Oratorio adalah gubahan muzikal yang besar untuk orkestra, vokal penyanyi- penyanyi solo dan kumpulan nyanyian koir. Ia berbeza dari opera kerana tidak mempunyai pentasan drama, pakaian khas pelakon ataupun lakonan. Walau bagaimanapun, dari dulu lagi, oratorio adalah hampir sama dengan opera dari segi corak muzik dan nyanyian kecuali bahagian nyanyian koir yang mempunyai kombinasi pelbagai suara menyanyi di dalam harmoni lengkap.

Zaman - zaman kegemilangan lagu gubahan oratorio adalah pada kurun ke 17 dan 18.

Subjek sunting

Kebanyakan nyanyian oratorio dari dahulu ke hari ini mempunyai tema keagamaan berdasarkan kitab suci bible, tetapi ada sesetengah penggubah muzik, seperti George Frideric Handel menulis lirik oratorio berdasarkan tema dari mitologi Roman dan Greek.

Samada ditulis berdasarkan keagamaan atau tidak, tema untuk oratorio memang bermaksud sesuatu yang penting atau perkara-perkara yang besar. Ia boleh bermaksud kejadian dan ciptaan alam sedunia, kisah hidup nabi Isa atau karier hidup wira agung atau nabi-nabi di dalam bible.

Kerjaseni oratario kebiasaannya tidak rumit berbanding dengan opera, dan sesetengah oratorio tidak memerlukan perbualan untuk jalan ceritanya. Jika opera memerlukan perbualan kerana ia biasanya di dalam bentuk persembahan drama, dalam oratario, kegunaan perbualan adalah hanya untuk menjelaskan kepada pihak-pihak tertentu tentang kerjaseni dan perkara-perkara penting sebuah kerjaseni muzik yang besar.

Sejarah awal sunting

Pada pertengahan abad ke-17, 2 jenis seni Oratario dibentuk:-

1. Oratorio volgare (dalam bahasa Itali) – Contoh-contohnya termasuk:

  • Daniele – Digubah oleh Giacomo Carissimi
  • S Tomaso - Digubah oleh Marco Marazzoli
  • Gubahan Francesco Foggia dan Luigi Rossi

Oratorio volgares kebiasaannya berlangung selama 30-60 minit, dipersembahkan di dalam 2 bahagian; dibahagikan oleh seorang “sermon” yang bermaksud ahli agama. Lagu-lagu dalam kategori "oratorio volgares" lebih merupakan lagu kontemporari opera dan “chamber” kantata. (Chamber merujuk kepada nyanyian satu atau dua penyanyi solo di dalam sebuah bilik istana atau bilik khas)

2. Oratorio latino (dalam bahasa Latin) – pertama kali digubah di Oratorio del SS. Crocifisso, yang berkaitan dengan gereja San Marcello al Corso di Rom. Penggubah oratorio latino yang penting ialah Giacomo Carissimi, di mana karya beliau Jephte dianggap sebagai kerjaseni yang amat penting di dalam genri ini.

Struktur sunting

Oratorio kebiasaannya mengandungi:

  • Pembukaan, mainan alat-alat muzik sahaja
  • Pelbagai jenis aria, dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi solo
  • Muzik dan nyanyian (Resitatif), kebiasaan untuk membentangkan tema
  • Nyanyian koir beramai-ramai, nyanyian meriah yang memberi maksud mencapai kejayaan. Alat-alat muzik yang kebiasaannya digunakan termasuklah timpani dan trumpet.

Penggubah–penggubah terkemuka oratorio sunting

(Disusun mengikut tahun-tahun pembukaan)

  • Johann Sebastian Bach, Christmas Oratorio (1734)
  • Johann Adolf Hasse, Serpentes ignei in deserto - (1735, 1736 atau 1739)
  • George Frideric Handel, Israel in Egypt (1739), dikenangi sebagai sumber yang diketahui untuk rakaman muzik klasikal yang dibuat pada 9 Jun 1888 menggunakan silinder lilin. (Wax cylinder)
  • George Frideric Handel, Messiah (1741). Oratario yang paling dikenali dan kerap dipersembahkan terutama di negara-negara yang bertutur bahasa Inggeris.
  • George Frideric Handel, Samson (1743)
  • George Frideric Handel, Judas Maccabaeus (1747)
  • Joseph Haydn, The Creation (1798)
  • Joseph Haydn, The Seasons (1801)
  • Felix Mendelssohn, Elijah (1846)
  • Hector Berlioz, L'Enfance du Christ (1854)
  • Igor Stravinsky, (opera-oratorio) Oedipus Rex (1927)
  • Artur Kapp, Hiiob (Job) (1929)

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris sunting

(Untuk pemahaman lanjut dari Wikipedia bahasa Inggeris)

Pautan Luar sunting