Osami Nagano (Jepun: 永野 修身, Hepburn: Nagano Osami, 15 Jun 1880 – 5 Januari 1947) ialah Marsyal Laksamana Tentera Laut Imperial Jepun dan salah seorang pemimpin tentera Jepun di sepanjang Perang Dunia II. Pada April 1941, beliau menjadi Ketua Staf Am Tentera Laut Imperial Jepun. Dalam kapasiti ini, beliau berkhidmat sebagai panglima tertinggi tentera laut dalam kancah Asia-Pasifik Perang Dunia II sehingga pemecatannya pada Februari 1944. Beliau adalah pengasas Institut Teknologi Chiba. Selepas perang, beliau telah ditangkap oleh Tribunal Ketenteraan Antarabangsa untuk Timur Jauh tetapi meninggal dunia atas sebab-sebab semula jadi dalam penjara semasa perbicaraan.


Osami Nagano
永野 修身
Osami Nagano memakai uniform nombor 1 berserta lencana Marsyal Laksamana di bawah rusuk kanan ~1943-45
Menteri Tentera Laut
Empayar Jepun
Dalam jawatan
9 Mac 1936 – 2 Februari 1937
RajaShōwa
Perdana MenteriKōki Hirota
Didahului olehŌsumi Mineo
Digantikan olehYonai Mitsumasa
Ketua Staf Am Tentera Laut Imperial Jepun
Dalam jawatan
9 April 1941 – 21 Februari 1944
Perdana Menteri
Didahului olehPutera Fushimi Hiroyasu
Digantikan olehShimada Shigetarō
Butiran peribadi
Lahir(1880-06-15)15 Jun 1880
Kōchi, Wilayah Kōchi, Jepun
Meninggal dunia5 Januari 1947(1947-01-05) (umur 66)[1]
Penjara Sugamo, Tokyo, Pendudukan di Jepun
Anugerah
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Empayar Jepun
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Laut Imperial Jepun
Tahun perkhidmatan1900–1947
Pangkat Marsyal Laksamana
Perkhidmatan
  • Hirado
  • Bahagian Ke-3 Perisikan SATL, Divisyen Ke-3 Kapal Tempur, Armada Ekspedisi Pertama China, Staf Am Tentera Laut, Wilayah Laut Yokosuka, Kementerian Tentera Laut, Armada Pertama IJN, Armada Gabungan, Staf Am Tentera Laut[2]
PertempuranPerang Dunia I, Perang Dunia II

Biografi sunting

Nagano telah dilahirkan di Kōchi pada sebuah keluarga bekas samurai. Pada tahun 1900, beliau tamat pengajian daripada kelas ke-28 Akademi Tentera Laut Imperial Jepun, menduduki tempat kedua didalam kelas 105 orang kadet. Selepas berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Kanan diatas kapal kruiser Hashidate dan kapal tempur Asahi, beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan ditugaskan ke kapal kruiser Asama. Semasa Perang Jepun-Rusia, beliau berkhidmat di beberapa jawatan staf. Yang paling dekat beliau berada di medan pertempuran ialah sebagai komander sebuah unit meriam berat pangkalan darat semasa pengepungan Port Arthur.

Selepas kenaikkan pangkat ke Leftenan pada tahun 1905, Nagano berkhidmat diatas kapal tempur Shikishima. Dari tahun 1905 hingga 1906, beliau mempelajari artileri tentera laut dan pelayaran. Dari tahun 1906 hingga 1908, beliau adalah ketua pegawai meriam diatas kapal kruiser Itsukushima. Pada tahun 1909, beliau tamat pengajian dari Maktab Perang Tentera Laut Jepun.

Pada tahun 1910, Nagano telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Komander dan ditugaskan sebagai ketua pegawai meriam diatas kapal tempur Katori. Dari Januari 1913 hingga April 1915, beliau adalah pegawai bahasa di Amerika Syarikat, dimana beliau belajar di Harvard Law School.

Semasa Perang Dunia I, Nagano merupakan pegawai eksekutif diatas kapal kruiser Nisshin dan kapal kruiser Iwate. Pada tahun 1918, beliau telah dinaikkan pangkat ke Kepten. Pada tahun 1919, beliau menerima kapal pemerintahan pertama dan terakhirnya, iaitu kapal kruiser Hirado.[3]

Dari Disember 1920, Nagano adalah atase tentera ke Amerika Syarikat, di kedudukan ini beliau menghadiri Persidangan Tentera Laut Washington. Pada November 1923, beliau kembali ke tanahair, namun beliau kembali semula ke Amerika Syarikat atas lawatan rasmi pada tahun 1927 dan tahun 1933. Pada Disember 1923, beliau telah dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda.

Pada Februari 1924, Nagano menjadi ketua Bahagian 3 (Perisikan) Staf Am Tentera Laut Imperial Jepun. Dari Disember 1924, beliau memerintah Divisyen Ke-3 Kapal Tempur. Dari April 1925, beliau memerintah Armada Pertama Ekspedisi China. Pada Disember 1927, beliau telah dinaikkan pangkat ke Laksamana Madya. Dari tahun 1928 hingga 1929, Nagano adalah Komandan Akademi Tentera Laut Imperial Jepun. Dari tahun 1930 hingga 1931, beliau adalah Timbalan Ketua Turus Am Tentera Laut, di kedudukan ini beliau menghadiri Persidangan Tentera Laut Geneva. Pada tahun 1930, beliau menghadiri Persidangan Tentera Laut London. Dari tahun 1933 hingga 1934, beliau merupakan Panglima Wilayah Laut Yokosuka. Pada 1 Mac 1934, beliau dinaikkan pangkat ke Laksamana dan dilantik ke Majlis Tertinggi Perang. Nagano adalah ketua delegasi tentera laut ke Persidangan Tentera Laut London 1935. Jepun menarik diri kerana memprotes Persidangan 1935 London selepas ia dinafikan persamaan tentera laut dengan Amerika Syarikat dan Great Britain.

Pada tahun 1936, Nagano telah dilantik Menteri Tentera Laut dibawah Perdana Menteri Kōki Hirota. Pada tahun 1937, beliau telah dilantik Panglima Armada Gabungan.

Dari tahun 1941, Nagano adalah Ketua Turus Am Tentera Laut Imperial Jepun, menjadi pegawai paling kanan dalam tentera laut Jepun pada sebahagian besar Perang Dunia II. Walau bagaimanapun, beliau tidak memberikan kepimpinan yang kukuh dan menyerahkan terlalu banyak perancangan strategik kepada orang bawahan yang tidak bertolak ansur.[4] Walaupun beliau seorang penyokong Nanshin-ron (Doktrin Perluasan Selatan), beliau menentang peperangan dengan Amerika Syarikat. Beliau membuat kesimpulan bahawa jika Jepun dapat mengambil alih jajahan British dan Belanda di Asia dengan tanpa terus menyerang Amerika Syarikat, penyokong dasar pemencilan dengan kerajaan Amerika akan menghalang Amerika Syarikat daripada mengisytiharkan perang terhadap Jepun. Beliau menentang rancangan Laksamana Isoroku Yamamoto untuk menyerang Pearl Harbor, tetapi enggan memberikan kelulusannya untuk menyerang selepas Yamamoto mengancam untuk meletakkan jawatan sebagai Panglima Armada Gabungan.[5]

Pada Jun 1943, Nagano telah dinaikkan pangkat ke Marsyal Laksamana. Menjelang tahun 1944, bagaimanapun, Jepun telah mengalami kekalahan tentera yang serius dan Nagano telah hilang keyakinan dari Maharaja Hirohito.[6] Dengan kelulusan maharaja, Perdana Menteri Hideki Tōjō dan Menteri Tentera Laut Shigetarō Shimada melucutkan Nagano dari jawatannya dan menggantikan beliau dengan Shimada. Nagano menghabiskan saki baki peperangan sebagai penasihat kepada kerajaan.

 
Laksamana Osami Nagano pada 1940

Perbicaraan jenayah perang sunting

Selepas Perang Dunia II pada tahun 1945, tentera pendudukan Amerika menangkap Nagano. Beliau telah didakwa dengan tuduhan jenayah perang “Kelas A” dihadapan Tribunal Tentera Antarabangsa bagi Timur Jauh di Tokyo. Apabila pegawai tentera laut AS menyoal siasat beliau, mereka menggambarkan beliau sebagai "sangat berkerjasama," "sangat cerdas," "pintar," dan "sangat suka berkawan dengan orang Amerika".[7] Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung kerana kompilasi yang timbul daripada paru-paru berair di Penjara Sugamo di Tokyo sebelum tamat perbicaraannya.

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Lencana IJN Pangkat Tarikh
  海軍少尉候補生 Kaigun Shōi Kōhōsei
(Midshipman)
13 Disember 1900
  海軍少尉 Kaigun Shōi
(Ensain)
18 Januari 1902
  海軍中尉 Kaigun Chūi
(Leftenan Madya/Leftenan Muda)
26 September 1903
  海軍大尉 Kaigun Daii
(Leftenan)
12 Januari 1905
  海軍少佐 Kaigun Shōsa
(Leftenan Komander)
1 Disember 1910
  海軍中佐 Kaigun Chūsa
(Komander)
1 Disember 1914
  海軍大佐 Kaigun Daisa
(Kepten)
1 Disember 1918
  海軍少将 Kaigun Shōshō
(Laksamana Muda)
1 Disember 1923
  海軍中将 Kaigun Chūjō
(Laksamana Madya)
1 Disember 1927
  海軍大将 Kaigun Taishō
(Laksamana)
1 Mac 1934
  元帥海軍大将 Gensui Kaigun Taishō
(Marsyal Laksamana)
21 Jun 1943

Rujukan sunting

Buku sunting

  • D'Albas, Andrieu (1965). Death of a Navy: Japanese Naval Action in World War II. Devin-Adair Pub. ISBN 0-8159-5302-X.
  • Dull, Paul S. (1978). A Battle History of the Imperial Japanese Navy, 1941-1945. Naval Institute Press. ISBN 0-87021-097-1.
  • Evans, David (1979). Kaigun: Strategy, Tactics, and Technology in the Imperial Japanese Navy, 1887-1941. US Naval Institute Press. ISBN 0-87021-192-7.
  • Parshall, Johnathan (2005). Shattered Sword: The Untold Story of the Battle of Midway. Potomac Books. ISBN 1-57488-923-0.
  • Tucker, Spencer C (2011). World War II at Sea:An Encyclopedia. ABC-Clio Inc. ISBN 1-59884-457-1.


Pautan luar sunting

Nota sunting

  1. ^ Nishida, Imperial Japanese Navy
  2. ^ a b Nagano Osami at navalhistory.flixco.info
  3. ^ Tucker, World War II:An Encyclopedia, page 529
  4. ^ Parshall, Shattered Sword
  5. ^ Evans. Kaigun. page 528-529
  6. ^ D’Abas, Death of a Navy
  7. ^ USSBS, Interrogations of Japanese Officials
Pegawai tentera
Didahului oleh
Putera Fushimi Hiroyasu
Ketua Staf Am Tentera Laut Imperial Jepun
Apr 1941 - Feb 1944
Diikuti oleh:
Shigetarō Shimada
Didahului oleh
Mitsumasa Yonai
Panglima Armada Gabungan
Feb 1937 - Dis 1939
Diikuti oleh:
Zengo Yoshida
Jawatan politik
Didahului oleh
Osumi Mineo
Menteri Tentera Laut
Mac 1936-Feb 1937
Diikuti oleh:
Yonai Mitsumasa

Templat:Para Gensui Jepun