Outlandish ialah sebuah kumpulan hip-hop Denmark. Ditubuhkan pada 1991, terdiri dari Isam Bachiri (lahir di Denmark dan keturunan Maghribi), Waqas Ali Qadri (lahir di Denmark dan keturunan Pakistan), dan Lenny Martinez (lahir di Honduras dan keturunan Cuba). Semua ahli kumpulan ini memiliki pegangan agama, Isam dan Waqas ialah Muslim dan Lenny ialah seorang Katolik. Ahli kumpulan ini tinggal di Brøndby Strand.

Outlandish
Outlandish, 2009
Latar belakang
Berasal dariBrøndby, Københavns Amt, Denmark
GenreHip-hop
Tahun aktif1991–kini
Syarikat rakaman
Sony Music Entertainment
RCA Victor Europe
Pengkarya berkait
Native Deen, Sami Yusuf, Seven8Six, Mintman
AhliWaqas Ali Qadri
Isam Bachiri
Lenny Martinez

Kerjaya sunting

Gaya muzik Outlandish (hip-hop/R&B) dipengaruhi oleh banyak latar belakang ahlinya (Maghribi/Arab/Pakistan/Punjab dan Amerika Latin), dan meskipun kebanyakan lagu mereka dalam bahasa Inggeris, mereka biasanya menampilkan lirik lagu dalam bahasa Sepanyol, Urdu, Denmark dan Arab. Outlandish sering kali mengangkat tema keIslaman dan isu kontemporaro mengenai pemuda Muslim di Barat dalam muzik mereka.

Single pertama mereka, "Pacific to Pacific", berhubungan dengan acara amal Amnesty International. Single "Saturday Night", menjadi runut bunyi sebuah file, Denmark, Pizza King. Ini diikuti oleh album pertama mereka, Outland`s Official pada 2000, yang hanya dipasarkan di Denmark. Lagu popular album ini, "Walou", kemudian digubah semula dan dimasukkan dalam album kedua, Bread & Barrels of Water

Lagu-lagu di album kedua mereka memberi impak besar dalam carta muzik antarabangsa, termasuk versi saduran mereka, " Aicha", yang menjadi nombor satu di Jerman dan meledak di selurij Asia, termasuk Korea Selatan. "Guantanamo" juga popular di carta Eropah.

Album ketiga, Closer then Veins, kumpulan ini merakam semula lagu saduran Inggeris milik Leon Gieco, "Solo le pido a Dios" (Aku Hanya Meminta pada Tuhan).

Sound of a Rebel, album kelima, dirilis pada 11 Mei 2009.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ [1] Diarkibkan 2011-07-10 di Wayback Machine Outlandish released a new single.

Pautan luar sunting