Osmosis merujuk kepada pergerakan bersih molekul pelarut (air) menyeberangi satu membran separuh telap dari kawasan berkepekatan tinggi kepada kawasan berkepekatan rendah. Proses ini adalah satu proses pasif dan berlaku apabila dua larutan dengan kepekatan yang berlainan diasingkan oleh satu membran separa telap, iaitu membran khusus yang hanya boleh dilalui oleh molekul pelarut sahaja dan bukan molekul bahan yang tidak larut.

Simulasi komputer dari proses osmosis

Proses ini berlaku pada membran sel semula jadi atau membran buatan tanpa menggunakan sebarang tenaga. Dalam satu sistem tertutup, proses in terjadi akibat pergerakan rawak molekul dan berterusan sehingga kepekatan molekul menjadi seimbang dalam seluruh sistem itu.

Faktor yang mempengaruhi osmosis

sunting
  • Saiz molekul yang meresap: Molekul yang lebih kecil daripada garis pusat liang membran akan meresap dengan lebih mudah.
  • Keterlarutan lipid: Molekul yang mempunyai keterlarutan yang tinggi meresap lebih cepat daripada molekul yang kelarutan yang rendah seperti lipid. Jika kadar resapan bagi dua bahan yang sama saiz molekul dibandingkan, bahan yang lebih larut dalam lipid akan meresap lebih cepat daripada bahan yang mempunyai kelarutan yang rendah.
  • Luas permukaan membran: Kadar resapan menjadi lebih cepat jika luas permukaan membran yang disediakan untuk resapan adalah lebih besar.
  • Ketebalan membran: Kadar resapan sesuatu molekul berkadar songsang dengan jarak yang harus dilaluinya. Berbanding dengan satu membran yang tebal, kadar resapan melalui satu membran yang nipis adalah lebih cepat.
  • Suhu: Pergerakan rawak molekul dipengaruhi oleh suhu. Kadar resapan akan menjadi lebih cepat pada suhu yang tinggi dibandingkan dengan suhu yang rendah.
  • Cas elektrik pada molekul: Pada umumnya, resapan molekul bercas (ion) adalah lebih perlahan berbanding dengan molekul yang tidak bercas walaupun saiz molekul yang serupa. Jika semua faktor di atas adalah malar, maka ia boleh ditunjukkan bahawa kadar resapan berkadar terus dengan cerun kepekatan.

Lihat juga

sunting