Othman bin Abdullah

Haji Othman bin Haji Abdullah ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Tanah Merah selepas menang dalam pilihan raya umum 1959 mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS)[1]. Beliau telah keluar PAS dan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 1961 ketika masih menjadi ahli parlimen. Pada pilihan raya umum 1964, Haji Othman bertanding di Hilir Perak mewakili UMNO dan menang. Semasa Malaysia di bawah pentadbiran MAGERAN, Haji Othman telah dilantik sebagai anggota Majlis Perundingan Negara bersama-sama 66 orang individu yang lain[2]. Beliau kemudiannya dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 1973 dan berkhidmat sehingga 1980.

Haji Othman Haji Abdullah
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
12 Ogos 1973 – 8 November 1980
Ahli Parlimen Malaysia
Dalam jawatan
1959–1964
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehMustapha Ahmad (PAS)
Kawasan pilihan rayaTanah Merah
Dalam jawatan
1964–1969
Didahului olehMohamed Abbas Ahmad (UMNO)
Digantikan olehAhmad Damanhuri Abdul Wahab (UMNO)
Kawasan pilihan rayaHilir Perak
Butiran peribadi
Parti politik (bermula 1961)
Parti Islam Se-Malaysia (sehingga 1961)

Rujukan sunting

  1. ^ Hj. Salahuddin Abdullah; Hydselan bin Hashim (2010). Sejarah PAS Kelantan 1959–1978 : Langkah-langkah Menuju Mardhatillah. Kota Bharu: Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan. m/s. 53.
  2. ^ Arkib Negara Malaysia. "50 Fakta Rukun Negara" (PDF). Kursi Raja-raja Melayu UiTM. Dicapai pada 6 Julai 2021.