Orkestra Diwan Barat-Timur

Orkestra Diwan Barat-Timurialah orkestra belia yang berpangkalan di Seville, Sepanyol. Pemuziknya terdiri daripada pemuzik muda berketurunan negara-negara Timur Tengah seperti Mesir, Iran, Israel, Jordan, Lebanon, Palestin, Syria dan Sepanyol. Orkestra ditubuhkan bersama oleh Daniel Barenboim, pemimpin orkestra berketurunan Argentina-Israel dan mendiang Edward Said, ahli akademik Palestin-Amerika pada tahun 1999, dan dinamakan sempena himpunan puisi (West-östlicher Diwan) karya Johann Wolfgang von Goethe . Woksyop pertama orkestra diadakan di Weimar, Jerman, pada tahun 1999,[1] selepas orkestra itu menerima lebih dari 200 permohonan daripada pununtut muzik Arab.[2]

Raptai di bawah pengendalian Daniel Barenboim, di Pilas, Seville, Sepanyol, pada 25 Julai 2005

Tujuan orkestra sunting

Tujuan Orkestra Diwan Barat-Timur ialah bagi mempromosi persefahaman antara orang Israel dan Palestin, dan membuka jalan kepada penyelesaian yang saksama dan aman terhadap Konflik Arab-Israel. Barenboim sendiri menyatakan kepada ensembel:

Diwan ini bukan sebuah kisah cinta, dan ia juga bukan kisah keamanan. Ia dijulang sebagai satu projek keamanan. Ia bukan sedemikian. Ia tidak akan mendatangkan keamanan, sama ada anda bermain muzik dengan baik atau tidak. Diwan diasaskan sebagai satu projek bagi menentang kejahilan; satu projek yang berpandukan fakta bahawa amatlah perlu bagi manusia untuk saling mengenali, untuk memahami apa yang difikirkan dan dirasai orang lain, tanpa semestinya mempersetujui fikiran atau perasaan itu. Saya bukan mencuba untuk menukar pendapat ahli Arab Diwan kepada sudut pandangan Israel, dan [saya] bukan mencuba meyakinkan ahli Israel tentang segi pandangan orang Arab. Tetapi saya mahu — dan malangnya saya keseorangan sekarang kerana Edward meninggal dunia beberapa tahun dahulu — mewujudkan pentas di mana kedua-dua pihak boleh tidak bersetuju tetapi tidak perlu menggunakan pisau.[3]

Seorang daripada pemuzik muda orkestra menekankan hujah ini:

Barenboim sentiasa menyatakan bahawa projeknya bukan berbaur politik. Tetapi satu daripada kehebatannya adalah ia merupakan pernyataan politik oleh kedua belah pihak. Ia lebih mustahak bukan bagi orang macam saya, tetapi bagi orang lain yang dapat melihat bahawa tidak mustahil bagi sesorang itu duduk bersama orang Arab dan bermain muzik. Orkestra ialah makmal manusia yang boleh menunjukkan kepada dunia sejagat bagaimana mahu betah dengan pihak lain.[4]

Orkestra sudah memberikan persembahan di seluruh dunia, termasuk Israel dan Wilayah-wilayah Palestin. Ia memiliki sekolah musim panas di Seville. Semenjak tahun 2002, kerajaan Andalusia (Junta de Andalucía), Sepanyol dan sebuah yayasan persendirian menyediakan pangkalan buat ensembel di Sepanyol. Sekarang pemuzik muda dari Sepanyol juga mengambil bahagian dalam orkestra.

Woksyop Diwan Timur-Barat berlangsung selama beberapa minggu setiap musim panas di Andalusia. Orkestra melakukan lawatan persembahan selepas woksypo selesai. Orkestra telah memenangi beberapa hadiah semenjak penubuhannya termasuk Hadiah Príncipe de Asturias buat Said dan Barenboim, dan hadiah Premium Imperiale kurniaan Persatuan Kesenian Jepun.

Pada tahun 2004, Yayasan Barenboim-Said, yang berpangkalan di Seville dan dibiayai oleh kerajaan Andalusia ditubuhkan buat membangunkan rancangan pendidikan melalui projek muzik dan berlandaskan prinsip-prinsip dialog dan kewujudan bersama yang diperjuangkan Said dan Barenboim. Sebagai tambahan kepada pengendalain orkestra, Yayasan Barenboim-Said Foundation membantu projek-projek lain seperti Akademi Kajian Orkestra, projek Pendidikan Muzik di Palestin, dan Projek Pendidikan Muzik Awal Alam Kanak-kanak di Seville.

Sebuah filem tentang orkestra, Knowledge is the Beginning, ('Pengetahuan ialah Permulaan') meraih Hadiah Emmy bagi filem dokumentari berkaitan seni yang terbaik tahun 2006. Pada tahun 2007, orkestra menerima Geran Praemium Imperiale. Orkestra penah membuat rakaman bagi label Teldec.[5] Ketua orkestra kini ialah Michael Barenboim, anak lelaki Daniel Barenboim.

Orkestra pernah memberi persembahan di hadapan Paus Benedict XVI, di bawah arahan Maestro Barenboim, sempena perayaan hari nama Paus pada bulan Julai 2012.[6]


Nota sunting

  1. ^ Anthony Tommasini (21 December 2006). "Barenboim Seeks Harmony, And More Than One Type". New York Times. Dicapai pada 2008-11-01.
  2. ^ Daniel Barenboim (introduced by Sue Rawley) (28 April 2006). "Reith Lectures 2006: "In the Beginning Was Sound", Lecture 4, "Meeting in Music"". BBC Radio 4. Dicapai pada 2006-08-02.
  3. ^ Ed Vulliamy (13 July 2008). "Bridging the gap, part two". The Guardian. Dicapai pada 2008-11-01.
  4. ^ Ed Vulliamy (13 July 2008). "Bridging the gap, part one". The Guardian. Dicapai pada 2008-11-01.
  5. ^ Tim Ashley (9 February 2007). "Beethoven: Symphony No 9, Denoke/ Meier/ Fritz/ Pape/ Berlin Staasoper Chorus/ West-East Divan Orchestra/ Barenboim". The Guardian. Dicapai pada 2008-11-01.
  6. ^ http://www.microsofttranslator.com/BV.aspx?ref=IE8Activity&a=http%3A%2F%2Fpress.catholica.va%2Fnews_services%2Fbulletin%2Fnews%2F29475.php%3Findex%3D29475%26lang%3Den

Pautan luar sunting

Laman Orkestra sunting

Laman berkaitan Orkestra sunting