Kereta kebal PT-91

(Dilencongkan dari PT-91 Twardy)
PT-91 "Twardy"
PT-91 Ex
PT-91
JenisKereta kebal utama
Tempat asal Poland
Sejarah perkhidmatan
Digunakan oleh Poland
Spesifikasi
Berat45.9 tan
Panjang6.95 m (9.67m dengan laras diturunkan)[1]
Lebar3.59 m[1]
Tinggi2.19 m[1]
Krew3

ArmorPerisai komposit; perisai bersalut di sisi dan depan; perisai depan, sisi dan atas Erawa-1/Erawa-2 ERA, skrin anti pengumpulan sisi keluli
Senjata
pertama
Meriam laras licin; 1 x 125mm 2A46M (D-81TM) (42 butir)[1]
Senjata
kedua
1 x mesingan sepaksi 7.62mm PKT (2000 butir)
1 x mesingan anti pesawat 12.7mm NSVT (300 butir)[1]
EnjinEnjin diesel PZL-Wola S-12U untuk PT-91
Enjin diesel PZL-Wola S-1000 untuk PT-91A
850 HP (634 kW) untuk PT-91
1000 hp (746 kW) untuk PT-91A
Kuasa/berat18.5 hp/tan(13.8 kW/tan) untuk PT-91
21.9 hp/tan (16.3 kW/tan) untuk PT-91A
TransmisiManual
Sistem ampaianbar kilasan
Kelegaan bumi395 mm[1]
Kapasiti minyak1000 l[1]
Jarak
operasi
650 km (700 km dengan tangki minyak tambahan) untuk PT-91[1]
550 km untuk PT-91A[2]
Kelajuan60 km/j[1]

PT-91 Twardy (Bahasa Inggeris "tough" or "resilient") adalah sebuah kereta kebal utama buatan Poland. Ia dibangunkan berdasarkan kereta kebal T-72M1 dan mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1995. PT-91 direka oleh OBRUM (OBRUM untuk Ośrodek Badawczo-Rozwojowy Urządzeń MechanicznychPoland untuk Pusat Penyelidikan dan Pembangunan untuk Kegunaan Mekanikal) dan dikilangkan oleh syarikat Zakłady Mechaniczne Bumar-Łabędy, yang mana merupakan sebahagian daripada konsortium ketenteraan Poland - Bumar sp. z o.o.. Perubahan yang dilakukan ke atas kereta kebal T-72 termasuk sistem kawalan tembakan dua-paksi yang distabilkan, perisai reaktif, enjin lebih berkuasa, transmisi dan pengisi automatik baru.

Kereta kebal PT-91 telah dibangunkan oleh Zaklady Mechaniczne Bumar-Labedy SA bagi memenuhi keperluan Tentera Poland.

Selama beberapa tahun Poland telah menghasilkan siri kereta kebal utama T-72M1 di bawah lesen bagi kegunaan dalam negara dan pasaran luar negara.

Pembangunan lanjut telah menghasilkan kereta kebal PT-91 yang juga telah dikenali sebagai Twardy (Keras). Prototaip pertama telah disiapkan pada tahun 1992 dan sejumlah kecil telah dihasilkan bagi Tentera Poland.

Tatarajah bagi PT-91 adalah sama dengan kereta kebal T-72 bentuk konventional dengan ruang pemandu di hadapan, turet di tengah dan pek kuasa dan transmisi di belakang. Jurumeriam duduk di sebelah kiri turet dan komander di sebelah kanan. Turet boleh berputar 360° penuh dengan dongakan senjata dari -6 hingga +13°.

Peningkatan utama berbanding T-72 termasuk pakej perisai reaktif perlindungan letupan yang baru dibangunankan Poland pada rangka dan turet, sistem amaran laser, pemasangan sistem kawalan tembakan berkomputer, jajaran 12 pelancar bom asap secara eletrik pada kedua belah sisi turet, peningkatan perlindungan terhadap periuk api dan enjin yang lebih berkuasa.

Variasi sunting

 
kereta kebal PT-91M (Malaysia).


Poland turut membina sejumlah variasi bagi rangka kereta kebal T-72M1 termasuk kereta kebal komander T-72M1K, kenderaan kembalik berperisai WZT-3, kenderaan jurutera berperisai MID, kenderaan berperisai PMC-90 pelancar jambatan, dan kereta kebal latihan pemandu. Malaysia telah membeli versi yang dipertingkatkan yang dikenali sebagai kereta kebal PT-91M.

Status sunting

Dalam pengeluaran dan perkhidmatan dengan Poland.

Pengilang sunting

  • Zaklady Mechaniczne Bumar-Labedy SA, Poland.

Lihat jua sunting

Rujukan sunting

  • TANK & COMBAT VEHICLE RECOGNITION GUIDE, Christopher F. Foss, Harper Collins Publishers, cetakan pertama 2000.

Pautan luar sunting