Osman Zailani

Mohammad Kechut[1] atau lebih dikenali sebagai Osman Zailani (1932 – 6 Julai 2017) merupakan seorang pelakon serta pemuzik era kegemilangan filem Melayu yang berketurunan Melayu peranakan dari kacukan suku Banjar, Bugis dan Jawa, sebagai pelakon serba boleh. Nama pentas Osman Zailani itu digunakan sebagai nama pentas atas saranan abangnya, dan merupakan gabungan nama datuknya 'Jailani' dan nama bapa angkatnya 'Osman'.

Beliau membina kerjaya awalnya dalam dunia seni dengan menjayakan beberapa pancaragam seperti Keroncong Party di Woodleigh, Hiburan Party (Potong Pasir) Orkes Zindegi.

Pada 1970-an, beliau ditawarkan watak Ong Lee dalam satu episod drama jenayah aksi popular Hawaii Five-O bersama pelakon Jack Lord. Beliau juga pernah meminamkan suaranya dalam siri animasi Kampung Boy.

Osman merupakan datuk kepada penyanyi Singapura, Hady Mirza.[1] Beliau meninggal pada 6 Julai 2017 pada usia 85 tahun.[2]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1972 Harimau Jadian Filem pertama
1979 Saint Jack Bob
1981 Sesejuk Air Mata Ibu
1982 Kami Ayah Tookoo
1991 Bayangan Maut Farid
1996 Suratan Kasih Said Helmi
Amelia Doktor
1997 Sate Haji Tahir
1998 Iman Alone Tan Sri
2014 Banting Atok Filem terakhir

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1979 Hawaii Five-O Ong Lee 1 episod
1981 Drama Minggu Ini: Tok Awang Tok Awang TV1
1983–1984 PJ Holdings Encik Rahman
1995 Dia Bukan Untukku Ayahanda kepada Tengku (lakonan Mubarak Majid) TV3 undangan khas; watak aktres utama - Uji Rashid
1999 Kampung Boy (suara) Astro Ria

RujukanSunting

  1. ^ a b Alexander Hadreez Jr. (5 Julai 2017). "Pelakon Veteran Osman Zailani Meninggal Dunia". Rojak Daily. Dicapai pada 25 Julai 2017. Allahyarham pernah mewarnai industri seni lakonan di Malaysia dan Singapura.
  2. ^ Perginya pelakon, pemuzik, penghibur kaya ilmu

Pautan luarSunting