PLUS Expressways

(Dilencongkan dari PLUS Expressways Berhad)

PLUS Expressways Berhad (PEB) atau Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) (MYX: 5052) ialah pengendali Konsesi Lebuh Raya atau syarikat Bina-Kendali-Pindah (BOT) di Malaysia. Satu ahli di dalam Kumpulan UEM, syarikat ini merupakan pengendali lebuh raya bertol yang disenaraikan paling terbesar di Asia Tenggara, Asia, dan kelapan paling terbesar di dunia.[2]

PLUS Expressways Berhad
Jenis/bentuk sahSwasta
Didagangkan sebagaiMYX: 5052
IndustriKonsesi lebuhraya dan bina-kendali-pindah (BOT)
Ditubuhkan27 Jun 1986; 37 tahun yang lalu (1986-06-27)
Ibu pejabatPersada PLUS,
Subang Interchange,
NKVE,
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia[1]
Tokoh pentingMohd Nasir Abdul Latif, Pengerusi
Mohd Izzadin Idris, CEO
Nik Airina Binti Nik Jaffar, Pengarah Urusan
KeluaranKonsesi lebuhraya dan bina-kendali-pindah (BOT)
Perkhidmatan helikoprr
Perkhidmatan teknologi lebuh raya
Perkhidmatan pembayaran tol elektronik (ETC)
Bilangan kakitanganseramai 2,500
Syarikat indukKumpulan UEM
Tapak webwww.plus.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Syarikat ini ditubuhkan pada 27 Jun 1986 sebagai Highway Concessionnaires Berhad, ahli kumpulan syarikat United Engineers Malaysia Berhad (UEM).[3] Pada 13 Mei 1988, Highway Concessionaires Berhad bertukar nama kepada Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS).[4] Pada 29 Januari 2002, PLUS Expressways Berhad (PEB) diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad.[5]

Lapan tahun kemudian, PLUS Malaysia Berhad (PMB) diperbadankan pada 29 November 2010 dan bergiat aktif dalam pegangan pelaburan.[6]

Pada 29 November 2011, PMB melengkapkan pemerolehan aset dan liabiliti PLUS Expressways Berhad. PMB menjadi syarikat pegangan Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS), Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE), Linkedua Malaysia Berhad (LINKEDUA), Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd, Teras Teknologi Sdn Bhd (TERAS), PLUS Helicopter Services Sdn Bhd dan pemegang saham Touch 'n Go Sdn Bhd. Selain itu, PMB juga memperoleh Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) daripada UEM Builders Berhad.[6]

Projek Lebuhraya Usaha Sama Berhad (PLUS), anak syarikat PMB, diperbadankan pada 27 Julai 2011 untuk mengendalikan konsolidasi semua konsesi lebuh raya yang diperoleh di bawah satu entiti tunggal. Pemerolehan semua lima aset konsesi lebuh raya disiapkan 12 Januari 2012.[6]

Dengan pemrolehan tersebut, PMB merupakan pengendali tol lebuh raya terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di Asia Tenggara, Asia dan kelapan terbesar di dunia.[6]

Rakan kongsi syarikat sunting

  • Central Nippon Expressway Company (NEXCO Central Japan)[7] (sejak Mac 2009)

Produk terkini PLUS Expressways sunting

PLUSMiles sunting

PLUSMiles ialah program kesetiaan rebat tol. Ia dilancarkan pada 17 Disember 2008 dan merupakan program kesetiaan lebuh raya tol pertama dan satu-satunya di Malaysia. Pemegang kad PLUSMiles boleh mendapatkan rebat tol dan barangan dari kedai yang mengambil bahagian. Setiap kad PLUSMiles dilengkapi dengan ciri Touch 'n Go. Kad PLUSMiles juga boleh digunakan untuk pembayaran tol dan perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang, Selangor dan kemudahan tempat letak kereta.[8]

PLUSTrack sunting

PLUSTrack ialah kad elektronik prabayar untuk pelanggan armada. Program kad PLUSTrack menyediakan kecekapan yang lebih baik dan pemantauan armada yang lebih baik untuk pelanggan armada. Di samping kemudahan pembayaran tol armada, program ini dikemas dengan pelbagai hadiah dan faedah.[9]

PLUS Ronda sunting

PLUS Ronda ialah unit peronda lebuh raya. Ia ditubuhkan pada 1 April 1990. Pada 17 Oktober 1998, unit ini diberikan kuasa polis bantuan Polis Diraja Malaysia.[10]

Skop kerja[10] sunting

  • Menyediakan bantuan 24-jam untuk kerosakan dan kenderaan kemalangan.
  • Menyediakan perkhidmatan menunda ke tempat selamat yang terdekat.
  • Laporkan aliran trafik.
  • Membantu pihak berkuasa semasa kecemasan
  • Memantau dan memeriksa keadaan fasiliti di tempat layang dan kawasan rehat dan perkhidmatan.
  • Melaksanakan autoriti polis bantuan.

Perkhidmatan Helikopter PLUS sunting

PLUS Helicopter Services
IATA ICAO Pengenal
- - PLUS
Ditubuhkan2010
HabLapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor, Malaysia
Pesawat8
Syarikat indukPLUS Malaysia Berhad (PMB)
Ibu pejabatPersada PLUS,
Subang Interchange,
Lebuh Raya Baru Lembah Klang,
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Laman webwww.plushelicopter.com

PLUS Helicopter Services atau PLUS Heli ialah unit helikopter lebuh raya. Ia ditubuhkan pada tahun 2010 dan ia digunakan untuk pengawasan lebuh raya, pasukan tindak balas udara, kecemasan, mencari dan menyelamat dari udara. Ia merupakan satu-satunya konsesi lebuh raya di negara ini untuk memiliki perkhidmatan helikopter. Kumpulan pertama helikopter Eurocopter EC120 Colibri dihantar pada tahun 2007.[11]

Inventori terkini sunting

Pesawat Asal-usul Jenis Versi Dalam perkhidmatan Catatan
Eurocopter EC120 B Colibri[12]   Perancis Pengawasan udara lebuh raya, pasukan tindak balas udara, kecemasan, mencari dan menyelamat 2007–kini 2 helikopter
Bell 429[13]   Amerika Syarikat Pengawasan udara lebuh raya, pasukan tindak balas udara, kecemasan, mencari dan menyelamat 2010–kini 2 helikopter
Eurocopter AS365 N3 Dauphin[14]   Perancis Pengangkutan VIP 2010–kini 2 helikopter

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Administrator. "PLUS MALAYSIA BERHAD - Map to Persada PLUS". www.plus.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-23. Dicapai pada 2019-03-09.
  2. ^ "UEM Group Berhad - PLUS Malaysia Berhad". www.uem.com.my.
  3. ^ "UEM Tandatangani Perjanjian Dengan JKR Untuk Pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan". Hari Ini Dalam Sejarah. Arkib Negara Malaysia. 29 Disember 1986. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2015. Dicapai pada 31 Mei 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Subsidiaries: Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad". PLUS Malaysia Berhad. Dicapai pada 19 September 2015.[pautan mati kekal]
  5. ^ "Plus Berhad". TOUCH 'N GO INFORMATION SYSTEM.
  6. ^ a b c d Administrator. "PLUS MALAYSIA BERHAD - Background". www.plus.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-23. Dicapai pada 2019-03-09.
  7. ^ "Embassy of Japan in Malaysia". www.my.emb-japan.go.jp.
  8. ^ https://plusmiles.com.my/about?id=88a370a3-3dda-4413-9c46-7ea0f96ceb0c
  9. ^ Go, Touch N. "Touch 'n Go :: About PLUSTrack". www.touchngo.com.my.
  10. ^ a b Administrator. "PLUS MALAYSIA BERHAD - PLUSRonda". www.plus.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2019-03-09.
  11. ^ "Helicopter Training Malaysia, Helicopter Charter Malaysia, Air Photography, Air Transportation Malaysia, Style Travel Malaysia - PLUS Helicopter Services - Helicopter Charter Malaysia". www.plushelicopter.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-22. Dicapai pada 2019-03-27.
  12. ^ "EC120 B Eurocopter Malaysia - Side Survey Helicopter - Timber survey - Parajumping Aircraft charter - PLUS Helicopter Services - Helicopter Charter Malaysia". www.plushelicopter.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-22. Dicapai pada 2019-03-27.
  13. ^ "BELL 429 - Air Ambulance Helicopter - Malaysia Medivac Helicopter - PLUS Helicopter Services - Helicopter Charter Malaysia". www.plushelicopter.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-22. Dicapai pada 2019-03-27.
  14. ^ "AS365 N3 Eurocopter Malaysia - Scenic Tour helicopter - Side Survey Helicopter - Malaysia Joyride Helicopter - PLUS Helicopter Services - Helicopter Charter Malaysia". www.plushelicopter.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-22. Dicapai pada 2019-03-27.

Pautan luar sunting