Buka menu utama

PROTES ialah singkatan bagi Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang di Malaysia. Protes merupakan gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tindakan Protes mahu mengadakan demonstrasi bagi membantah kenaikan harga barang dan petrol di hadapan bangunan KLCC pada hari Sabtu, 26 Januari 2008 tidak mendapat permit daripada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman akan bertindak tegas terhadap sesiapa yang hadir pada hari tersebut. Satu perintah mahkamah diperolehi dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah dikeluarkan bagi menghalang dan menahan mana-mana individu yang turut serta dalam perhimpunan itu. Menerusi Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah ,lima wakil PROTES terdiri daripada Dr Hatta Ramli, Tien Chua, Arutchelvam Subramaniam, Simon Oii dan Ronnie Liew dilarang hadir.

Zon larangan polis itu termasuklah kawasan dalam radius 3 km dari bangunan KLCC, Jalan Ampang, Jalan Lumba Kuda, Jalan P.Ramlee serta kawasan sekitar Masjid Assyakirin KLCC. [1]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ [1] Polis Peroleh Perintah Mahkamah Halang Demonstrasi PROTES