Buka menu utama

Kawalan awam keatas tentera

(Dilencongkan dari Orang awam menguasai tentera)

Kawalan awam keatas tentera adalah satu doktrin didalam tentera dan sains politik yang meletakkan tanggungjawab muktamad untuk membuat keputusan strategik sesebuah negara ditangan kepimpinan politik awam, bukannya dari pegawai profesional tentera. Pertentangan de facto dengan pengawalan awam terhadap tentera adalah pemerintahan diktator tentera. Kekurangan kawalan ke atas tentera boleh mengakibatkan negara menjadi kucar-kacir. Seorang pengarang, tulisan parafrasa Samuel P. Huntington dalam The Soldier and the State, telah meringkaskan kawalan ideal awam sebagai "subordinasi sebenar tentera profesional yang kompeten berakhir sepertimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa awam".[1]