Ouroboros atau Uroborus[1] merupakan lambang purba yang menggambarkan ular atau naga yang memakan ekor sendiri.

Ouroboros

Ouroboros sering melambangkan kerefleksifan diri atau kekitaran, terutamanya yang bermaksud sesuatu yang sentiasa mencipta dirinya semula, dan lain-lain yang dilihat sebagai kitaran yang bermula semula sebaik sahaja berakhir (seperti burung phoenix).

Ouroboros penting dalam simbolisme agama dan mitos, tetapi juga kerap digunakan dalam ilustrasi alkimia di mana ia melambangkan sifat berkitar-kitar karya agung ahli alkimia.

Rujukan sunting

  1. ^ Greek Οὐροβόρος atau οὐρηβόρος, dari οὐροβόρος ὄφις "ular pemakan ekor"