Otai ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2007. Filem ini merupakan filem arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Dibintangi Saiful Apek, Yassin Yahya, Nasha Aziz dan Salleh Yaakob.

Otai
PengarahProf. Madya A. Razak Mohaideen
Dihasilkan olehAbdul Latiff Mohaideen
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 13 Oktober 2007 (2007-10-13)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 3.473 juta

Pelakon sunting

Ringkasan sunting

Aiman sudah mendirikan rumah tangga bersama Azura selama 3 tahun tetapi gagal untuk mendapatkan zuriat. Mereka mendapat tekanan daripada ayah Aiman, Tan Sri Mansur, yang mengancam bahawa sekiranya mereka tidak mendapatkan zuriat menjelang akhir tahun, seluruh harta milik Tan Sri Mansur akan diberi kepada anak yatim. Azura membuat pemeriksaan dengan doktor, hasil pemeriksaan tersebut mendapati bahawa Azura mempunyai masalah peranakan. Azura telah membuat keputusan bahawa Azura membenarkan Aiman menikah seorang lagi atas tujuan untuk mendapatkan anak disertai dengan 17 syarat.

Aiman meminta pertolongan daripada kawan karibnya, Sammy untuk mencari calon untuk menjadi isteri yang kedua. Bagaimanapun, semua calon ditolak oleh Azura dengan alasan terlalu cantik. Aiman kemudiannya meminta Sammy mencari Mawar, gadis yang diminatinya sebelum kahwin untuk menjadi isteri kedua. Sammy mengubah imej Mawar untuk meminta persetujuan daripada Azura. Apabila Azura bersetuju, majlis akad nikah pun dijalankan. Semasa majlis akad nikah, kecantikan Mawar terserlah dan Azura telah jatuh pengsan.

Doktor mendapati bahawa Azura telah hamil. Kedatangan ibu Azura memburukkan lagi keadaan. Keadaan ini menimbukan pelbagai salah faham dan tekanan dalam keluarga Aiman. Aiman meminta pertolongan Sammy untuk mencari seorang lagi calon untuk menjadikan isterinya. Muslihat itu diketahui oleh Mawar dan Azura dan mereka menyesali kelakuan mereka sebelum ini dan berjanji akan berbaik dan menjaga Aiman.

Sambutan sunting

Filem ini dikeluarkan pada 13 Oktober 2007 dan mendapat kutipan sebanyak RM 3.473 juta.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting