PU Azman

Pendakwah bebas dan pengacara Malaysia

Azman Syah Alias (lahir 3 Januari 1981) atau lebih dikenali sebagai PU Azman ialah penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan pelakon Malaysia. Bakatnya dicungkil menerusi rancangan TV realiti terbitan ASTRO, Pencetus Ummah musim kedua.

PU Azman
Kelahiran
Azman Syah bin Alias

(1981-01-03) 3 Januari 1981 (umur 39)
Nama lainCik Man
PekerjaanPenceramah bebas, pengacara, pakar motivasi, pelakon
Tahun aktif2002–kini
Terkenal keranaJuara Pencetus Ummah 2
Ibu bapaFatimah Taat (ibu)

Kehidupan peribadiSunting

Ibunya, Fatimah Taat meninggal dunia pada 2017. Beliau pernah belajar di Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan.[1][2][3][4]

PU Azman menjadikan bekas Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai tokoh yang dikaguminya.[5]

KerjayaSunting

Beliau memulakan kerjaya awal sebagai penceramah bebas.[1]

PU Azman terpilih sebagai salah seorang daripada 10 peserta Pencetus Ummah musim kedua di Astro Oasis, dan beliau dinobatkan sebagai juara. Beliau paling dikenali menerusi watak Cik Muiz dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah,[6] seterusnya muncul dalam rancangan Jozan kendalian Johan dan Zizan Razak.

PU Azman muncul sebagai Tuan Fadhil dalam drama Sweet Dreams lakonan Mira dan Ben Amir. Sejak 2019, beliau merupakan pengacara rancangan Belaian Kasih di TV AlHijrah.

FilemografiSunting

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Tanah Kubur: Ummah Jahiliah Ustaz Lokman Astro Oasis
2016 Ustaz Baru Nak Start Ustaz Zamri Astro Ria
2019 Ustaz Evo The Movie Cik Man Astro Warna

Batu Nisan Ibu

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Bila Hati Dah Hitam Astro Oasis
2018 Geng Tadarus TV2
Lelaki Kiriman Tuhan Cik Muiz Astro Oasis Slot Raihana
2019 Sweet Dreams Tuan Fadhil Astro Ria Slot MegaDrama
Cerita Dalam Kain Astro Oasis
2020 Salam Squad 2.0 Ustaz Halim Astro Ceria

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2017-2019 Ustaz EVO Cik Man Astro Oasis
2018 Jozan Live Cik Man Astro Warna Pengacara bersama Johan dan Zizan Razak
2019– Tanya Cik Man Cik Man Astro Oasis
2019– Belaian Kasih Dirinya sendiri TV AlHijrah
2020– Jawapan Panas Cik Man Awesome TV
2020 Salam Baitullah Dirinya sendiri TV1

RujukanSunting

  1. ^ a b Haryati Karim (22 Ogos 2018). "PU Azman ustaz urban". Kosmo!. Diarkib daripada yang asal pada 17 Julai 2019. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  2. ^ Nor Akmar Samudin (16 Januari 2019). "'Itu IG saya- PU Azman". Harian Metro. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  3. ^ "Bukan sebab bayaran semata-mata" - PU Azman letak syarat berlakon mStar Online (11 Oktober 2019). Dicapai pada 16 Mac 2020.
  4. ^ Najiy Jefri (10 November 2019). "Kualiti dan bayaran bar setimpal" - PU Azman Harian Metro. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  5. ^ PU Azman luah rindu pada Nik Aziz Sinar Harian (4 April 2019). Dicapai pada 16 Mac 2020.
  6. ^ "PU Azman seronok bawa watak 'Cik Muiz' dalam drama terbaharu Lelaki Kiriman Tuhan". Hijab Fesyen. 20 September 2018. Dicapai pada 21 September 2018.

Pautan luarSunting