Buka menu utama

Orkestra RTM merupakan sebuah orkestra penyiaran yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dimiliki oleh stesen penyiaran awam milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ia ditubuhkan pada 1961 dan merupakan orkestra muzik yang tertua di Malaysia. Orkestra RTM berjaya melahirkan ramai pemuzik profesional seperti Dato' Dr. Ahmad Nawab, Osman Ahmad, Kassim Masdor, Ahmad Idris, dan Jimmy Foong. Ia menjadi pemangkin perkembangan industri muzik tempatan yang telah melahirkan ramai komposer berbakat dengan lagu-lagu malar segar sehingga ke hari ini.[1][2]

Orkestra RTM
Orkestra
Diasaskan1961; 58 tahun yang lalu (1961)
LokasiAngkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysia
Dimiliki olehRadio Televisyen Malaysia
Pengarah muzikDatuk Mokhzani Ismail (1999-kini)

Orkestra RTM meraikan ulang tahunnya ke-50 pada 2011.[3][4]

SejarahSunting

Orkestra RTM bermula dengan nama Orkes Radio Malaysia yang dipimpin Tan Sri Ahmad Merican dengan beroperasi di Rumah Persekutuan di Jalan Raja, Kuala Lumpur, dengan berkonsepkan pancaragam utama yang dianggotai seramai 13 ahli yang tertumpu dalam kelompok keluarga peralatan muzik yang dikenali dalam bahasa Inggeris brasa (contohnya seperti trompet), saxes (contoh, saksofon) dan rhythm (contoh, dram). Ahli orkestra tersebut kemudian bertambah dengan penambahan ahli muzik peralatan muzik bertali (contoh, biola) bermula tahun 1965 dengan 25 orang ahli. Dari 1967 sehingga 1969, keahlianya berkembang kepada 38 orang dengan berkonsep studio orkestra.[5]

Orkestra ini menjadi saksi kepada kelahiran kumpulan ini yang pada awalnya sebelum operasi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bermula. Apabila operasi Radio dan Televisyen Malaysia disatukan pada tahun 1969, nama Orkestra Radio Malaysia ditukar kepada Orkestra RTM dan ia bertapak di Kompleks Angkasapuri sehingga kini[5] dan menjadi pelopor kepada populariti lagu pop Melayu, klasik dan asli yang mana sering mengiringi penyanyi seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Nawab, Datuk Ahmad Jais dan ramai lagi.[5] Orkestra ini juga mengembangkan lagi pengaruh muziknya dengan bentuk persembahan muzik jazz yang diselit elemen muzik Melayu.[5]

Orkestra RTM bukan saja terbabit dalam konsert mega seperti Malam Irama Malaysia, Konsert Perpaduan, Konsert Seniman Silam, Konsert Diraja malah turut menyumbangkan tenaga untuk persembahan yang dianjurkan di bawah RTM seperti program Getaran, Konsert P. Ramlee, Konsert Tiada Lama Tiada Baru ORTM... Yusni Hamid, Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau[6] dan banyak lagi.[5] Kewujudannya sejajar kematangan usianya dalam pembangunan industri muzik tempatan dalam usaha untuk kembali diangkat sebagai kumpulan orkestra disegani, bukan hanya gah pada namanya sebagai kumpulan okrestra paling lama bertapak di negara ini tetapi pada masa sama jenis muzik yang dimainkan.[5]

Orkestra RTM juga membuat persembahan di peringkat antarabangsa seperti di Festival Jazz Antarabangsa Jakarta (JIJF) 2012,[7] dan menerbitkan 16 cakera padat pelbagai genre lain termasuk Jazz Tribute To Malaysian Songs yang diedarkan ke seluruh dunia dan Muzsic on Demand yang diterbitkan dengan kerjasama Penerbangan Malaysia (MAS). Orkestra ini diundang buat kali ketiga untuk menjayakan Festival JAVA Jazz yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 6-8 Mac 2015.[8] Delegasinya melibatkan seramai 24 pemuzik tempatan di bawah pimpinan Pengarah Muzik Datuk Mokhzani Ismail[8] yang turut menampilkan kumpulan Radio TV Malaysia Big Band yang berkongsi pentas dengan penyanyi lagenda Indonesia Harvey Malaiholo.[8]

Konsert Gemilang 50 TahunSunting

Sambutan ulangtahun Jubli Emas ke-50 Orkestra RTM diterjemahkan dengan penganjuran Konsert Gemilang 50 Orkestra RTM yang menyaksikan seramai 35 orang pemuzik orkestra berpengalaman memberikan persembahan yang bertenaga bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Persembahan konsert itu nyata memukau hadirin termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim yang memeriahkan rakaman konsert ini yang berlangsung pada 3 Oktober lalu.[9]

Pemuzik yang kebanyakannya berkelulusan hingga ke peringkat sarjana muzik dari universiti dalam dan luar negara itu mempamerkan persembahan hebat dengan dipimpin oleh beberapa tokoh berpengalaman dalam bidang orkestra seperti Dato’ Johari Salleh, Dato’ Mokhzani Ismail, Mohd Asnawi Mutaal, Leon Yap, Azman Mustafa dan Lokman Abdul Aziz.[9] Peralatan yang digunakan pemuzik juga dari pelbagai jenis termasuklah wood-winds seperti bassoon, flute dan jenis bertali yang lengkap serta kumpulan brass, saxes dan rhythm. Ini sepertimana yang terdapat dalam orkestra profesional bertaraf dunia.[9]

Ia dibahagikan kepada sepuluh segmen iaitu "Overture Merentasi Zaman", "Titik Permulaan", "Varsiti Pelbagai Irama", "Dari Malam Irama Malaysia ke Malam Putrajaya", "Ilham Rasa", "Dari Rakyat Untuk Rakyat", "Patah Tumbuh Hilang Berganti", medley "Tanah air", "Orkestra dan Bintang" dan "Gemilang 50".[9] Konsert ini dijayakan oleh persembahan dari Dato' Jamal Abdillah, Syafinaz Selamat, Datin Paduka Julie Sudiro, Noryn Aziz dan Andre Goh menyampaikan lagu popular masing-masing.[9]

Sempena sambutan itu juga, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim turut menyampaikan Anugerah Khas Tokoh Orkestra RTM kepada 11 pemuzik yang pernah terlibat dalam Orkestra tersebut iaitu Zainal Abu, Akhbar Nawab, Dato’ Dr. Ahmad Nawab, T. Anggapan, Ahmad Kassim, Ruslan Imam, Richard Hoon, Eow Yeo Jin, James Boel, Alfonso Soliano dan Dato’ Ahmad Dasillah.[9]

Pengarah muzikSunting

  • Tan Sri Ahmad Merican (1961)
  • Alfonso Soliano (Pemimpin Orkes Radio Malaysia; 1961 - 1965)
  • Gus Steyn (Pemangku Pemimpin; 1967 - 1969)
  • Datuk Johari Salleh (Pengarah Muzik; 1965 - 1983)
  • Datuk Ahmad Dasillah (Pengarah Muzik; 1984 - 1999)
  • Ruslan Mohd. Imam (Pemimpin Orkestra; 1978 - 1995)
  • Datuk Mokhzani Ismail (Pengarah Muzik; 1999 - kini)

PencapaianSunting

Pada Januari 2011, Orkestra RTM telah menerima penghargaan daripada Malaysia Book Of Records sebagai orkestra paling lama bertahan di Malaysia (1961 - 2011).[10]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Kehebatan Orkestra RTM". Info Seni. Dicapai 15 Mac 2017. 
  2. ^ "Mencari Orkestra RTM". Utusan Malaysia. 3 Julai 2001. Dicapai 15 Mac 2017. 
  3. ^ Abdul Aziz Itar (30 Disember 2010). "Orkestra RTM 50 tahun". Utusan Malaysia. Dicapai 15 Mac 2017. 
  4. ^ "50 tahun penuh gemilang". Kosmo!. 27 Oktober 2011. Dicapai 15 Mac 2017. 
  5. ^ a b c d e f "Sejarah Orkestra RTM". Kosmo!. 17 Oktober 2011. Dicapai 15 Mac 2017. 
  6. ^ "Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau". Sensasi Selebriti. 19 November 2014. Dicapai 15 Mac 2017. 
  7. ^ "Orkestra RTM Wakili Negara Ke 'Jakarta Jazz Festival'". mSTAR Online. 13 Oktober 2012. Dicapai 15 Mac 2017. 
  8. ^ a b c Ramlah Zainal (4 Mac 2015). "Orkestra RTM terus gah". Harian Metro. Dicapai 15 Mac 2017. 
  9. ^ a b c d e f "Konsert Gemilang 50 Orkestra RTM". Sensasi Selebriti. 25 Oktober 2011. Dicapai 15 Mac 2017. 
  10. ^ Hasnurul Mohamed (18 Janauri 2011). "Orkestra RTM terima pengiktirafan". Utusan Malaysia. Dicapai 15 Mac 2017.  Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luarSunting