan Amirsham Abdul Aziz. Di samping sebagai ahli politik, tokoh Melayu-Minang lainnya seperti Zubir Said (komposer lagu kebangsaan Singapura Majulah Singapura), Tahir Jalaluddin Al-Azhari, dan Adnan bin Saidi seorang pahlawan yang gugur syahid mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura ketika berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Di Raja, banyak memberikan sumbangan kepada Negara Persekutuan Malaysia dan Republik Singapura tersebut.

Ada pula tokoh Minang yang mempunyai reputasi antarabangsa. Di negara [[Belanda]], Roestam Effendi yang mewakili Parti Komunis Belanda, menjadi orang Indonesia pertama yang mejadi ahli parlimen di sana.[22] Di Arab Saudi, hanya Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, seorang yang bukan orang Arab, pernah menjadi imam besar Masjidil Haram. Mohammad Natsir, salah seorang tokoh Islam terkemuka, pernah memegang jawatan presiden Liga Muslim Sedunia, ketua Dewan Masjid Sedunia, dan ahli lembaga eksekutif Rabithah Alam Islamy yang berpusat di Makkah. Selain itu, Azyumardi Azra, orang Minang pertama yang mendapat gelaran Sir daripada Kerajaan Inggeris.

Masyarakat Minangkabau di SARIBAS

sunting
 
Bendera Negeri Saribas, 1660 M-1849 M

Pada abad ke-17, seorang anak Datu Basa Ampek Balai telah mula tiba di Tandang Sari melalui Riau dan sampai ke Sarawak (Mohd Zulfitri,2023). Beliau iaitu

Raja Umar Bin Datuk Bendahara Harun atau

DATO GODAM yang berasal daripada Kota Padang, telah berlayar membawa diri ke Saribas kerana kecewa dengan kegagalan dalam pemilihan menjadi pewaris ayahandanya. Perlayarannya ke Saribas (1660M) telah mempertemukannya dengan Temenggung Abdul Kadir pengiran Melayu dari Brunei yang telah melepaskan diri daripada Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei kerana telah membuat penentangan keatas istana. Dato Godam telah diberikan persyaratan untuk membawa puteri Temenggung Kadir untuk pulang ke Saribas(Mohd Zulfitri,2023). Dipendekkan cerita, Dato Godam telah mempunyai anak bersama puteri Temenggung Abdul Kadir di Saribas. Salah seorang Putera Dato Godam bernama Abang Abdul Rahman telah kunjung dewasa. Abang Abdul Rahman telah disuruh pulang oleh ayahandanya ke Pagarruyung untuk bertemu bapa saudaranya Dato Bendaharo Puteh. Datuk Bendaharo putih mengurniakan Pedang Jenawi kepada anak saudaranya untuk tanda sebagai Putera Minang sejati. Temenggung Kadir sakit tua dan Abang Drahman pulang semula ke Saribas membawa jenawi sekali bersamanya. Temenggung Kadir pembuka kepada Kerajaan Melayu Negeri Saribas telah mangkat lalu digantikan dengan Dato Godam sebagai pengganti Raja di Saribas. Bermula lah zaman pemerintahan daripada keluarga Minangkabau dari Pagarruyung di Saribas dan Abang Drahman sebagai Raja Muda. Alat kebesaran Minangkabau yang dibawa dari Pagarruyung seperti Jenawi, Bendera, dan alat-alat kebesaran lain seperti gong dan tombak digunakan di Saribas sebagai alat kebesaran Negeri (Mohd Zulfitri,2023). Bermulalah masa pemerintahan dan kekuasaan sebuah Kerajaan Melayu di Sarawak Darul Hana.

SARIBAS merujuk kepada Masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan Bahagian Betong di Sarawak. Nama asalnya adalah SARIBAS namun pada tahun 1991 telah ditukarkan menjadi Betong. Bahasa yang digunakan oleh Orang Melayu Saribas adalah 80 peratus menyamai bahasa Padang.

Menurut Mohd Zulfitri didalam bukunya Wangsa Saribas,di SARIBAS terdapat (iaitu kawasan Betong) penduduk Melayu Saribas seramai 36,758 (atau 59.16 peratus), diikuti penduduk Iban seramai 21,785 (atau 35.06 peratus), dan penduduk Cina hanya 2,415 (atau 3.88 peratus) tidak termasuk yang sudah pergi merantau ke luar. Berbanding data demografi 1970, peratusan orang Melayu di Sungai Saribas telah meningkat daripada 45.9 peratus kepada 59.16 peratus (Jabatan Perangkaan Malaysia 1981). Membandingkan profil demografi ini dengan keseluruhan penduduk Sarawak mendedahkan perbezaan yang besar.

Antara tokoh-tokoh yang lahir daripada susur galur orang Melayu-Minang dari Saribas adalah seperti Premier Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri N. 35 SARIBAS YB Mohd Razi Bin Sitam.

Bacaan tambahan

sunting
  • (Inggeris) Anne Summerfield, John Summerfield: Walk in Splendor: Ceremonial Dress and the Minangkabau. UCLA, Los Angeles 1999 ISBN 0-930741-73-0

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Indonesia's Population: Ethnicity and Religion in a Changing Political Landscape. Institute of Southeast Asian Studies. 2003. ISBN 9812302123.
  2. ^ Minangkabau poeple. Encyclopædia Britannica. Diakses pada 14 Maret 2012.
  3. ^ Alam, Sutan Gagar (6 July 1856). "Collective volume with texts in Malay, Minangkabau, Arabic script (1-2) Subtitle No. 61. Oendang oendang adat Lembaga : Tambo Minangkabau ; and other texts Or. 12.182". Sakolah Malayu. Dicapai pada 7 May 2021.
  4. ^ Noranda, Alfa (14 April 2021). "Kekaisaran Minangkabo". Wordpress. Dicapai pada 7 May 2021.
  5. ^ Josselin de Jong, P.E. de, (1960), Minangkabau and Negeri Sembilan: Socio-Political Structure in Indonesia, Jakarta: Bhartara
  6. ^ Graves, Elizabeth E. (1981). The Minangkabau Response to Dutch Colonial Rule Nineteenth Century. Itacha, NY: Cornell Modern Indonesia Project #60. m/s. 1. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  7. ^ Ramli, Andriati, (2008), Masakan Padang: Populer & Lezat, Niaga Swadaya, ISBN 978-979-1477-09-3.
  8. ^ "Prinsip-prinsip pembinaan rumah adat Minangkabau" Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository Diarkibkan 2009-08-06 di Wayback Machine, Univesiti Teknologi Malaysia
  9. ^ Graves (1981), p. 40.
  10. ^ Naim, Mochtar. Merantau, Minangkabau Voluntary Migration, University of Singapore.
  11. ^ Suryadinata, Leo (2003). Indonesia's Population, Ethnicity and Religion in a Changing Political Landscape. Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 981-230-212-3. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  12. ^ a b Kato, Tsuyoshi (2005). Adat Minangkabau dan merantau dalam perspektif sejarah. PT Balai Pustaka. ISBN 979-690-360-1. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Kato" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  13. ^ Munoz, Paul Michel (2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  14. ^ Dobbin, Christine. Gejolak Ekonomi, Kebangkitan Islam, dan Gerakan Paderi, Minangkabau 1784 – 1847.
  15. ^ Castles, Lance (1967). Religion, politics, and economic behaviour in Java: the Kudus cigarette industry. Yale University. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  16. ^ Poeze, Harry A. In het Land van de Overheerser: Indonesiër in Nederland 1600-1950.
  17. ^ Radjab, Muhammad (1950). Semasa Ketjil di Kampung (1913-1928): Autobiografi Seorang Anak Minangkabau. Djakarta: Balai Pustaka. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  18. ^ www.antara-sumbar.com Prof. Dr. H. Ahmad Syafii Ma'arif, Satu Nomor Contoh Produk Tradisi Merantau Diarkibkan 2011-07-07 di Wayback Machine
  19. ^ {{cite book|publisher=Majalah Tempo Edisi Khusus Tahun 2000|date = December|year =1999 | accessdate
  20. ^ Tim Wartawan Tempo, "4 Serangkai Pendiri Republik", Kepustakaan Populer Gramedia, Jakarta (2010)
  21. ^ Empat Pengasas Republik Indonesia adalah Soekarno, Hatta, Sutan Sjahrir, dan Tan Malaka
  22. ^ www.tempointeraktif.com Mengenang Sastrawan Rustam Effendi

Pautan luar

sunting