Otis Elevator Company

Otis Elevator Company ialah pengilang sistem pengangkutan menegak terbesar masa kini, terutamanya pembinaan lif dan tangga gerak. Syarikat yang ditubuhkan oleh Elisha Otis di bandar Yonkers, New York, Amerika Syarikat pada tahun 1953 ini, merupakan perintis pembangunan lif keselamatan ciptaan Otis yang menggunakan mekanisme khas yang menahan gerabak lif sekiranya tali angkatnya tidak berfungsi.

Otis Elevator Company
Anak syarikat UTC
IndustriSistem pengangkutan menegak
Ditubuhkan1853 (dibeli pada tahun 1976)
Ibu pejabatFarmington, Connecticut
KeluaranLif dan tangga gerak
Bilangan kakitangan
63,000
Laman sesawang rasmi
otis.com

Otis telah memasang lif di sebilangan struktur terkemuka di dunia, termasuk Menara Eiffel, Bangunan Empire State, World Trade Center, Petronas Twin Towers, Burj Khalifa, Menara CN dan Menara Skylon.

Pada Julai 2022, Syarikat Lif Otis menjual perniagaannya di Rusia Kepada S8 Capital Holding. Pegangan itu menerima peralatan, teknologi dan kakitangan. Di samping itu, pihak Amerika menjamin bekalan alat ganti yang diperlukan tanpa gangguan.[1][2]

Pautan luarSunting