Buka menu utama

PSIKO: Pencuri Hati merupakan sebuah filem seram ngeri Malaysia 2013 arahan Nam Ron dan dibintangi oleh Bront Palarae, Syed Hussein Syed Mustafa, Sharifah Amani, Amerul Affendi, Shera Aiyob dan Julia Ziegler. Filem ini mengisahkan mengenai Sidi (Bront Palarae) yang merupakan seorang penulis novel. Untuk memantapkan lagi karyanya, Sidi menyelidiki seorang pembunuh bersiri. Kemunculan Wani (Sharifah Amani) yang bertemu dengan Sidi di sebuah pulau telah berakhir dengan tragedi. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 5 September 2013. Filem ini telah memenangi dua anugerah dalam Anugerah Skrin 2014.

PSIKO: Pencuri Hati
Poster PSIKO - Pencuri Hati.jpg
PengarahNam Ron[1]
PenerbitKhairul Anuar Latip
Ken S. Yap
Shamsul Cairel
PenulisAmin Shakib
Dibintangi olehBront Palarae
Syed Hussein Syed Mustafa
Sharifah Amani
Amerul Affendi
Shera Aiyob
Julia Ziegler
Muzik olehShamsul Cairel
SinematografiHelmizan Jepon
Disunting olehHafeez Mohd Noor
PengedarAlternate Pictures Sdn Bhd
Mula ditayangkan
5 September 2013
Tempoh tayangan
94 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
PerbelanjaanRM 1.07 juta
Pecah panggungRM 0.11 juta

SinopsisSunting

Seorang penulis novel bernama O.Sidi (Bront Palarae) yang menggemari subjek seram ngeri dalam setiap karyanya.Akibat terlampau obses, jiwanya menjadi kacau dan dia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan novel terbaru berjudul ‘Mangsa’.

Dalam pada Sidi menyiapkan novel tersebut, secara kebetulan ibu kota digemparkan dengan insiden pembunuhan bersiri yang sangat kejam di mana pembunuh tersebut merobek dan mengambil hati setiap mangsa.Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, Sidi mengambil kesempatan mengkaji kes pembunuhan tersebut dengan lebih mendalam untuk memuatkan kisah benar di dalam bab terakhir novel Mangsa.

Namun begitu, Sidi yang turut menghidap penyakit Obsessive Compulsion Disorder (OCD) semakin dihantui oleh ketakutannya sendiri sehingga mengubahnya menjadi seorang yang psiko. Disebabkan tekanan yang melampau, rakan Sidi, Man (Amerul Affendi) telah mengajaknya bercuti ke sebuah pulau untuk mencari ilham dan menenangkan fikiran.

Takdir pula menemukan Sidi dengan sepasang suami isteri, Dr Khai (Sein Ruffedge) dan Wani (Sharifah Amani) yang sedang mengalami pergolakan rumah tangga.Tanpa disangka, hubungan Sidi dan Wani menjadi rapat apabila Wani mendapat tahu bahawa Sidi adalah penulis novel thriller kegemarannya.[2]

Suami mana yang tidak cemburu melihat isteri sendiri menjauhkan diri darinya namun mendekati lelaki lain? Disebabkan itu, Dr. Khai telah menyimpan dendam dan bertindak memarahi Wani.Tidak berapa lama selepas itu, kesemua mereka dikejutkan dengan berita kematian isteri pemilik resort tempat mereka menginap. Dr. Khai yang menyimpan dendam terhadap Sidi telah menuduh penulis novel tersebut membunuh Siti dan entah mengapa Sidi tidak mampu menafikannya...[3]

PelakonSunting

PenerbitanSunting

PSIKO: Pencuri Hati diarahkan oleh Namron dengan skrip ditulis oleh Amin Shakib. Ia merupakan filem kedua arahannya dan yang pertama dalam tempoh 10 tahun selepas filem Gedebe yang dikeluarkan pada 2003.

Keluaran dan sambutanSunting

PSIKO: Pencuri Hati dikeluarkan pada 5 September 2013. Rata-rata pengkritik memberikan kritikan yang positif terhadap filem ini. Farhana Abd Rahman dari portal hiburan Gua.com.my dan portal hiburan Tupai.com.my memberi filem ini 4 bintang dari 5 dengan memuji pengarahan Nam Ron serta persembahan lakonan.[4]Bissme S. dari The Sun Daily turut senada dengan Farhana Abd Rahman.[5][6] Pengarahan Nam Ron turut disentuh oleh Hassan Mutalib dari portal hiburan Dailyseni.com dengan kemampuan beliau menggunakan sinematografi, muzik dan editing untuk menjadikan filem ini lebih hebat berbanding filem tempatan yang lain. Portal perfileman thoughtsonfilms.com pula mengatakan "filem ini menceritakan sebuah kisah yang bagus dalam cara penyampaian yang bagus."[7][8] Faten Saphilia dari KOSMO! memuji mutu arahan, sinematografi dan mutu lakonan filem ini.[9]Filem ini mendapat rating 5.7 per 10 dalam portal perfileman IMDb.[10]

AnugerahSunting

 
Sharifah Amani mengangkat trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2014
Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Lelaki Terbaik Syed Hussein Syed Mustafa Dicalonkan
Bront Palarae Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik Sharifah Amani Dicalonkan
Cerita Asal Terbaik Amin Shakib Dicalonkan
Pengarah Harapan Terbaik Nam Ron Dicalonkan
Anugerah Skrin 2014 Pelakon Lelaki Terbaik Bront Palarae Menang
Pelakon Wanita Terbaik Filem Sharifah Amani Menang
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014[11][12] Filem Terbaik Khairul Anuar Latip, Ken S. Yap, Shamsul Cairel Dicalonkan
Pengarah Terbaik Nam Ron Dicalonkan
Pelakon Lelaki Terbaik Bront Palarae Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik Sharifah Amani Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Nam Ron, Fared Ayam, Amin Shakib Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Syed Hussein Syed Mustafa Menang
Amerul Affendi Dicalonkan

RujukanSunting

Pautan luarSunting