Bekak kampung

(Dilencongkan dari Oroxylum indicum)

Bekak kampung, bekak, beka, bikir, bikir angkup, bonglai, bonglai kayu, bolai kayu, bolai, boli, bongloi, boloi, merulai, merlai, merkulai, kulai, molar atau lunang (nama botani: Oroxylum indicum)[3]:276, 278[4]:11[5] ialah satu-satunya spesies dalam genus tumbuhan berbunga Oroxylum.[2][6]:128

Bekak kampung
Bonglai
Lenggai buah atas pokok
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Lamiales
Keluarga: Bignoniaceae
Tribus: Oroxyleae
Genus: Oroxylum
Vent.
Spesies:
O. indicum
Nama binomial
Oroxylum indicum
Sinonim[2]
Senarai
    • Arthrophyllum ceylanicum Miq.
    • Arthrophyllum reticulatum Blume ex Miq.
    • Bignonia indica L.
    • Bignonia lugubris Salisb.
    • Bignonia pentandra Lour.
    • Bignonia quadripinnata Blanco
    • Bignonia tripinnata Noronha
    • Bignonia tuberculata Roxb. ex DC.
    • Calosanthes indica (L.) Blume
    • Hippoxylon indica (L.) Raf.
    • Oroxylum flavum Rehder
    • Oroxylum indicum Vent. nom. inval.[1]
    • Spathodea indica (L.) Pers.

Peristilahan sunting

Nama bekak (Jawi: بيكق) dan bikir (Jawi: بيكير) digunakan di negeri-negeri selatan Perak di Semenanjung Melayu.[7]:276, 278 Nama beka (Jawi: بيک) digunakan di Kelantan dan Pattani.[8] Nama bekak kampung diberikan kerana pokoknya mempunyai dahan-dahan pelepah anak daun seperti bekak gunung tetapi tumbuh di sawah-sawah padi kampung.[7]:276

Nama bolai (Jawi: بولاي) dan bonglai (Jawi: بوڠلاي) digunakan di negeri-negeri Perak dan utara Semenanjung Melayu,[7]:278 nama bulai digunakan di Melaka.[6]:128 Nama-nama ini seasal dengan nama wongli dalam bahasa Jawa dan bunglui dalam bahasa Suluk.[6]:128

Botani sunting

Pokok bekak kampung atau kulai tumbuh sederhana besar sehingga ketinggian 20 meter, garis pusat pangkal batangnya 10–40 sentimeter.[6]:128 Ia tumbuh dahan daun yang tidak banyak, sebatang dahan daun berukuran 1–1.13 meter panjang terdiri daripada anak-anak daun lonjong berukuran 6.2–12.5 sm panjang dan 4.3–7.5 sm lebar bertangkai pendek,[9]:110 Pucuk mudanya berwarna hijau kekuningan dan bertukar hijau tua setelah matang, daun-daunnya rapat dan lebat sampai batang-batang pokok menghasilkan teduhan seperti payung. Semua bahagian batang daun tumbuh dan layu sekaligus, batang-batang daun yang mati terkumpul pada pangkal batang pokok.[5]

Bunga dan buah sunting

 
Bunga bonglai.

Bunganya tumbuh pada hujung tangkai-tangkai jambak tandan yang keluar di hujung dahan pokok kelopak setiap kuntumnya keras, berwarna perang atau ungu gelap dengan berukuran 2–4 sm panjang membentuk corong sari. Kuntum-kuntum tersebut mengeluarkan bau yang busuk dan didebungakan kelawar pada waktu malam.[5][6]:129

Buahnya jenis lenggai yang besar, sedikit bengkok dan leper dengan ukuran 2–4 kaki (0.61–1.22 m) panjang dan 3 inci (0.076 m) lebar. Ia mengandungi banyak biji putih kecil yang sangat nipis dan bersayap.[9]:110[5]

Khasiat sunting

Ia mengandungi air, karbohidrat, tanin, baikalin, glukosa, serat, krisin, alkoloid, kalsium, kalium, zink, zat besi, magnesium, fosforus dan vitamin.[perlu rujukan]

Bonglai dikatakan boleh merawat sakit perut, rematisme, luka yang membawa jangkitan, angin dalam perut atau usus, demam panas, kolera, bengkak sendi, disenteri, sakit kepala, limpa bengkak, sakit gigi, sakit urat, tekanan darah tinggi dan darah bertoksik atau kotor. Ia juga sesuai dijadikan pembuka selera makan dan rawatan ibu selepas bersalin.[perlu rujukan]

Kegunaan sunting

Pucuk dan buah muda bekak kampung atau kulai boleh dibuat ulam dengan dicelurkan dahulu sebelum dimakan dengan sambal belacan, budu mahupun cencaluk.[9]:111 Buahnya yang masih muda boleh dibuat kerabu. Daunnya berasa sedikit kelat dan pedas.

Rujukan sunting

  1. ^ "The International Plant Names Index".
  2. ^ a b "Oroxylum indicum (L.) Benth". The World Flora Online. World Flora Consortium. 2024. Dicapai pada 17 April 2024.
  3. ^ "Oroxylum indicum". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Index to Scientific Names of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names (PDF). Persatuan Pengujian Biji Benih Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 Julai 2021. Dicapai pada 2 Januari 2012.
  5. ^ a b c d Corner, E. J. H. (1997). "Wayside Trees of Malaya". I (ed. ke-4). Persatuan Pencinta Alam Tanah Melayu: 166–167. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ a b c d e van Steenis, C.G.G.J. (1974). "Bignoniaceae". Flora Malesiana. 8 (1): 114–186 – melalui Naturalis Institutional Repository.
  7. ^ a b c Burkill, Isaac Henry (April 1930). "An Index to the Malay Vernacular Names with comments". The Gardens' Bulletin; Straits Settlements. 3 (6 (bahagian 2)): 274–321 – melalui Perpustakaan Warisan Biokepelbagaian.
  8. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "beka". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytileni, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 100–101 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  9. ^ a b c Hean Chooi Ong (2004). Tanaman liar: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 23, 110–111. ISBN 9676116300.

Pautan luar sunting