Owen Chamberlain
Owen Chamberlain (10 Julai 1920 – 28 Februari 2006) ialah seorang ahli fizik Amerika Syarikat.
Owen Chamberlain | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 28 Februari 2006 Berkeley, California, A.S | (umur 85)
Warganegara | Amerika Syarikat |
Pusat pendidikan | Dartmouth College University of California, Berkeley Universiti Chicago |
Terkenal kerana | Fizik zarah |
Anugerah | Hadiah Nobel dalam Fizik, 1959 |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fizik |
Institusi | Los Alamos National Laboratory |
Penasihat kedoktoran | Enrico Fermi |
Pelajar kedoktoran | Paul Grannis, Nathan Isgur |
Beliau memenangi Hadiah Nobel dalam Fizik bersama Emilio Segrè tahun 1959 atas penemuan mereka terhadap antiproton, suatu antipartikel sub-atom.[1]
Biografi
suntingPendidikan
suntingBeliau mempelajari fizik di Dartmouth College dan Universiti California, Berkeley.
Kerjaya sains
suntingBeliau menyertai Projek Manhattan saat meletusnya Perang Dunia Kedua tahun 1942, di mana beliau berkenalan serta bekerjasama dengan Emilio Segrè baik di Berkeley mahupun di Los Alamos, New Mexico. Setelah perang, pada tahun 1946 beliau melanjutkan tugas doktoratnya d bawah seliaan ahli fizik tersohor, Enrico Fermi.
Beliau menerima gelar Ph.D. dari Universiti Chicago pada tahun 1949.
Beliau kembali ke Berkeley sebagai anggota fakulti dan menyelidiki penyerakan proton-proton (proton-proton scattering) bersama Segré. Tahun 1955, serangkaian eksperimen mengenai penyebaran proton menghasilkan penemuan antiproton, partikel yang persis seperti proton namun mempunyai aliran negatif.
Senja hidup
suntingChamberlain didiagnosa menderita penyakit Parkinson pada tahun 1985, dan pensiun mengajar empat tahun kemudian. Beliau meninggal dunia pada 28 Februari 2006 pada usia 85 tahun.
Rujukan
sunting- ^ Jaros, John; Nagamiya, Shoji; Steiner, Herbert (August 2006). "Obituary: Owen Chamberlain". Physics Today. 59 (8): 70–72. Bibcode:2006PhT....59h..70J. doi:10.1063/1.2349741.