Mr. Os

Pelakon, penyanyi, pelawak dan pengacara Malaysia (1961-2016)
(Dilencongkan dari Os)

Mr. Os (lahir Mohd Yusof bin Abdul Hamid; Jawi: محمد يوسف بن عبدالحميد 5 April 1961 - 8 April 2016) ialah seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, penulis dan pengacara Malaysia. Beliau dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak.

Mr. Os
Mr. Os pada Mei 2011
Kelahiran
Mohd Yusof bin Abdul Hamid

(1961-04-05)5 April 1961
Meninggal dunia8 April 2016(2016-04-08) (umur 55)
Sebab kematianKanser paru-paru
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Sri Gombak, Selangor
Nama lainOs
PekerjaanPelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, penulis, pengacara
Tahun aktif1986–2016
Pasangan
  • Aminah Ariff
  • Rahayu Muhamed Nadzir
Anak-anak7 (termasuk Dewa dan Has Arteh)

Kerjaya sunting

Mohd Yusuf memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung. Pada tahun kemudiannya, iaitu tahun 1987, beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr. Os. Ketika zaman kemuncaknya, beliau sering digandingkan dengan pelawak Sheila Rusly, Salih Yaacob dan Aziz Sattar. Dalam tahun 1988, beliau bersama-sama Hussein Abu Hassan, Puteri Salbiah dan Latif Ibrahim telah membintangi sebuah filem seram Indonesia bertajuk Bisikan Arwah. Didalam filem ini Mohd Yusuf memegang watak sebagai Parta; seorang pemuda kampung yang telah dibunuh beramai-ramai dan kemudianya kembali menjelma untuk membalas dendam. Adalah difahamkan bahawa Bisikan Arwah adalah lakonan pertama dan terakhir beliau dalam filem seram. Pada tahun 1990, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi lakonan berkesannya sebagai pemuda autisme dalam filem Adik. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem Mr. Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah (1997).

Selepas filem terakhirnya pada 1997, Mohd Yusuf menyepi dari bidang perfileman dan bekerja sebagai seorang pengusaha perkhidmatan teksi.[1] Pada tahun 2009, beliau kembali ke persada seni Malaysia sebagai pengacara untuk rancangan televisyen TV9, Apa Ke Halnya?.[2]

Beliau pernah menguruskan perniagaan chalet yang dinamakan Chalet D’ Kampung Mr Os terletak di Kampung Kota Lama Kanan, empat kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar. Chalet tersebut menawarkan pelbagai chalet pilihan dalam suasana kampung.[3]

Johan Maharaja Lawak Mega sunting

Os dan Abon membentuk kumpulan Osbon dan menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Pada peringkat akhir peserta dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.[4][5]

Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

  • Kedua ialah kumpulan "Boboi" (gandingan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi
  • Ketiga ialah kumpulan "Saehu" daripada Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.
  • Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Kematian sunting

Mr. Os meninggal dunia pada hari Jumaat 8 April 2016 pada usia 55 tahun di Hospital Selayang. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 3 petang setelah mengadu sakit akibat kanser yang dihidapinya. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Sri Gombak.[6] Beliau meninggalkan dua balu dan tujuh anak.[7]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1986 Balik Kampung Yusof Filem pertama
1987 Keluarga 99
Mr. Os Os / Dato' Osman
1988 Bisikan Arwah Parta Filem Indonesia, filem seram pertama dan terakhir
Kembar Siam Yusof / Mr. Os
Fighting Madam 2 Filem Hong Kong
Jodoh Boleh Diatur Mr. Os Filem Indonesia
1989 Awang Spanar Awang Spanar
Hero Os Juga sebagai pengarah
1990 Adik Os / Adik Juga sebagai penulis
Orang Kampung Otak Kimia Os
1991 Boss Kapten
1992 Fifty/Fifty Jamik Penampilan pertama untuk filem Hollywood
Sahabat Sebagai penulis dan cerita
1993 Cikgu Romantik Ramli bin Pandak aka P. Ramlee
Sengketa Cinta
1994 Red Haired Tumbler di Malaya Ramlan
1995 Beyond Rangoon Pedagang Sungai Penampilan kedua filem Hollywood
1997 Ghazal Untuk Rabiah Os
2010 V3 Samseng Jalanan Pemandu Teksi
2011 Toyol Nakal Udin Jilat
Senario The Movie Ops Pocot Pak Bad
2014 Suatu Malam Kubur Berasap 2 Hantu Pocong / Hantu Cina / Drakula Penampilan khas
2015 Gangsterock Kasi Sengat Pemandu Teksi Filem terakhir

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1994 Santan Berlada Pelbagai watak TV1
2012–2013 Oh My English! Pak Sham Astro TVIQ
2014 Tanah Kubur (Musim 13) Osman Astro Oasis Episod: "Kucing Bin Osman"

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Cinta Kinabalu VCD Juga sebagai pengarah
2006 Os Anak Tarzan Os
Jesnita
My Tambang Os
2009 3 Hero Pencen Dalam Kain Ketat Isabela Astro Prima
2011 Halimah Jongang Bapa Halimah
2013 Opah Raya Stail Tok Tam Astro Ria
Raya Nora Jambu

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1998 Temasya Aidilfitri Pengacara TV1
1999 Raya Berzaman Pelbagai watak TV1
2009 Apa Ke Halnya? Pengacara TV9

Peserta sunting

Tahun Tajuk Kumpulan
2011 Maharaja Lawak Mega 2011 Osbon
2013 Maharaja Lawak Mega 2013 Osama

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk
1995 "Durian Dah Berbunga"

Anugerah dan pencalonan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Mr Os Jadi Pengacara Apa Ke Halnya di TV9, "...lebih fokus kepada pekerjaannya sebagai pemandu teksi...", Budiey.com. Diambil pada 25 Februari 2011.
  2. ^ "Mr Os Jadi Pengacara Apa Ke Halnya di TV9", Budiey.com. Diambil pada 25 Februari 2011.
  3. ^ Mr Os sibuk urus chalet Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2013.
  4. ^ Osbon Juara Maharaja Lawak Mega, Bawa Pulang RM350,000 Diarkibkan 2012-07-13 di Wayback Machine mStar Online (21 Disember 2011). Diperoleh pada 28 Mei 2012.
  5. ^ MLM: Osbon Pesaing Sengit Boboi Diarkibkan 2012-07-13 di Wayback Machine mStar Online (10 Disember 2011). Diperoleh pada 28 Mei 2012.
  6. ^ Pelawak terkenal Mr Os meninggal dunia Astro Awani (8 April 2016). Dicapai pada 28 Mei 2016.
  7. ^ Kemalia Othman (8 April 2016). Pelawak Mr Os Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru mStar Online. Dicapai pada 28 Mei 2016.
  8. ^ "Festival Filem Malaysia ke 7 (1987): Pelakon Komedi Terbaik" Diarkibkan 2011-09-23 di Wayback Machine, Arkib FFM, Sinema Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2011.
  9. ^ "Festival Filem Malaysia ke 13 (1987): Pelakon Komedi Terbaik"[pautan mati kekal], Arkib FFM, Sinema Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2011.

Pautan luar sunting