Oruç Reis (Turki: Oruç Reis; Arab: عروج الريس; Sepanyol: Arrudye; s. 1474–1518) adalah seorang bey (gabenor) di Algiers dan beylerbey (ketua gabenor) Uthmaniyyah di Mediterranean Barat, dan juga merupakan abang kepada Hayreddin Barbarossa. Beliau telah dilahirkan di pulau Midilli, Uthmaniyah (Lesbos dalam negara moden Greece) dan meninggal dunia dalam satu pertempuran dengan Sepanyol di Tlemcen, Eyalet Algeria, empayar Uthmaniyah.

Oruç Reis
Barbarossa, litograf oleh Charles-Etienne Motte, berdasarkan lukisan oleh Achille Deveria.
Nama samaranBarbarossa
Jambang merah
Baba Oruç
Kelahiranc. 1474
Midilli, Empayar Uthmaniyyah
Meninggal duniaMei 1518
Tlemcen, Eyalet Algeria
Kesetiaan Empayar Uthmaniyah
Tahun perkhidmatans. 1495–1518
PangkatKapten
Tugas lainBey Algiers

Beliau dikenali sebagai Baba Oruç atau Baba Aruj (Bapa Oruç) apabila beliau mengangkut sejumlah besar pelarian Morisco, Muslim dan Yahudi daripada Sepanyol ke Afrika Utara; beliau juga dikenali dalam cerita penglipur lara di Eropah sebagai Barbarossa (yang bermakna Jambang Merah dalam bahasa Itali).

Legasi sunting

Oruç mengasaskan kehadiran Uthmaniyyah di Afrika Utara yang berlangsung selama empat kurun, de facto sehingga kehilangan Algeria kepada Perancis pada tahun 1830, Tunisia kepada Perancis pada 1881, Libya kepada Itali pada 1912 and de jure sehingga kehilangan rasmi Mesir dan Sudan kepada United Kingdom pada 1914, selepas empayar Uthmaniyah menyertai Perang Dunia Pertama dengan menyebelahi Kuasa Paksi. Republik Turki secara rasminya melepaska hak-hak Turki yang masih tinggal di beberapa wilayah Mesir dan Sudan selepas Perjanjian Lausanne pada tahun 1923.

Tiga buah kapal selam (TCG Oruç Reis, TCG Oruçreis (S-337), dan TCG Oruçreis (RAD-14)) dalam Tentera Laut Turki telah dinamakan bersempena dengan nama Oruç.

Barbarossa juga mempengaruhi karakter Kapten Hector Barbossa dalam filem Pirates of the Caribbean. Mengikut pendedahan yang dibuat, bintang filem Johnny Depp telah memainkan peranan penting dalam menyediakan nama ini. Nama terakhir beliau berasal daripada bahasa Sepanyol "Barbosa"[1] dan berdasarkan Barbarossa, seorang privatir Uthamaniyyah. Perkataan ini merupakan kombinasi dua buah perkataan daripada bahasa Itali iaitu barba (jambang) dan rossa (merah).

Sebuah filem lanun terawal berkenaan Barbarossa adalah Raiders of the Seven Seas (1953) yang dilakonkan oleh John Payne.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Barbosa Surname, Family Crest & Coats of Arms".

Sumber sunting

Pautan luar sunting

Templat:Pirates Templat:Rulers of Algeria