Overtur Suram Tahun 1812 Op. 49 (Bahasa Rusia: Торжественная увертюра «1812 год», соч. 49)[1] atau nama pendeknya Overtur 1812 (Bahasa Inggeris: 1812 Overture) ialah sebuah overtur bernada E karya pengarang muzik Rusia, Pyotr Ilyich Tchaikovsky pada tahun 1880 memperingati percubaan Napoleon Bonaparte menakluk Rusia pada tahun 1812. Karya gubahan ini amat dikenali kerana kemuncaknya yang melibatkan tembakan meriam, genta dan tiupan trompet akhir menggambarkan kekacauan dalam peperangan hebat tersebut.

Overtur 1812, lengkap dengan tembakan meriam, dimainkan pada 2005 Classical Spectacular di Melbourne, Australia.

Overtur mula-mula diperdengarkan di Katedral Kristus Penyelamat Moscow pada 20 Ogos 1882 (8 Ogos mengikut takwim lama)[2] di bawah pimpinan Ippolit Al'tani.[3]

Peralatan muzikSunting

Overtur 1812 digubah buat orkestra yang terdiri daripada:[4]

Nota:
1. Peralatan "Terbuka" terdiri daripada apa jua "alat bras berlebihan yang terdapat". Dalam persembahan ruang tertutup, bahagian itu dapat dimainkan organ. Pancarangam tentera atau pancaragam kawad juga memainkan bahagian ini.
2. Kadang kala ditukar dengan chimes atau rakaman karilon.
3. Pada bahagian-bahagian di mana tembakan meriam dimainkan, meriam sebenar diganti kenan rakaman tembakan meriam atau sebuah alat pentas seperti tukul kayu atau besi besar. Dram bes dan gong juga kerap digunakan dalam persembahan di dalam bangunan.

KepentinganSunting

Ia sering dimainkan dalam acara-acara tertentu di Amerika Syarikat sebagai lagu tema meraikan kemerdekaan negara tersebut dari pihak British.

RujukanSunting

  1. ^ "Tchaikovsky Research : The Year 1812, Op. 49 (TH 49)". Diarkib daripada yang asal pada September 5, 2009. Dicapai pada September 3, 2009. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  2. ^ Lax, Roger (1989). The Great Song Thesaurus. Oxford: Oxford University Press. m/s. 230. ISBN 978-0-19-505408-8. Parameter |coauthors= yang tidak diketahui diendahkan (|author= dicadangkan) (bantuan)
  3. ^ Tchaikovsky Research.net
  4. ^ Tchaikovsky, Piotr Ilyich (1996). 1812 overture: Marche slave, and ; Francesca da Rimini. Courier Dover Publications. ISBN 0-486-29069-7. Dicapai pada December 29, 2009.

Pautan luarSunting