Origin of Symmetry

Origin of Symmetry (Asal-Usul Simetri) ialah album studio kedua oleh kumpulan rock England, Muse. Album ini dikeluarkan pada 17 Jun 2001 di United Kingdom dan Australia, dan pada September 2005 di Amerika Syarikat. Single yang dikeluarkan dari album ini ialah "Plug In Baby", "New Born", "Bliss", dan "Hyper Music/Feeling Good". Tajuk album ini merupakan idea dari vokalis Muse, Matthew Bellamy, yang diinspirasikan dari buku karya Michio Kaku, Hyperspace.[1]

Origin of Symmetry
Album studio oleh
Dilancarkan pada
  • 17 Jun 2001 (UK, AU)
  • 20 September 2005 (AS)
Dirakamkan pada2001
TempatUnited Kingdom Edit the value on Wikidata
Genre
Panjang51:42
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
SyarikatMushroom
PenerbitJohn Leckie, David Bottrill, Muse
Kronologi Muse
Showbiz
(1999)
Origin of Symmetry
(2001)
Hullabaloo Soundtrack
(2002)
Single daripada Origin of Symmetry
  1. "Plug In Baby"
    Dikeluarkan: 5 Mac 2001
  2. "New Born"
    Dikeluarkan: 5 Jun 2001
  3. "Bliss"
    Dikeluarkan: 20 Ogos 2001
  4. "Hyper Music/Feeling Good"
    Dikeluarkan: 19 November 2001
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"New Born", "Plug In Baby", "Bliss" and "Darkshines" dirakamkan oleh David Bottrill sepanjang pertengahan jelajah pada hujung 2000, di Ridge Farm Studios, Surrey. "New Born", "Plug In Baby" dan "Bliss" dianggap sebagai "nyawa album" dan menciptakan dasar yang membuat Muse lebih bereksperimen dengan lagu-lagu lain. Suara falseto Matt didengar hampir setiap lagu dalam album ini, meskipun mendapat kritikan dari stesen radio di Amerika Syarikat.

Album ini berjaya melonjakkan nama Muse, dengan penjualan lebih dari 100.000 unit di United Kingdom dan 1,5 juta unit di seluruh dunia, tetapi hanya 53,000 album yang terjual di Amerika Syarikat, akibat baru dikeluarkan secara rasmi pada 2005.[2] Pada tahun 2006, majalah muzik Q menempatkan album ini di kedudukan 74 dalam kategori "100 Album Terbaik Sepanjang Zaman" menurut pilihan pembaca.[3]

Sambutan sunting

Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Allmusic      [4]
Drowned in Sound (10/10)[5]
Prog archives      [6]
NME (9/10)[7]
PopMatters (mixed)[8]
Q      [9]
Sputnikmusic      [10]
Music emissions (favourable)[11]

Album ini menerima penilaian positif dan pada tahun 2006 berada di kedudukam 74 di Q Magazine's 100 Greatest Albums of all Time.[12] Kemudian pada Februari 2008, undian umum untuk Q Magazine menempatkan album di kedudukan 28 di Best British Albums of all time. Majalah Kerrang! menilai album menduduki tangga 20 di 100 Best British Rock Albums Ever!, #9 di Albums of the Year 2001 [13] dan #13 pada 50 Best Albums of the 21st Century.[14]

Kontroversi sunting

Maverick Records, yang sebelum ini mengeluarkan Showbiz di Amerika Syarikat, meminta Muse untuk menghilangkan vokal falseto sepanjang keluaran album, mendakwa bahawa ia akan menjejaskan siaran di radio. Muse menolak permintaan Maverick dan meninggalkan label itu, yang dimaksudkan bahawa album ini tidak dikeluarkan di Amerika Syarikat sehingga 2005.[15] Namun, album itu tidak memasuki carta di Billboard 200 sehingga Februari 2010, ketika itu mendudui di nombor 161.

Nestlé pernah menggunakan lagu "Feeling Good" untuk tujuan komersial, meskipun kumpulan ini menolak untuk memberi kebenarkan kepada syarikat itu untuk melakukannya.[16] Setelah Nestle menggunakan versi Nina Simone, akhirnya kumpulan itu menuntut Nestlé, sebanyak £500.000 dan menyumbangkan hasil untuk amal Oxfam - bersama dengan beberapa badan amal tempatan Teignmouth, bandar di mana Muse ditubuhkan.

Senarai runut sunting

Kesemua runut ditulis dan digubah oleh Matthew Bellamy, kecuali jika dinyatakan.

No.TajukMasa
1."New Born"6:03
2."Bliss"4:12
3."Space Dementia"6:20
4."Hyper Music"3:21
5."Plug In Baby"3:39
6."Citizen Erased"7:19
7."Micro Cuts"3:38
8."Screenager"4:20
9."Darkshines"4:47
10."Feeling Good" (Leslie Bricusse dan Anthony Newley) 3:19
11."Megalomania"4:38
Trek Bonus (CD Jepun) dan iTunes
No.TajukMasa
12."Futurism" (Trek bonus CD dan iTunes Jepun ("Megalomania" ialah trek ke-11 versi ini). Ia kemudian tampil sebagai sisi B "Dead Star/In Your World".) 3:27
Trek Bonus (Enhanced Digipack CD version)
No.TajukMasa
12."Muse TV" ((Sebuah "elemen", yang hanya boleh dikunjungi sekali di komputer sebagai CD-ROM.)) N/A


Rujukan sunting

  1. ^ The Making of Origin of Symmetry. Xfm. 7 November 2007
  2. ^ [1] Diarkibkan 2008-09-21 di Wayback Machine URL disitasi pada 2007-12-29
  3. ^ "100 Greatest Albums Ever". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-01-25. Dicapai pada 2006-01-25.
  4. ^ "Origin of Symmetry Overview". Allmusic. Dicapai pada 12 May 2011.
  5. ^ Adams, Sean (May 19, 2001). "Origin of Symmetry Review". Drowned in Sound. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-11. Dicapai pada 12 May 2011.
  6. ^ "Origin of Symetry: Muse". progarchives.com. 11 September 2009. Dicapai pada 23 September 2011.
  7. ^ Morton, Roger (June 12, 2001). "Origin of Symmetry Review". NME. Dicapai pada 12 May 2011.
  8. ^ Powers, Devon. "Origin of Symmetry Review". PopMatters. Dicapai pada 12 May 2011.
  9. ^ "Album review: Muse - Origin of Symmetry". Q. 2002.
  10. ^ Fisher, Tyler (14 Julai 2006). "Muse - Origin of Symetry". Sputnikmusic. Dicapai pada 23 September 2011.
  11. ^ Schmitt, Michael (12 Jun 2007). "Muse - Origin of Symetry". musicemissions.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-11. Dicapai pada 23 September 2011.
  12. ^ "Q Greatest Albums of All Time". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-20. Dicapai pada 12 May 2011.
  13. ^ "Kerrang! Lists". Kerrang!.
  14. ^ "Muse Message Board Lists". Kerrang!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-29. Dicapai pada 2020-11-02.
  15. ^ Spin Sep 2009. Dicapai pada 5 July 2011.
  16. ^ "Baby Milk Action - Boycott News 33". Dicapai pada 12 May 2011.

Pautan luar sunting