Orang Turki di Jerman

Orang Turki Jerman adalah orang Jerman berketurunan Turki yang menetap di Jerman. Istilah ini kadang-kala digunakan dengan tidak tepat untuk merujuk kepada kumpulan imigran bukan berketurunan Turki di Jerman.

Turki Jerman Turki Jerman
Bahasa
Jerman, Turki
Agama
Sebilangan besar Islam Sunni dan Alevisme
Ada yang agnostik, ateis atau memeluk agama Kristian atau agama lain
Sebahagian siri

Diaspora Turki



edit

Portal Turki

Pada tahun 2004 terdapat di antara 1.739 sehingga 1.907 juta orang Turki di Jerman yang merupakan sebahagian daripada 26 peratus orang asing (Ausländer) yang berdaftar di Jerman. Manakala pada tahun 2002 didapati terdapat seramai 730,000 rakyat Jerman yang berketurunan Turki. Maka, secara totalnya, angka penduduk Jerman yang mempunyai hubungan dengan Turki adalah berjumlah 2.637 juta orang, ataupun kira-kira 3 peratus daripada jumlah penduduk.

Kebanyakan orang Turki di Jerman boleh didapati di kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Jerman Barat. Bandar-bandar besar seperti Berlin, Frankfurt, Hamburg, Rhine-Ruhr (Cologne, Duisburg dan Dortmund) mempunyai populasi Turki yang besar. Negeri dengan penduduk Turki terbesar adalah Rhine-Westphalia Utara. Walaupun kebanyakan orang Turki tinggal di bandar, ramai juga di antara mereka yang menetap di beberapa kawasan luar bandar, terutamanya di Baden-Württemberg, Hessen dan North-Rhine Westphalia. Döner kebab, sejenis makanan Turki, adalah masakan segera yang termasyhur di Jerman.

Sejarah sunting

 
Kubur Turki Berlin bersampingan dengan sebuah masjid jenis Ottoman, dibina pada 1863

Berdasarkan perhubungan baik Turki-Jerman sejak abad ke-19 dan seterusnya, Jerman telah mempromosikan imigrasi orang-orang Turki ke negara tersebut. Akan tetapi, migrasi orang Turki ke Jerman secara besar-besaran tidak berlaku sehingga separuh kedua abad ke-20. Jerman ditimpa kekurangan sumber manusia selepas Perang Dunia II dan pada tahun 1961, Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) telah merasmikan jemputan pekerja Turki ke Jerman untuk memenuhi kekosongan ini, terutamanya untuk bekerja di kilang-kilang yang telah menyumbangkan kepada keajaiban ekonomi Jerman. Para pekerja ini dinamakan sebagai Gastarbeiter (Bahasa Jerman untuk pekerja tetamu). Hari ini orang-orang Turki membentuk kaum minoriti dan minoriti Muslim yang terbesar di Jerman.

Sebahagian besar daripada orang Turki Jerman menyokong Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD). Sebuah kaji selidik selepas Pilihanraya Persekutuan 2005 mendapati bahawa hampir 90% telah mengundi Gerhard Schroder daripada SPD.

Orang Turki sunting

Politik sunting

Ahli-ahli Parlimen Eropah sunting

Ahli-ahli Parlimen Eropah yang bersidang di Brussel dan Strasbourg lebih dikenali di dalam bahasa Inggeris sebagai Member of the European Parliament (MEP).

Ahli Parlimen Persekutuan sunting

Parlimen Jerman dipanggil Bundestag manakala ahli-ahlinya dipanggil Mitglied der Bundestag (MdB) (b. Melayu: Ahli Bundestag)

Ahli Parlimen negeri sunting

Kesemua 16 buah negeri di Jerman mempunyai parlimen masing-masing. Insitusi ini dikenali sebagai Landtag (Dewan Undangan Negeri) kecuali bagi Berlin (Dewan Perwakilan) serta Bremen dan Hamburg (Senat).

Sukan sunting

Hiburan & Kesenian sunting

Lihat pula sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting