Buka menu utama

Tun Azizan adalah sebuah kapal yang diubahsuai dan dinaiktaraf untuk dijadikan pangkalan laut mudah alih hasil inisiatif Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC) dan Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE) untuk menukar dan mengubahsuai sebuah kapal kargo terpakai untuk dijadikan sebagai sebuah kemudahan pangkalan operasi hadapan yang dioperasikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia di Laut Sulu, Lahad Datu, Sabah bagi menyokong operasi Markas Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM).

Ringkasan kelas
Nama: Tun Azizan
Pembina: Malaysian Marine and Heavy Engineering
Pengguna: Bendera tentera laut Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia[1]
Disiapkan: 1
Ciri-ciri umum
Jenis: Kapal Auxillary
Sesaran: 8719 tan
Panjang: 102 m (335 ka) (keseluruhan)
Lunas: 22.7 m (74 ka)
Draught: 5.7 m (19 ka)
Persenjataan:
  • Senapang berat
  • Pelancar grenad
Pesawat yang dibawa: Sebuah helikopter, dengan berat sehingga 10 tan

SejarahSunting

Pada bulan November 2014, Petronas mengetuai satu inisiatif bersama-sama dengan MMHE dan MISC untuk menukarkan sebuah kapal kargo terpakai untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai sebuah pangkalan operasi hadapan mudah alih di Sabah. Kemudahan sebegini merupakan yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara. Ia boleh menampung seramai 99 anak kapal dan dilengkapi dengan bilik penginapan, penyimpanan makanan, bilik mencuci, bilik operasi dan komunikasi, janakuasa, sistem penyaman udara selain peralatan dan infrastuktur ketenteraan.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan LCSprog tidak disediakan

Pautan luarSunting